Cakap-Cakap: Ada Yang Tidak Kena Dalam Masyarakat Kita.

1. MODEM USB disebut BROADBAND.
‘Benda’ yang sebesar ‘lighter’ berwarna putih, mempunyai SIMcard didalamnya dan boleh dicucuk kepada USB komputer anda itu disebut MODEM dan bukannya BROADBAND. Broadband adalah ‘talian internet laju’ lawan kepada NARROWBAND (iaitu talian internet perlahan). Jika anda melayari internet dengan kelajuan dibawah 100kbps atau dengan kelajuan GPRS sahaja – ini bermakna anda berada di dalam zon NARROWBAND. Perkataan ‘MOBILE BROADBAND’ bermaksud ‘Broadband yang mudah alih’ dan boleh dibawa kemana-mana. Ia sama erti dengan ‘MOBILE PHONE’ yang bermaksud ‘telefon mudah alih dan boleh dibawa ke mana-mana’.
2. Videocall disebut 3G.
Apabila anda mampu membuat panggilan ke satu pihak lain dan secara langsung melihat ‘muka’nya di paparan skrin telefon, itu bermaksud VIDEOCALL. Manakala 3G adalah talian internet laju (broadband) yang berfungsi sebagai ‘orang tengah’ yang menyambungkan anda.
3. This Is Celcom Territory.
‘Broadband Mudah Alih Nombor Satu di Malaysia’ adalah teknik marketing yang menyebabkan ramai orang keliru, tidak faham dan secara rela hati ‘mendermakan’ sebanyak RM68 sebulan (atau lebih) kepada Syarikat CELCOM. Sepatutnya iklan tersebut perlu dibetulkan dengan ayat ‘Internet Mudah Alih Nombor Satu di Malaysia’ dan BUKANNYA ‘broadband’. Ini kerana saban hari perkhidmatan internet CELCOM berada dalam keadaan yang SANGAT TERUK KUALITInya. Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di kawasan luar dari lingkungan ‘signal’ 3G Celcom.
4. Memiliki sebuah MODEM USB bukan bermaksud ‘PRESTIGE’ atau ‘Eksklusif’.
Alternatif terbaik selain menggunakan MODEM USB adalah dengan menggunakan telefon Symbian. Kelebihannya, telefon biasanya ‘menangkap’ signal yang lebih kuat dari modem usb. Selain itu, anda juga JIMAT WANG kerana tidak perlu membeli sebuah modem. Tetapi perkara yang sangat menguntungkan adalah anda BOLEH melayari internet di telefon Symbian dengan SIMcard Celcom tanpa menyambung pada komputer. Ini menyebabkan anda menggunakan talian internet 24jam sehari tanpa henti dan berbaloi dengan pelaburan RM68 yang anda bayar setiap bulan. Jika anda tidak memahami cara-cara untuk menyambung telefon Symbian ke komputer, ikutilah tutorial yang pernah saya siarkan dahulu. Sejak akhir tahun 2007 sehingga sekarang, saya tidak pernah membeli modem usb dan saya menggunakan 2 talian (data) internet iaitu DIGI dan CELCOM. Dan ia menambahkan kesombongan saya kerana ramai yang bertanya ‘Eh! macamana abang masuk internet? takder broadband pun?’ … hehehe broadband lagi..
5. SIMcard yang berada di dalam MODEM USB itu disebut sebagai ‘data line’ atau ‘data SIM only’.
Berbeza dengan simcard lain, SIM ini sangat unik kerana berkebolehan untuk menyambungkan anda dengan internet selain berfungsi juga untuk SMS dan panggilan biasa. Peningkatan dari SIMcard biasa kepada data disebut sebagai ‘unlimited data plan’.
6. Bila disebut BROADBAND semua orang merujuk kepada CELCOM.
Ini salah. Tersangatlah tidak betul sama-sekali! Jika anda tanya saya, maka saya akan jawab: ‘Broadband yang asli di Malaysia ini hanyalah STREAMYX’. Ini kerana kelajuan purata Streamyx berada DI ATAS dari 384Kbps. Malah ada yang menjangkau ke tahap 4000+kbps (atau 4Mbps) di sesetengah kawasan misalnya di Lembah Klang. Saya juga mengkategorikan P1 WIMAX termasuk dalam kumpulan ‘broadband’. Selain Celcom, anda juga boleh ‘berbroadband’ dengan DIGI atau MAXIS.
7. Promoter, Jurujual dan Pegawai syarikat telekomunikasi di Malaysia sangat-sangat tidak terlatih.
Dengan ini mereka SENTIASA memberikan maklumat yang SALAH kepada pelanggan. Saya pernah bertikam lidah dengan seorang promoter Celcom yang mahukan saya membeli ‘pakej’ modem bersama data SIM sedangkan saya hanya meminta SIMCARD itu sahaja! Bermati-matian beliau menyalahkan saya kerana jika tiada MODEM, saya tidak akan dapat masuk ke internet (dengan celcom). Walaupun saya telah menerangkan kepada beliau yang saya tidak memerlukan modem kerana saya menggunakan telefon Symbian, namun ‘perbalahan’ itu mengheret saya ke masa tambahan untuk saya mendemonstrasikan SIMcard tersebut dengan telefon saya. Akhirnya saya berjaya ‘masuk’ ke internet (melalui laptopnya) dan beliau terkebil-kebil dan membuat muka macam orang minta ditampar! Yang sedihnya, takkanlah bekerja dengan CELCOM pun tak faham apa itu SYMBIAN? dan yang paling saya anti: kalau dah tak faham, buat muka bodoh dan tidaklah bertanyakan perkara sebenar kepada saya! Inilah yang disebut sudahlah sombong, bodoh pula. Malu bertanya sesat jalan. Jalanraya bukan tempat untuk berlumba! (<—- apa hal??)
8. IKLAN di Malaysia sangat-sangat TIDAK JUJUR!
Mula-mula dengan sebutan ’3G’ yang membawa maksud ‘Videocall’. Kemudian dengan perkataan ‘Broadband’ yang sememangnya mengecewakan. Kemudian dengan iklan ‘Muat Turun JAVA GAMES ke Telefon Bimbit Anda’ yang akhirnya menyebabkan anda kerugian RM10 sedangkan ‘games’ tersebut dimain tidak ‘fullscreen’ di telefon anda. Oh ya, ada lagi.. iklan berunsur ‘langganan’ (subscribtion) yang secara perlahan-lahan memakan kredit anda. Sepatutnya, pelanggan-pelanggan perlu diberitahu tentang ILMU telefon seperti ‘Muat Turun JAVA GAMES untuk Telefon Symbian’. Walaupun 99% rakyat di negara ini tidak faham apa maksud SYMBIAN, namun sedikit demi sedikit mereka akan ‘curious’, berteka-teki dan mencari jawapan terhadap maksudnya. Adakah rakyat Malaysia ini SANGAT SENANG di TIPU, ber’IQ’ rendah dan sangat BUTA teknologi? Kepada para promoter iklan (tidak kira siapa pun anda) tolonglah ‘educate’ rakyat Malaysia secara jujur sebelum anda ‘memakan’ kredit mereka.
9. IPHONE, BlackBerry STORM dan ANDROID.
Kesemua model-model telefon yang dikuasakan dengan OS Android, Blackberry dan Mac-OSX digembar-gemburkan selaku ‘trend’ dan gajet yang ‘high profile’ dan bernilai tinggi. Semua yang anda saksikan di TV tentang iklan-iklan ini adalah BETUL. Tetapi, fahamilah ia cuma sebuah telefon canggih yang mempunyai ‘Operating System’ tersendiri. Ini bermaksud anda tidak perlu membeli telefon-telefon ini jika anda belum bersedia, belum memahami tentang OS dan belum benar-benar memahami KOMPUTER, OPERATING SYSTEM dan TELEKOMUNIKASI. Dalam jangkamasa panjang, ia akan memakan POKET anda sehingga koyak-rabak. Maaf, saya bukan anti IPhone, Blackberry atau Android, tetapi saya kasihankan lebih 38 orang rakan-rakan saya yang terjerumus dalam pembelian telefon ini dan akhirnya ‘tak tahu guna’ dan kembali kepada telefon asas. Tidakkah ini membazir? Sepatutnya TV di Malaysia PERLU menyiarkan satu dokumentari atau mini-siri tentang ‘technology awareness’. Jangan hanya mainkan lagu ‘Cinta IT’ kemudian hamburkan semua gajet, laptop, komputer, telefon dan netbook yang sebenarnya GIMIK untuk melariskan jualan dan menghabiskan stok.
10. Media Cetak & Elektronik Memaparkan Maklumat Salah Tentang Teknologi Telefon Bimbit.
Jangan katakan Majalah ERING yang sengaja memaparkan maklumat yang salah dan langsung tidak mahu bertangungjawab itu, malah majalah-majalah lain dalam Bahasa Melayu pun turut serta dalam memaparkan maklumat yang salah juga. Pernah sekali saya membaca majalah bertema kekeluargaan, didalamnya ada satu ruangan ‘Dunia IT’ dan terdapat satu artikel tentang ‘IPhone’ didalamnya. Menariknya ayat ‘lebih laju dari 3G’ ditulis besar-besar untuk artikel ‘IPhone’ (generasi pertama) tanpa memberikan maklumat BETUL. Yang sebenarnya ayat tersebut merujuk kepada ‘WLAN/WiFi’ yang tersedia pada IPhone. Ayat seterusnya berbunyi: ‘dengan adanya IPhone, mungkin 3G hanya tinggal sejarah!’ Tidakkah wartawan yang menulis artikel ini PERASAN yang IPhone terkini (3Gs) turut dilengkapi dengan 3G? Untuk pengetahuan anda, teknik pemasaran yang berkesan telah digunakan oleh Syarikat Apple Inc untuk menjual IPhone yang pertama. IPhone pertama cuma dilengkapi dengan EDGE sahaja. Tetapi WiFi juga tersedia jika pengguna perlukan sambungan internet berkelajuan tinggi. Jadi ‘gimik’ dalam pengiklanan IPhone ketika itu berbunyi begini: ‘Telefon IPhone baru, nikmati internet apabila anda memerlukannya, dengan teknologi EDGE dan WiFi… lebih laju dari 3G’. Ya, memanglah ramai tertipu ketika itu… kerana kelajuan 3G rata-ratanya pada 384Kbps sedangkan WiFi (Streamyx) sehingga 1,024kbps (1Mbps). Manalah boleh dibandingkan.. kan?
Sebenarnya banyak lagi fakta salah yang disediakan untuk pengguna. Yang menyebabkan saya merasa pelik dan hairan, mengapa maklumat yang sama dipaparkan dalam keadaan yang BETUL dalam Bahasa Inggeris? Perhatikan sahaja majalah MOBILE WORLD, SURF dan HWM. Adakah pengguna Melayu dan Bahasa Melayu layak berkeadaan ‘hamba abdi’ dan berstatus ‘bahasa kampung’ sahaja? Tak percaya? cuba perhatikan perkataan-perkataan ini: broadband, ringtone, download, videocall dan 3G – tidak wujudkah perkataan BM untuk menggantikan perkataan-perkataan ini?
Saya mohon kebijaksanaan anda selaku pembaca BSM untuk memberikan komentar kepada isu ini.
Related posts:
Tags: 3G, Broadband, Celcom, DiGi, ERING
Trackback from your site.
-
Mohd Shahrul
-
Khairul
-
xmen
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
marjuki
-
http://www.uiqblog.com asri
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
http://www.uiqblog.com asri
-
mohd hashril
-
Lan
-
XBOY
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
Taufik
-
cookies
-
mohd hashril
-
http://sabahwap.mobile.web.tr naxe88
-
XBOY
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
mohd hashril
-
mohd hashril
-
Taufik
-
Lan
-
mohd hashril
-
kakibadak
-
http://sabahwap.mobile.web.tr naxe88
-
Mr MFO
-
manar77
-
daktaipan181
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!