Cakap-Cakap: Pengaturcara Symbian Di Perlukan Di Malaysia!
Tak sangka! Rasa macam nak terbang ke Kuala Lumpur juga sekarang. Itulah perasaan saya bila menyaksikan iklan sebuah syarikat (berstatus MSC) di Damansara iaitu NEXBIS yang sedang memerlukan PROGRAMMER (Java dan Symbian C++) ini. Seperti biasa, disebabkan kedua-dua syarikat penerbangan Malaysia iaitu MAS dan AIRASIA bukanlah milik bapa saya, maka saya terpaksa pendamkan hasrat saya. Lagipun, kalau saya dah mula bekerja dengan syarikat ini, siapa pula yang akan meneruskan blog yang bermaklumat ini?
Kepada sesiapa yang masih keliru dan tidak percaya tentang peluang bekerja di alam Symbian, maka saksikanlah sendiri iklan di bawah ini. Memang dari dahulu lagi saya sudah katakan yang masa depan Symbian adalah cerah. Apa yang anda perlukan adalah belajar sehingga memiliki diploma atau ijazah sarjana muda dalam bidang pengaturcaraan.
Kepada pelajar-pelajar IPT yang sedang membaca tulisan ini, ketahuilah yang SYMBIAN MEMERLUKAN ANDA di masa hadapan. Saya tahu bukan senang untuk berjaya menjadi seorang programmer. Ada juga yang berpendapat seorang programmer akan masuk ke ‘lembah hitam’ dan bertukar menjadi HACKER! Seterusnya ‘hacker’ tersebut di’bangunkan’ dan barulah dia tersedar yang selama ini beliau hidup dalam alam MATRIX! Hehehe.
Menjadi seorang programmer merupakan kerjaya berstatus ‘terhormat’ untuk masa hadapan. Selain menjanjikan gaji yang memukau bakal ibu mertua, ia juga membuka peluang untuk kerjaya yang lebih besar di syarikat-syarikat terkemuka seperti MICROSOFT, APPLE dan SYMBIANKU.
Apa? anda masih lagi tidak percaya yang SYMBIANKU akan menjadi ‘Symbian Power House’ di Asia Tenggara? Tidak mengapalah. Sama seperti kata pujangga.. “Hanya JOHARI mengenal MANIAM”.
Anda masih tak percaya? Tengoklah iklan tersebut di SINI dan SINI. Mungkin suatu hari nanti, kami pula yang akan mengeluarkan iklan seperti ini. Cepat! tarikh tutup untuk jawatan yang ‘membanggakan orang tua’ ini sah sehingga 14 Julai 2009 ini. Ini bermakna anda ada kurang dari 10 hari sahaja untuk menjadi penganggur. Selepas ini anda bakal memasuki alam pari-pari yang indah, canggih dan berteknologi tinggi. Selamat menjadi seorang pengaturcara Symbian!
Related posts:
Tags: Pengaturcaraan, Symbian
Trackback from your site.
-
mohd hashril
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
mohd hashril
-
space83
-
manar77
-
space83

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!