Cakap-Cakap: Ramadhan Datang Lagi!
Lebih kurang seminggu lagi ummat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan atau lebih popular dengan ‘bulan puasa’. Ia juga merupakan berita malang kepada ‘kaki makan’ seperti saya kerana hanya tinggal 7 hari sahaja lagi masa yang ada untuk makan puas-puas. Setiap tahun saya berazam untuk menguruskan badan tatkala muncul Ramadhan dan saya sangat berharap agar tahun ini saya berjaya sekurang-kurangnya memancitkan sedikit ‘tayar’ yang membelengu di kawasan tengah badan saya ini
Tahun ini isteri saya meminta untuk dimasukkan perisian ‘ASGA Tech Quran’ ke dalam telefonnya (Samsung i450) kerana pada tahun lepas, perisian ini hanya diciptakan untuk beberapa model telefon Nokia Symbian sahaja iaitu Nokia E90, E71, E51, N95, N95-8Gb, N82, N78, N73, 6220, & 6210 Navigator sahaja. AsgaTech Quran ini sangat istimewa kerana ia dipersembahkan dengan tulisan khat yang cantik (dalam Mashaf Usmani) dan bacaan audio oleh Sheikh Hudzaifi. Maknanya jika anda ingin membaca, anda boleh menjadikan ia sebagai ‘ebook’ tetapi jika anda ingin mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran – maka ‘set’kan kepada ‘listening – surah’.
Jadi saya terus ke laman web ASGA-Tech untuk mencari perisian ini dan ia telah dipertingkatkan kepada versi 2.00! Hati saya sangat gembira dan terus mencari senarai model-model telefon yang boleh dipasangkan perisian ini. Dan, disitu saya dapati yang Samsung Symbian TIDAK tersenarai! Ini menyebabkan saya kecewa dan berkira-kira. Bagaimana jika saya membelinya juga tetapi tetap tidak boleh dipasangkan kepada Samsung i450? Rugikah saya? atau kecewa jugakah pemilik Samsung i450 ini? Fikir punya fikir maka saya teruskan jugalah membeli perisian ini. Kalau betul tak boleh pasang juga pada i450 – saya akan sedekahkan kepada kawan-kawan yang sememangnya sukakan telefon mereka menjadi mangsa ‘eksperimen’ saya.
Berapa harganya? lebihkurang RM100.00. Kemudian saya terus memindahturun (download) fail audio dan arahan untuk pemasangan ke telefon. Lama juga untuk menunggu ‘download’ fail audio ni sebab ia bersaiz 200mb. Setelah selesai, saya terus memindahkannya ke telefon Samsung i450 itu.
Ya~! ternyata pelaburan saya tidak sia-sia kali ini! ASGA-Tech Quran Versi 2.00 berjaya dipasangkan ke i450 tanpa sebarang masalah! Begitu juga dengan semua fail audio yang saya download sebelumnya. Semuanya berfungsi dengan lancar sekali! Jadi perkara selanjutnya adalah menelefon seorang sahabat yang menggunakan Nokia E90 dimana pada bulan Ramadhan yang lepas saya telah memasang perisian ini ke telefonnya. Saya ingat lagi betapa riak dan berlagaknya dia kerana perisian tersebut tidak berjaya dipasang ke Samsung i450 saya. Maka inilah masa yang sangat sesuai untuk membalas dendam! saya perlu membuat muka ‘berlagak’ 10 kali lebih dahsyat dari dia dengan disulami ketawa terbahak-bahak sambil tangan menepuk-nepuk perut ajaib saya ini! Maka malam tadi hasrat saya tercapai. Jelas sahabat saya ini bengang sekali!
Selain dari Quran, AsgaTech juga memasarkan perisian ‘Hajj And Umrah’ dan ‘Islamic Organiser’. Jadi apa tunggu lagi? Kepada semua pemilik Symbian S60 jenama Nokia dan Samsung – sila dapatkan perisian ini sekarang. Tetapi jika anda tidak mampu berbuat demikian, silalah pindahturun ‘Pocket Quran’ di SINI atau ‘Quran For SonyEricsson UIQ3′ di SINI. Tetapi perlu diingatkan yang kedua-dua perisian ini tidak boleh menjanakan audio bacaan Al-Quran seperti ASGA-Tech Quran diatas. Anda cuma boleh menjadikannya sebagai ‘ebook’ sahaja.

Untuk memberkati lagi bulan Ramadhan yang bakal tiba, saya juga telah mempakejkan 30 ‘wallpaper Ramadhan’ untuk semua pembaca Blog Symbianku ini. Ia beresolusi 240 x 320 dan sangat sesuai untuk majoriti Symbian S60-3rd dan UIQ3. Klik pada pautan dibawah untuk mendapatkannya. Dua fail disediakan dalam format ZIP (15 wallpaper setiap satu fail). Selamat mengharungi Ramadhan!
Related posts:
Tags: S60, S60-3rd, UIQ3, Wallpaper
Trackback from your site.
-
sir qiera
-
http://evonet.blogspot.com sir qiera
-
mookies11
-
Ahmad
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
Kongsibersama



November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!