logo
11
Nov

DEdit – Pengolah Kata Yang Ringkas, Tetapi Berkuasa

Written by asri. Posted in Review: Software


dedit000003.jpg dedit000004.jpg

1. Salah satu kegunaan telefon pintar selain dari berhubung dengan internet, melayan ketagihan rangkaian sosial, dan menikmati multimedia, ialah untuk memproses idea menjadi perkataan yang boleh dilihat.

2. Untuk itu, perisian yang sesuai amat perlu supaya idea-idea yang datang di dalam benak kita dapat dizahirkan menjadi bait-bait tulisan yang boleh dibaca dengan mata kasar dan boleh difahami.

3. Secara lalai (default), semua telefon pintar Symbian didatangkan dengan sebuah perisian pengolah kata ringkas (”simple Wordprocessor”) yang dipanggil ”Notes”.

4. Selama ini, saya menggunakan Quickoffice untuk menaip idea-idea saya yang kemudiannya saya simpan dalam format TXT.

5. Tetapi sewaktu Incik AdliAyob bertemu saya pada bulan September lalu, beliau menunjukkan dengan bangganya bagaimana beliau menggunakan DEdit untuk mengaturcara program Python beliau.

dedit000005.jpg dedit000006.jpg

6. Saya pernah menggunakan DEdit sebelum ini tetapi tidak menggunakannya secara intensif kerana saya hanya memerlukan pengolah kata yang mudah dan tidak menggunakannya untuk kerja berat.

7. Tanggapan saya salah kerana sebenarnya, DEdit amat mudah digunakan dan amat memenuhi keperluan saya untuk menulis dengan cepat.

dedit000007.jpg dedit000008.jpg

8. Ia ringan, dan cepat. Berbanding dengan Quickoffice yang agak lambat untuk membuka sesuatu fail.

9. Quickoffice lebih sesuai untuk digunakan bagi menguruskan dan membaca fail Microsoft Office yang saya terima melalui email.

10. Apa kata anda? Sekiranya anda tidak menggunakan DEdit, apakah perisian pengolah kata yang anda gemari?

11. Dapatkan DEdit dari http://www.jbak.ru/en . Ia dibangunkan oleh Juriy Bakunin yang juga mengeluarkan JBak Taskman.

12. DEdit adalah PERCUMA!

– Asri al-Baker

Posted by Wordmobi

Related posts:

Tags: , , , , ,

  • http://ariyon.blogspot.com yonz

    mmg kalo guna notes dia save dlm C/:..guna Quickoff words agak berat..Dedit mmg simple..format save dlm .txt jugak ker??…ada tak yg support s60v5 utk utk simple notes…

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site