Cakap-Cakap: Nokia N86 Dan Nokia 5730 Xpress Music.

Semalam (25 Julai 2009) saya telah ke Bandar Tawau untuk membeli sebuah telefon NOKIA N77 untuk orang gaji saya. Ya! anda tidak perlu terperanjat kerana pada zaman sekarang ini, pembantu rumah pun mampu menggunakan sebuah telefon Symbian yang canggih lebih-lebih lagi dia tinggal pula dengan pemilik Blog Symbian Malaysia. Seperti biasa, saya ke kedai ‘Blaupunkt/Sony’ yang terletak di Bandar Baru Sabindo, sama kawasan dengan stesen bas baru Tawau yang juga bertentangan dengan bangunan Wisma Persekutuan, Tawau. Hanya disitulah saya boleh mendapatkan telefon-telefon Symbian dengan harga murah berbanding lain-lain kedai di Tawau, Sabah ini. Berapa harganya? RM690.00 sahaja. Saya pun rasa tak percaya pada mulanya, tetapi dengan harga yang begitu cantik, saya pun membayar harga telefon itu. Sebenarnya, sehingga tengahari tadi, orang gaji (maid) saya masih lagi bertanyakan tentang fungsi N77 itu. Nasib baiklah telefon tersebut dilengkapi dengan bahasa ‘Filipino’, maka tidaklah menjadi isu besar. Untuk pengetahuan ramai, orang gaji saya ni dari Filipina dan bukanlah menjadi satu perkara yang ganjil untuk mendapatkan orang gaji Filipina di kawasan Malaysia sebelah sini. Dan terpaksalah saya masukkan video ‘Pangako Sayo’ dan ‘Rock And Roll Dalam Payung – terbitan MBB – Youtube’ ke telefon barunya.

Dan nasib saya agak baik semalam sebab 2 model telefon Symbian terkini iaitu N86 dan 5730 Xpress Music baru sampai ke kedai itu lebihkurang 2 jam. Jadi, seperti orang mengantuk di sorongkan bantal, saya terus mencuba kedua-dua telefon itu, mengambil gambar, memasang beberapa perisian penting dan ‘bermain’ dengannya. Kesemua aktiviti yang saya sebutkan tadi dilaksanakan dalam masa 1 jam dengan bantuan taukeh kedai yang sangat kedekut itu. Mengapa pula saya katakan kedekut? ini kerana beliau TIDAK AKAN MENGURANGKAN HARGA TELEFON WALAUPUN 10 SEN dan jika anda memberikan komen atau mula tawar-menawar, maka dialog ini akan terkeluar dari mulutnya – “Lu jangan bili dulu ini telefon, lu pusing-pusing dulu Bandar Tawau, kalau lu ala jumpa lagi mulah, lu angkat la. Kalau titak lu latang balik ini kedai, balu lu bili maa”.

Berapakah harganya untuk kedua-dua telefon ini? Nokia N86 = RM 1,580.00 dan Nokia 5730XM = RM 1,150.00 sahaja. Baiklah, mari kita bermula dengan Nokia N86 dahulu.
Nokia N86 merupakan telefon pertama Nokia yang dilengkapi dengan kamera 8 Megapixels. Buatannya sangat kukuh dengan material logam dan plastik bermutu tinggi. Ia adalah model peningkatan dari Nokia N85 dan menggunakan skrin AMOLED dengan saiz 2.6 inci. Senibina atau ‘design’ telefon ini juga sangat menarik dan digunakan sebagai asas kepada N97. Ia dikeluarkan dalam dua warna iaitu hitam (kelabu) dan putih. Butang menu untuk telefon ini juga diperbaharui dan ia sama seperti Nokia N97. Telefon ini dilengkapi dengan Sistem Operasi Symbian 9.3 pada platform S60 3.2. Telefon ini bersifar ‘gelungsur’ (sliding phone) dan terdapat bebutang tambahan apabila ditolak ke bawah (media button). Perkara menarik mengenai telefon ini ialah ia turut dilengkapi dengan ‘kick-stand’ seperti yang terdapat pada Nokia N96.

Nokia 5730 Xpress Music pula saya istilahkan selaku alternatif kepada Nokia E72. Telefon ini sebenarnya membuatkan saya menjadi dilema kerana saya terpaksa memilih antara E71, E72, E75 atau 5730XM ini kerana keempat-empat model yang saya sebutkan dilengkapi dengan keypad QWERTY. Saya telah mencuba keypad telefon ini dan secara peribadi, ia adalah setaraf dengan E75. Ia responsif, tidak terlalu lembut tetapi memberikan ‘tacktile-feedback’ yang diharapkan. Tetapi pujian harus diberikan kepada ‘keypad luar’ kerana bagi saya ia jauh lebih baik dari E75. Keypad luarannya mudah disentuh dan dicapai berbanding dengan E75 yang agak ‘cramp’ dan rapat-rapat.
Untuk yang berbajet rendah (seperti saya), anda dicadangkan untuk membeli telefon ini. Perkara menarik mengenai telefon ini ialah anda diberikan 1000 (seribu) lagu (music) secara PERCUMA dari bimbit.com. Ia juga dilengkapi dengan WLAN (WiFi), kad microSDHC 8Gb (di dalam kotak) dan kamera Carl Zeiss 3.2 MegaPixels. Namun bunyi yang dijanakan dari ‘speaker’ telefon ini tidaklah kuat dan tajam berbanding N73, 5800XM atau N77. Ia juga disasarkan untuk golongan remaja (dengan warna-warna ceria) dan saya rasa tidak begitu sesuai untuk golongan eksekutif yang berdaya-saing seperti anda.
Saya akan cuba untuk meminjam kedua-dua telefon ini untuk tujuan prapandang penuh. Setakat ini saya sangat berpuas hati dengan Nokia 5730XpressMusic. Sila hubungi Asri Al-Baker untuk mendapatkan kedua-dua telefon ini secara original (dengan waranti AVAXX). Dan telefon ini langsung tidak sesuai jika digunakan oleh ‘maid’ saya! hehehe.
Related posts:
Trackback from your site.
-
http://aizam88.wordpress.com programmer
-
mohd hashril
-
azizi
-
Mohd Shahrul
-
manar77
-
liena
-
http://www.uiqblog.com asri
-
http://GOOGLE IJOL
-
HISHAM
-
http://www.uiqblog.com asri
-
HISHAM
-
Baby_chelo

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!