logo
11
Aug

Cakap-Cakap: Sehari Di 1 Borneo Sabah Sempena MCC 2009.

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian, Cakap-Cakap Symbian


mcc-kk-report

Isnin, 10 Ogos 2009 – East India Room, 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

Hari ini saya menghadiri MCC di Kota Kinabalu dan sebaik sampai ke sini pagi tadi, saya terus bertanyakan kepada urusetia tentang kehadiran peserta pada hari ini. Dan, saya terkejut dan seterusnya mengucapkan tahniah kepada seluruh warga UMS dan CosmoPoint KK kerana bilangan peserta pada hari ini mencapai 142 orang! Sebenarnya memang saya risau sangat kerana menjangkakan kehadiran kurang 50 orang sahaja.

MCC dimulakan pagi ini dengan ‘keynote speech’ daripada SKMM, wakil MSC, Syarikat METADOME, wakil dari Maxis Communication Berhad dan wakil Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia. Jadi sessi ‘pembuka bicara’ biasanya agak kurang ‘power’ kerana peserta hanya didedahkan dengan senario telekomunikasi di Malaysia dan peluang-peluang bila membangunkan perisian pada platform telefon. Sessi pagi bermula jam 10 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.

Pada jam 2.00pm bermulalah sessi kedua MCC dan tiga orang penceramah hebat memberikan ceramah yang agak teknikal tentang teknologi komunikasi di Malaysia ini.

Penceramah pertama: Encik ASRI al-Baker (Co-founder kepada Symbianku) memberikan penerangan tentang PLATFORM sebagai media penciptaan perisian.  Ini termasuklah sms, java, blackberry, Iphone dan Symbian. Disebabkan penyampaian beliau sangat mendalam (detail) dan spesifik dalam teknologi komunikasi, maka lebih separuh daripada peserta membuat muka isi borang (confuse), muka sardin (sila perhatikan betul-betul pada MUKA ikan sardin di tin Cap Ayam) dan ada juga yang tertidur. Saya merasa hairan kerana majoriti peserta kali ini datang dari Fakulti Kejuruteraan dan masing-masing mengambil kursus ‘Software Engineering’. Tension saya! Takkanlah ‘student’ universiti pun tak tau apa yang dikatakan Symbian, Blackberry dan J2ME? Maka sebaik selesai Asri menyampaikan ceramah, saya terus menghampirinya dan memberitahu ‘rasa’ hati saya itu. Asri hanya membalas: ‘Itulah realitinya Adli’. Saya terus insaf dan merasakan tanggungjawab saya untuk mendidik masyarakat Malaysia dalam Teknologi Telekomunikasi dan Symbian makin bersemangat dan berkobar-kobar lagi!

Penceramah kedua: Kartunis UBI. Beliau menceritakan tentang diri beliau sendiri (sebagai kartunis yang pemalas) yang akhirnya berpeluang menjadi kaya-raya dengan menjadikan telefon sebagai medium untuk masyarakat berhibur dengan karya kartunnya. Beliau memberikan tips dan cara-cara yang sangat berguna kepada peserta tentang bagaimana mematerialkan sebuah idea sehingga menjadi duit. Kartunis Ubi merupakan satu-satunya kartunis di Malaysia yang menjual hasil karya seni secara ‘on-line’ dan mempunyai pelanggan sehingga ke benua Eropah! Beliau juga menjadi contoh kepada penggiat seni yang lain untuk berkecimpung di dalam perniagaan ‘content provider’ kepada syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia. Dengan ceramah yang bersifat lucu dan bersahaja, beliau berjaya ‘menyegarkan’ peserta-peserta seminar dan berjaya ‘mendekatkan’ peserta kepada pertandingan MCC dan urusetia. Pesan beliau “Saya seorang kartunis, saya tidak tahu komputer atau teknologi komunikasi. Tetapi berjaya juga menjual ‘content’ telefon kepada seluruh rakyat Malaysia. Jadi, anda sebenarnya lebih beruntung kerana masing-masih merupakan pelajar IPT dan wujudnya seminar seperti hari ini. Anda bertuah sehingga menyebabkan saya iri hati”.

Penceramah ketiga: Encik Muthu dari Murasu Communications (M) Sdn. Bhd. Pesan beliau kepada peserta jika anda benar-benar ingin membuat sebuah ‘content’ untuk telefon, anda memerlukan ‘PASSION’ yang mendalam. Perkara ini ternyata benar kerana walaupun berbangsa bukan Melayu, beliau berjaya membangunkan perisian Java (J2ME) yang menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi sebaik ‘space bar’ ditekan pada keypad telefon. Ini kerana ‘passion’ beliau terhadap tulisan jawi sejak kecil lagi. Atas keunikan ini, Asri sempat mengatakan kepada saya “Kalaulah aku Perdana Menteri, aku akan bagi si Muthu ni pangkat ‘Datuk’ sebelum dia meninggal dunia”. Ini kerana beliau adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang amat kami harapkan untuk ‘survival’ tulisan jawi di era digital ini. Sama seperti Asri, Mr. Muthu juga menyampaikan ceramah dalam keadaan yang teknikal, spesifik, penuh dengan ‘jargons’ IT tetapi sangat-sangat menghiburkan.

Tidak lama kemudian, tamatlah sessi seminar MCC tepat jam 5.oopm di Kota Kinabalu Sabah. Saya juga sempat melayan tiga orang peserta seminar dari UMS dan berkongsi pandangan tentang pembangunan perisian pada telefon bimbit di lobby dewan semasa waktu minum petang. Kepada ketiga-tiga ‘student’ UMS itu, saya ucapkan selamat berjaya jika anda masuk ke pertandingan MCC nanti!

Related posts:

Tags:

Trackback from your site.

  • asraffayob

    long, ko ada idea tak, apa kemahiran quran yg ada pada angah nak yg boleh dijadikan niche utk ditukarkan kpd program telepon nih? – teruja jugak bila baca entri ni ada org buat program convert rumi-jawi …tentu ada sesuatu dari ilmu quran yg sangat perlu,tapi belum ada dlm dunia perisian henpon, tp belum dibuat lagi…cuba ko bagi suggestion sket…tq

  • http://sabahwap.mobile.web.tr naxe88

    jelesnya aku kat mereka yg pergi kat MCC ni….
    nak buat macam mana…
    ada hal yang perlu diuruskan…
    huhuhu…

  • mohd hashril

    mamat yang belah kanan tu hensem siot.

  • Jack

    terima kasih yang teramat sgt kerana ….di mana la sya nak dpat tu kan..MCC workshop byk mdedahkn sy pd dunia sbenar hp. sy sedar byk yg sy tak tahu tentang hp. tau guna sja hehe…

  • Eeddyy

    klo bagi sy bagus da hp

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site