DayHand Input – Keyboard alternatif untuk Symbian^1
1. Semenjak telefon pintar Symbian S60 5th Edition / Symbian^1 yang pertama (Nokia 5800 Xpress Music) sehinggalah sekarang, baik Nokia, Samsung atau Sony Ericsson, sistem memasukkan text Symbian^1 adalah satu perkara yang amat saya benci.
2. Ada 4 pilihan untuk seseorang memasukkan text seperti SMS, dan sebagainya iaitu :
- alphanumeric keypad.
untuk digunakan sebelah tangan. memanglah nampak macam mudah dan seperti menggunakan telefon tanpa skrin sentuh. tetapi kenapalah perlu ada ikon warna hijau yang diletakkan dipenjuru atas kiri, dan kita perlu menekannya? tak boleh ke letak kat tempat lain macam kat bawah ke?
- mini qwerty (portrait)
terlalu kecil untuk digunakan dengan selesa. kena pakai stylus baru ok sikit. kalau pakai ibu jari sebelah tangan, masa anda akan dibuang percuma untuk membetulkan kesilapan menaip.
- qwerty besar (landscape)
nampak macam bagus. tapi bila digunakan, amatlah tak bagus. sebab ada banyak bende / ikon yang menyibuk di bawah keyboard tu.
- handwriting recognition
phergh… lagilah tak best. kena pakai 2 tangan kalau nak menulis.
3. Masalah paling utama bagi kaedah-kaedah di atas adalah, kemasukan teks yang tidak terus-menerus. Sebagai contoh, kalau nak tulis SMS, kena sentuh ruang menulis, lepas tu keypad akan dibuka, memenuhi skrin, lepas tu taip, lepas tu kalau dah siap, kena tekan ikon hijau tu. Banyak sangat kerja untuk benda-benda yang sepatutnya mudah.
4. QWERTY mininya pula menggunakan “font” yang amat kecil seolah-olah semua orang di dunia ni memiliki jari-jemari yang runcing.
5. Saya ulang. Saya amat MEMBENCI kaedah memasukkan teks sebegini. Alangkah indahnya jikalau mereka menggunakan kaedah yang lebih elegan seperti keyboard ala-ala iPhone atau teknologi mengecam tulisan ala-ala Sony Ericsson P800 yang terbukti sangat berkesan dan pantas digunakan.
6. Kajian saya membawa kepada satu alternatif yang dipanggil Dayhand Input yang berjaya mengatasi masalah-masalah yang saya sebutkan tadi.
7. Ia memberi saya keyboard QWERTY yang lebih besar dan selesa untuk digunakan oleh ibu jari saya yang agak besar ni.
8. Ia juga memiliki banyak fungsi seperti memasukkan “smileys”, keypad alphanumeric yang tidak memakan ruang skrin, fungsi edit, dan symbols. Semuanya ini boleh memasukkan teks secara terus tanpa perlu menekan ikon berwarna hijau!
9. Ia juga ada “predictive text”!
10. Satu lagi, yang agak menarik, bagi saya ialah kebolehannya untuk mengeluarkan alphabet / mode alternatif dengan begitu mudah. Cuma tap dan tolak. Contohnya, tap huruf “d” dan tolak keatas, simbol “+” akan dipilih. Betul-betul Ho Liau!!!
11. Menaip menggunakan sebelah tangan amat selesa dan kalau anda ingin menggunakan 2 tangan, keyboardnya dalam skrin “landscape” amatlah besar!
12. Saya boleh menaip dengan lebih pantas menggunakan Dayhand Input berbanding dengan mana-mana keyboard yang asal dalam Symbian^1.
13. Tolonglah Symbian… Berilah kami pilihan yang lebih baik di masa hadapan untuk memasukkan teks…
14. Anda berminat untuk mencuba? Sila download dari SINI. Anda perlu menandatangani fail ini terlebih dahulu sebelum memasangnya.
- Asri al-Baker!
http://www.youtube.com/watch?v=HZ0ASUNRG8A
Related posts:
Tags: Nokia, S60-5th, Samsung, Sony Ericsson, Symbian^1
Trackback from your site.
-
kerazee_hisham
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
kerazee_hisham
-
jerung46
-
shah
-
kerazee_hisham
-
kerazee_hisham
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
kerazee_hisham
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
kerazee_hisham
-
http://twitter.com/privacyresident topex :P
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
Nazmi
-
Enterspace05
-
L4N












November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!