Dari Menara Symbianku.Com – Update Jun 2010
1. Sebagaimana yang anda sedia maklum, laman Blog Symbian Malaysia telah tidak dapat diakses selama 4 hari bermula dari hujung minggu lepas (minggu kedua Jun 2010).
2. Apa yang berlaku adalah diluar kawalan kami. Sesuatu yang tidak elok telah berlaku kepada server yang menempatkan data kami dan pihak yang bertanggungjawab telah berusaha bertungkus-lumus beberapa hari untuk mengaktifkan semula server serta data yang ada di dalamnya. Ia bukan kerja yang mudah. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada NETLYNX SOLUTIONS yang telah berusaha siang dan malam bagi mengaktifkan semula Symbianku.Com.
3. Perkara yang berlaku tidak perlulah saya ceritakan disini. Memadailah jika saya katakan bahawa saya dan Adli amat-amat runsing sekiranya data-data yang diletakkan di server kami tidak dapat diselamatkan. Setelah Symbianku.Com selamat beroperasi semula pada hari Selasa 8 Jun 2010, dengan tiada data yang hilang, barulah kami berasa lega.
4. Ini membuatkan kami berasa serik sekiranya perkara ini berlaku lagi di masa akan datang (Na’zu billah). Oleh sebab itu, kami perlu melakukan sesuatu yang akan menjamin masa depan data Symbianku.Com. Kami berharap akan sentiasa mendapat sokongan anda bagi memantapkan lagi Blog Symbian Malaysia.
5. Saya, bersama Adli, dengan rasa rendah hatinya, memohon ampun dan maaf kepada para pengunjung setia Blog Symbian Malaysia yang telah mengunjungi blog ini semasa ia “berada diluar kawasan liputan” dan jutaan terima kasih diucapkan kepada anda yang masih setia bersama kami.
Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Symbianku
Trackback from your site.


November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!