logo
17
Oct

Cakap-Cakap: Budak IPT Kena Kelepet!

Written by adliayob. Posted in Cakap-Cakap Symbian


kena-kelepet

1. Saya sebenarnya tengah pening-kepala dan tertekan dengan masalah sekeliling sekarang. Ini termasuklah satu artikel panjang yang saya belum sempat ‘save-as draft’ yang secara tiba-tiba di’disconnect’ dari server Symbianku sebentar tadi. Ini sebenarnya ada kaitan dengan talian internet laju (konon) yang dikatakan terbaik di Malaysia ini. Jika anda bermastautin di hujung Malaysia (ya tuan-tuan, lagi 30 minit anda akan sampai ke Perairan Filipina – Laut Sulu) seperti saya, anda akan rasakan ‘derita anak tiri’ yang telah diganyang oleh TELCO yang wujud di Malaysia. Ada seorang rakan mencadangkan saya melanggan Diginet, Maxisnet atau Celcom Broadband, namun jika saya membayar bulan-bulan seperti anda TETAPI hanya mendapat kelajuan pindah-turun data SELAJU 6-12Kbps sahaja (biasanya laa – bukannya hari-hari. Tapi bayar servis tu setiap bulan!) ia menyebabkan saya tawar hati dan berperasaan ingin menggigit selipar sahaja!

2. Oleh itu, saya perlu bertindak bijak dengan memesan secawan teh-tarik sambil menggunakan khidmat WiFi yang ada di restoran mamak (berasal dari Perak) di sini (Semporna, Sabah). Dengan itu saya dapat menulis dengan tenang tanpa banyak soal-jawab seperti ‘Abang tengah buat apa tu?’, ‘Babah… bolehkah abang main game kat kompiter babah tu?’ dan jugak ayat ETNIK seperti ‘Ai hinang nu marahuan komputer ilu?”.

3. Dalam dunia yang mencabar nafsu dan minda ini, setiap orang perlu bertindak bijak. Kalau tidak, anda akan kena kelepet seperti seorang budak IPT seperti keratan akhbar diatas artikel ini. Artikel ini saya dapat pada Hari Raya yang lalu. Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar menara-gading (tahap budak pandai, pintar, dik-cerdas dan IQ-tinggi dengan DHA dan AHA nih!) yang sanggup mengeluarkan RM600 dari simpanan PTP-TIPU (PTPTN) hanya untuk membeli sebuah telefon N95-8Gb dari seorang ‘pelakon jalanan’ yang menjuraikan air mata dan mengadu memerlukan duit untuk hidup!

4. “Mangsa, Lukman Nul Hakim Mazlan, 23, mendakwa lelaki itu menegurnya di perhentian bas di sini, memberitahu mahu menjual telefon bimbit dengan separuh harga. Menurutnya, secara luarannya telefon bimbit itu kelihatan tulen kerana reka bentuknya dan jika dibeli di kedai mencecah RM1,500.” kata mangsa itu. Kata saya pula “Engkau, mak-bapak dah bagi modal suruh belajar betul-betul kat IPT, ilmu nak beli telefon pun kau tak tau? Apa pasal tak baca dulu di Symbianku?”. Dan kalaulah dia boleh membalas balik dia akan balas: “Bang, telefon N95 China ni boleh install OS Symbian ker?” Kah! Kah! Kah!

5. “Oleh itu, saya ke kedai telefon bimbit untuk mengesahkan ketulenannya. Pemilik kedai itu memberitahu telefon yang saya beli itu bukan tulen. Pemilik kedai itu mendakwa telefon bimbit yang dibelikan itu buatan China dan jika dibeli nilainya hanya antara RM200 hingga RM300,” katanya. Dan sampai ke hari ini pun, masih terdapat beribu-ribu rakyat Malaysia yang kena tipu sebab malas nak mengambil tahu tentang teknologi telefon selain sememangnya dilahirkan untuk menjadi jutawan Power-Root (Saya menang motor..) 8)

6. Saya pernah menulis tentang Nokia-Palsu pada 5hb Mei 2008 tahun lalu dan saya juga telah beritahu bagaimana untuk mengenali antara JOHARI dan MANIAM!. Namun masih lagi ada peminat yang memberi komen dan pertanyaan tentang Nokia-China ni kepada Symbianku. Kata pembantu saya (pada ruangan chat-box di sebelah kanan blog ini) Encik ShahRukh Lan: “Kalau FAKE N95 lebih baik install Windows ME atau UNIX. Lagi Power!! hehehe”.

7. Jika perkara ini berlaku kepada saudara-mara anda, agak-agaknya apakah ayat yang akan anda hamburkan kepada mangsa? Sedangkan mangsa menjadikan anda sebagai pakarujuk panduan ilmu teknologi telefon yang terkini?

8. Percaya atau tidak, ia sangat selalu berlaku kepada saya dan Asri. Kawan-kawan selalu bertanya tentang teknologi telefon macamlah diaorang tu ARM-Processor yang menguasakan smartphone Symbian! TETAPI akhirnya mereka secara sedar, terang dan bersuluh telah membeli telefon BLUEBERRY, E71-Normal Keypad dan iPhone Mini (Iya donk! iPhone Mini.. kah! kah! kah!). Selalunya saya akan mengeluarkan ayat “Kau nak aku sepak kau sampai langit ke berapa?” setelah mereka memperdaya saya supaya cepat-cepat install perisian pada telefon masing-masing.

9. Saya mengklasifikasikan berita di atas selaku TRAGEDI terhadap mangsa. Bagaimana dengan anda? Ayuh kongsikan bersama pengalaman anda tentang TELEFON SYMBIAN PALSU di ruangan komentar supaya ia kelak menjadi panduan dan sempadan kepada rakan-rakan kita yang lain. Ia juga akan bertindak selaku MESEJ kepada pengeluar telefon picisan yang KITA, RAKYAT MALAYSIA BUKANLAH MUDAH UNTUK DITIPU dan dirompak!

Transkript penuh berita diatas boleh anda klik di SINI.

Related posts:

Tags:

Trackback from your site.

  • Bach

    Kesian jgk yaa… belajar tinggi2 pun kena tipu,tapi x mustahil jgk la pasal kalau kita tidak ada pengetahuan pasal benda ni mmg senang ja kena tipu… moral of the story: rajin2 la buka blog symbianku niii hehehe

  • Lan

    Biasalah tu, kalau dah xtau nak buat camne..tapi sebenarnya kebanyakkan org kita yg xtau ni sbb mereka mmg xnk amik tau. Kalau nak amik tau, senang je..info tu bersepah di sekeliling kita ni, suratkhabar, majalah, internet, tv..yg pakai N series dah bertahun2 tapi masih xtau apa yg N series tu mampu buat pun sgt ramai. Sebab 2 bila kita bkk laman web mcm Mudah.my umpamanya, kita dpt tgk advert2 yg berbunyi ‘Swap N95 8gb dgn C905′ @ ‘Swap N82 dgn K850′..Seriously lah kalau diorg tau btl2 apa tu Symbian n keupayaan sebenar symbian 2, xmungkin diorg nak buat swapping sebegitu. Sy dulu pun belajar sendiri je sbb nak tau. Sy sendiri pun xsengaja terbeli Symbian n lepas seminggu dua sy sedar yg telefon kat tgn sy tu lain sket (ada aura semacam gituuu..). So kita selidik n belajar dari sumber sekeliling sampai btl2 faham..

  • HISHAM

    @En Adli

    Sedikit pengalaman dan TRAGEDI sepanjang terbabit dgn Symbian…
    PENIPUAN
    Sekitar Jun 2007,seorang lelaki telah menyamar sbgi Pegawai K****m,mengaku mempunyai stok hphone rampasan.Die menawarkan kepada sy set Nokia N73 secara “swap” dgn Nokia Ngage QD milik sy.Kononnya atas dasar same2 kakitangan kerajaan,bleh kaw-tim tanpa byrn tambahan.Kbtolan pd ketika itu N73 ME mmg hphone idaman sy.Dgn bodoh dan bangangnye sy-secara membabi buta-telah menyerahkan Nokia Ngage QD sy dan beliau janji akan bertemu sy smule pd sblh ptg utk menyerahkan nokia N73.Sy hanye sedar ditipu apabile call dan sms sy langsung tidak berjawab.Sy xkan halalkan Ngage QD sy.Harap perut beliau yg buncit tu,terus buncit dan meletup.

    Sy akui mmg salah sy.Kbtolan pd ketika itu,beliau nmpk sy menggunakan due hphone iaitu nokia 6260 dan Ngage QD.Jadi sudah tentu sy ialah sasaran mudah apabile ditawarkan N73 secara swap.Tp akibat terlalu excited dan obses,dengan mudah sy dimanipulasi oleh beliau.Rase bodoh gile2 punyer bodoh.X penah2 kene tipu tu hari tu mmg hari malang bg sy.

    Sbgi langkah menebus kekecewaan,sy telah mengeluarkan wang simpanan sbnyk RM1300 dan terus membeli N73 ME secara sah! baru puas hati sy! Stlah 3 tahun berlalu,N73 ME ini masih memberikan khidmat setia yg x berbelah bg kepada sy.

    NOKIA N95 set China
    X lame slps itu,seorang Pakcik sy berjawatan Pengurus Besar dlm syarikat beliau,telah membeli NOKIA N95 set China atas dasar keperluan menggunakan 2 sim kad.Harganye? RM1100.diulangi RM1100 utk NOKIA N95 set China! Dlm kotak ade hphone NOKLA,2 bateri jename NOKLA dan charger.Manual n User Guide pun xde,Waranty pun xde! Ape bodoh nye manusia keluarkan Rm1100 utk hphone begitu.Yg sy sakit hati dan kecewa,beliau mengambil tindakan bertanye sy dahulu sblom beli.Sy dgn berlapang dada menasihatkan beliau bahawa ia tidak berbaloi.Akhirnye,beli jgk! Kononnye kesian psl member baik die yg jual.Kemudian terhegeh2 bertanye sy bgi mane nak aktifkan 3G pd henpon NOKLA.Pening sy nak menjawab.

    Seperti yg dijangka,seminggu lps tu,NOKLA tu problem.Dipulangkan blk pd kwn beliau.Sim kad kedua x berfungsi dan x bleh aktifkan 3G.Padan muka! X tau la die nak claim warranty dr mane.

    GARMIN XT
    Baru2 ini seorang driver di jabatan sy meminta sy install Garmin XT pd hphone beliau.Lg skali,sy dgn berlapang dada sentiasa bersedia utk membantu.Al maklum satu jabatan.
    Setengah jam kemudian beliau dtg sambil menunjukkan hphone beliau yg bkn jenis Symbian! Lg Cookie barangkali.sy x ingat.Aduii….pening! Sy menolak dgn baik dgn kate2 “Bang,enset jenis Symbian je sy bleh install gamin bang”.”Aku beli mahal apsal x bleh plak? hphone Symbian tu ape?” balas beliau.Sy cuba nak menerangkan ttg Symbian,tp bimbang menambahkan tekanan darah tinggi beliau.Al maklum dah 40-an.Dan beliau berlalu dgn muke x puas hati.Skrg klu bertembung dgn nye,perasaan serba salah masih menghantui sy.

    KESIMPULAN SAYA;-
    TRAGEDI 1 & 2
    Rakyat Malaysia mewah,duit bnyk tp hati masih penuh dgn rase mudah percaya,simpati dan belas kesian terhadap sesama manusia.Sikap inilah yg PEMANGSA dan SCAM amat gemar.Mudah di manipulasi.Apatah lg dgn pengetahuan ttg undang2 dan teknologi yg rendah.

    TRAGEDI 3
    Sy mintak tlg En Adli dan En Asri memberi tips dan nasihat ttg bgimane menghadapi situasi spt ini.Sy kerap berhadapan ttg situasi ni.Bgimane hendak beri penerangan ttg keupayaan dan kehebatan Symbian pd mereka yg x phm.Bkn merendah2kan beliau-tp adalah kejam dan tidak adil klu sy minta beliau (brader driver) td membuke Symbianku.com utk cari info psl Symbian memandangkan beliau sendiri dlm ketagori “rabun IT”.Klu yg mude belia ni mungkin senang sket phm.Mintak tlg ye En Adli dan En Asri

    Maaf dipinta atas komen yg sentiasa panjang dan meleret2 dan membebel2.

    Sekian.Wallahualam.

  • Khairul

    Sebenarnya bukan susah nak membezakan hanset tipu keluaran China dengan yang original. Tengok luaran sudah dapat detect dah beberapa pekara yang nampak pelik lagi bodoh. Itu tak tengok yang dalaman lagi (Firmware).
    Tengok lens kamera depan dan belakang dah tahu palsu atau bukan, tengok pixel screen dah tahu palsu atau tak. Bunyi plak, memeritkan telinga.

    Dalam lagi lah… dah lah icon pelik semacam jer. tulisan pun nampak cam jahanam. Lagi lah kalau yang kenal apa itu symbian. Apahal payah sangat nak cari satu-satu app. atau setting nie…?? kat mana nak open bluetooth dan nak setting Access Point nie. Tak jumpa plak. Blum nak instal apa-apa app lagi tu…

    Ramai orang tertipu sebab diorg tak tahu atau tak mahu ambik tahu apa spec setiap hanset original yang keluar. Bukan susah kat internet berlambak info tu.

  • http://arib2020.blogspot.com Arib

    Assalamualaikum :)

    Tragis sungguh nasib pelajar IPT tu.
    Handphone China ni nak masuk software pun tak boleh.
    Bukan setakat software, JAVA pun entah2 takde.
    Kalau handphone China tu boleh masuk Windows Mobile untung lah jugak ;)
    RM600 tak berbaloi langsung.
    Nasib baik dia ‘bijak’, kalau tak ‘pelakon jalanan’ tu mesti kasi phone yg ‘dummy’.
    Before beli tunjuk handphone betul, time nk serah phone, tukar phone ‘dummy’.

    Jadilah rakyat Malaysia yang bijak ;D
    Wassalam.

    -Arib’s Blog-
    http://arib2020.blogspot.com

  • http://www.symbianku.com adliayob

    @Arib,

    Lucu sungguh ayat tuan tentang ‘Nasib baik dia ‘bijak’, kalau tak ‘pelakon jalanan’ tu mesti kasi phone yg ‘dummy’. Kahkahkah!

  • http://www.symbianku.com adliayob

    @Hisham,

    Sungguh SADIS tragedi yang menimpa tuan. Saya sangat terharu dan kesian terhadap diri tuan selaku mangsa dalam cerita ini.

    Kalau saya: Saya akan cakap kepada orang itu: “Telefon aku ni berkomputer. Dia memang lagi best dari yang kau nak beli tu. Tak percaya? ko tengok… KAMUS dan PETA JALAN pun buleh masuk kat dalam telefon aku ni. Kalau kau nak beli telefon cam aku, ko cariklah Nokia N-Series atau E-Series – baru kau puas hati”.

    Tapi biasanya saya demonstrasikan 3 telefon iaitu sebuah telefon biasa, Samsung i450 dan Nokia N81 kepada sesiapa sahaja. Biasanya mereka akan terkejut dan bertanyakan “Eh! kenapa Samsung ni macam Nokia?”. hehehe

  • naxe88

    hahaha…lucu betullah…ni lah budak2 IPT zaman skrng ni…duit PTPN utk study dorang…mereka pula pegi beli HP…pastu yg fake lagi…hahaha…

  • HISHAM

    @En Adli n En Asri

    Terima kasih atas tips yg diberi.

    Baru sj selesai menonton filem bertajuk “Vantage Point”.Watak terrorist dgn selamba menggunakan SE P990i secara total dlm operasi menculik President Amerika.Ini termasuklah berhubung dgn terrorist lain,menghidupkan kipas angin utk tujuan distract Secret Service dan meletupkan bom.Paling menarik,menembak President dgn sniper rifle yg di kawal spenuhnye oleh SE P990i beliau.Semuanye di lakukan tanpa memerlukan beliau berada di kawasan kejadian.

    [img]http://lh3.ggpht.com/_rB8vvwy1pJY/Sts1wpeJfdI/AAAAAAAAACY/dt5_RsK2SB0/SE%20P990i.jpg[/img]

    Reaksi seorg sahabat x kenal Symbian “Ahh,pembohong btol cite ni.Bleh plak die tembak gune hphone je.Mustahil..hilll”…

  • mohd hashril

    memang lucu pun.blajo tinggi2 tapi masih ditipu.itulah majoriti org malaysia sekarang ni.bukan semua tapi sesetengah.hanya tau guna phone ntuk suka2 je.tak tau langsung fungsi2 sebenar telefon symbian.

  • suzalimaru

    …………………skrg zaman i.t ni.tak sangka masih wujud crita macamni. mcm crita happy tree friends.wah….wah..wah..wah….

  • Naxe88

    Memang lucu…hahaha…nilah sebab kebanyakan rakyat mlysia kena tipu sebab buta IT…aku sendiri pun pernah direndah-rendahkan sebab hpku murah tapi sbenarnya hp symbian…aku kata murahlah tapi ni pakai OS SYMBIAN, Hp mu tu mahal tapi platfrom pun takde…haha

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site