logo
12
Jun

Cakap-Cakap: Sony Ericsson SATIO

Written by adliayob. Posted in Cakap-Cakap Symbian


‘Preview’ Nokia N97 yang dikirim oleh Sifu ASRI AL-BAKER sebenarnya mengganggu saya. Ia merupakan preview yang sangat jujur dan berterus-terang setakat ini. Ia juga menerbitkan rasa kurang teruja lebih-lebih lagi kepada mereka yang benar-benar mahukan N97 ini. Dalam pada itu, kita juga TIDAK MENYANGKA dengan harga yang mahal (RM2,480.00) telefon ini tidak dapat memberikan impressi dan kuasa yang membanggakan terhadap pemiliknya. Adakah ia ada kaitan terus dengan spesifikasi (terutama CPU ARM11 dan RAM Nokia N97 ini) atau sememangnya OS (Symbian 9.4 S60 5th Edition) telefon ini lambat, lembab dan ‘longkang’?.

Sebenarnya review ini amat menakutkan. Lebih-lebih lagi Apple baru 3 hari memperkenalkan IPHONE 3GS yang terbaru. Mengapa saya berkata demikian? cuba lihat fakta-fakta ini:

  • Sejak Apple mengeluarkan IPHONE yang pertama, “It takes the world by storm”. Ia mengubah cara kita mengendalikan telefon sekali lagi. Tiga ‘device’ dalam satu – Ipod, Internet tablet dan telefon. Secara tiba-tiba ia meninggalkan jauh OS terkemuka seperti WinMo, Symbian, Linux, Palm dan Java.
  • Anda katakan yang Symbian (dan Nokia) tidak bimbang tentang Iphone? Anda silap. Sewaktu Iphone mula terjual – tiba-tiba semua orang mahukan ‘touchscreen’! Dan NOKIA tidak mampu mengeluarkan satu produk ‘touchscreen’ pun!
  • Nokia terus membeli Symbian selepas itu. Kemudian, ketiga-tiga platform (UIQ, MOAP dan S60) digabungkan lalu membentuk ‘Open-Source Symbian OS’. Hanya dengan cara ini membolehkan NOKIA menghasilkan telefon berteknologi tinggi (dan ‘touchscreen’).
  • Malang sekali, UIQ dikuburkan. UIQ sewaktu itu dalam perancangan untuk mengeluarkan UIQ Version 4. Beberapa model terpaksa dilupuskan. Termasuk Sony Ericsson BeiBei, Paris (P5) dan Motorola (ada 3 model kalau tak silap).
  • Walaupun tidak lama kemudian Nokia memperkenalkan N96, namun model ini KALAH dengan Samsung i8510 (innov8). Namun begitu, INNOV8 juga tidak berdaya untuk mengekang kemaraan IPHONE.
  • Apple mengeluarkan Iphone 3G. Dan untuk pertama kali – ia dijual di Malaysia! Dan semua orang berlumba-lumba untuk memilikinya.
  • Nokia menyahut cabaran dan memperkenalkan Nokia 5800. Model ini mengembalikan semula cengkaman Nokia (dan Symbian). Namun, setelah SATU HARI PENUH menggunakannya, saya mengambil keputusan untuk TIDAK AKAN berubah kepada S60-5th (5800) kerana menyusahkan saya. Ia ada kaitan dengan OS yang kurang responsif dan lembab. Kegunaan utama sebuah telefon adalah untuk (a) membuat dan menjawab panggilan, (b) membaca dan menaip sms, (c) mencari (browse) nombor kenalan (contact number). Dan Nokia 5800 tidak mampu mengendalikan 3 tugas ini dengan lancar. Untuk menaip ‘OK’ sahaja pun (lebih-lebih lagi ketika memandu) saya tidak mampu. Walhal perkara ini dapat saya lakukan dengan Sony Ericsson W960 tanpa memandang keypadnya!

Dan semalam kita telahpun mendapat informasi ‘first-hand’ tentang N97 dan kelemahannya. Saya pun tidak tahu adakah saya juga akan sependapat dengan Asri. Tetapi saya mungkin tidak akan membelinya atas 2 sebab; pertama – harga yang mahal itu membolehkan saya membeli sebuah laptop baru. Kedua – saya menunggu Samsung Omnia HD (i8910) dan Sony Ericsson Satio!

Samsung Omnia HD akan menggunapakai S60-5h Edition sama seperti Nokia N97. Ia bakal memasuki pasaran tidak lama lagi. Berbeza dengan N97, Omnia HD ia menggunakan TI-OMAP 3430 600mHz dengan 256Mb Ram (Nokia N97 = CPU ARM11 434mHz, 128Mb Ram). Ini bermakna telefon ini adalah jauh lebih cekap dan laju (sekurang-kurangnya di atas kertas atau secara teori). Ia juga dilengkapi dengan kamera 8Mpix dan kebolehan untuk merakam video dalam mod HD (High Definition). Lebih penting dari itu, buatan Samsung adalah jauh lebih bermutu dari Nokia. Lihat sahaja i550, i450, G810 dan i8510 Innov8 – saya yakin kepada anda yang memiliki model-model ini akan bersetuju dengan pandangan saya.

Ok. Bagaimana pula dengan Sony Ericsson SATIO? Berbeza dengan N97, ia menggunakan CPU ARM Cortex-A8 600 MHz dengan 128Mb RAM. Ram yang sama tetapi enjin yang dipertingkatkan. Tetapi ada satu perkara yang sangat mengujakan saya – Satio akan menggunakan S60-5th terbaru yang dibangunkan oleh Symbian Foundation (a.k.a Orbit). Ia juga menjamin kelancaran telefon dan perisiannya. Ia juga menggabungkan kuasa S60 + UIQ + MOAP yang saya tunggu-tunggu selama ini! Ia akan mula masuk pasaran selambat-lambatnya bulan November tahun ini dan didatangkan dalam 3 pilihan warna. Lihat gambar-gambar Satio di bawah dan juga videonya:

satio01

Namun, jangan terpedaya dengan CPU ‘clockspeed’ dan RAM seperti yang ditunjukkan. Walaupun ‘hardware’ sangat signifikan dalam menentukan kecekapan komputer, sebenarnya lebih penting dari itu adalah OPERATING SYSTEM yang mengawal input-output antara hardware dan software. Mengapa saya berkata demikian? Cuba anda dapatkan sebuah laptop (CPU 1.50Ghz dengan RAM 512Mb) dan masukkan Windows Vista. Bagaimana? lambat? lembab? Ok. Cuba pula INSTALL OS Ubuntu 9.04 Jaunty ke dalamnya. Bagaimana sekarang? laju? canggih? berdaya saing?

Itulah yang dapat saya tamsilkan perbezaan VISTA dan UBUNTU. Dua OS berbeza tetapi dipasangkan pada hardware yang sama. Jadi sekarang anda mengerti mengapa saya sangat-sangat mengharapkan OS Symbian terbaru dari Symbian Foundation ini? Mengapa saya amat-amat mengharap kecekapan Satio? Jawapannya… kita terpaksa tunggu November nanti. Saya sayang Symbian!

* UPDATE * terkini:

Sekejap tadi Asri Al-Baker memberikan pandangan melalui SMS kepada saya tentang Satio. Terima kasih Asri. Tetapi saya tetap optimis mengharapkan Orbit akan dipasang pada Satio. Lihat dibawah ini:

asri-sms

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

  • http://aizam88.wordpress.com Dzul

    Saya sependapat dengan pandangan Encik Adli mengenai Satio akan menggunakan Orbit. Ini kerana prossecors CPU ARM Cortex-A8 600 MHz digunakan dalam iphone untuk menjalankan Graphic User Interface (GUI) atau software dan interface iaitu hardware yang digunakan untuk menjalankan operasi satu-satu perisian.

    http://aizam88.wordpress.com

  • Lan

    Mmg Nokia skrg agak ketinggalan dan kurang inovasi dlm tempoh 1 1/2 thn yg lepas ni. Tp sy masih menaruh harapan mereka akan bangkit dgn sesuatu yg lbh baik hjg thn ni. Sy xrasa harga N97 trlalu mahal memandangkan ia flagship device. Jenama2 lain sumanya berlegar disekitar RM3K++. N96 dulu pun RM3K jg. Dari segi perbandingan ‘harga + features’, Nokia/Symbian masih blm ada tandingan. Nokia 5320 dulu berharga RM1088. Dan byk model2 lain sblm ni dan akan dtg yg juga berharga dlm lingkungan RM1K-1.4K (6120c, 5630, 5730, 5800). Dan skrg ini flagship device mereka brharga RM2500 sdgkan sblm ini harga biasanya pd sekitar RM3400. Mana ada jenama lain yg mampu mengeluarkan smartphone pd harga sebegini selain Nokia n maybe Samsung? Dari segi ini, Symbian masih jauh kedepan. Tp mmg hardware N97 mengecewakan sgt, terutama kamera, prosessor, n graphics. Harap mereka bangkit semula lps ni. Samsung i8910 n Satio menunjukkan Symbian msh jauh kedepan dari segi hardware, cuma Nokia je yg trhegeh2 sket skrg ni. Anyway walaupun dari segi luarannya N series ni npk buatannya mcm xbrp berkualiti, tp sbnrnya sgt tahan lasak. Sy punya N82 ni dh jatuh ntah brp byk kali daaa…xpnh rosak pun dh hampir 2thn..

  • Jack Lee

    Di manakah saya dapat membaca “preview” N97 oleh Asri?

    RRP N97 sebanyak RM2,480 tidak mahal memandangkan ia dikategorikan sebagai salah satu flagship model Nokia. Biasanya harga “flagship” memang berlegar di sekitar harga RM3,000. Lihatlah smartphone daripada HTC, SE dan sebagainya. Saya rasa Samsung dan SE akan menghadapi suatu cabaran yang besar untuk menandingi Nokia dari segi harga!

  • http://www.uiqblog.com asri

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site