Bolt Browser versi 1.60 Kini Sedia Digunakan


1. Bolt adalah sebuah pelayar internet yang dibangunkan khas untuk peranti mudah alih terutamanya telefon yang menyokong J2ME.
2. Bolt dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan J2ME dan sekiranya anda sseorang pengguna telefon pintar Symbian S60, anda boleh mencuba Bolt.
3. Untuk memaparkan laman-laman sesawang dari internet, Bolt menggunakan teknologi server proksi, iaitu proses-proses render dijalankan di server sebelum dihantar ke telefon anda. Teknologi ini kini menjadi trend bagi pembangun pelayar internet untuk peranti mudah alih seperti yang juga digunakan oleh Opera Mini dan Opera Mobile (dengan teknologi Opera Turbo) dan juga Skyfire.

4. Selain dari itu, Bolt menggunakan enjin pelayar Webkit, iaitu enjin yang sama digunakan oleh pelayar internet desktop seperti Safari, Chrome dan Midori dan Arora.


5. Dari segi kegunaan pula, Bolt memiliki satu fungsi istimewa yang dipanggil ”split screen” iaitu skrin telefon dibahagikan kepada 2 bahagian :-
- Kawasan skrin yang memaparkan laman sesawang penuh di bahagian atas
- Di bahagian bawah skrin, ada satu ruang untuk membaca informasi.


6. Bolt juga memiliki ciri menyalin text tapi sewaktu saya mencubanya, ia gagal berfungsi dgn baik.






7. Selain dari fungsi-fungsi di atas, Bolt juga mempunyai kebolehan untuk memaparkan video yang dipancarkan (streaming) dari internet seperti Youtube. Malangnya, sekali lagi, ia gagal berfungsi dengan baik. Ia tidak memancarkan video di dalam pelayarnya tetapi membuka Web S60 untuk memindahturun video dan kemudian membukanya dengan RealPlayer. Sangat tidak intuitive pada pendapat saya.


8. Untuk menjadikan Bolt lebih mudah digunakan, pembangunnya telah meletakkan beberapa fungsi tambahan seperti fungsi Zoom dan juga fungsi jalan pintas menggunakan papan kekunci.


9. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, sebuah pelayar internet yang bagus adalah yang mampu memaparkan maklumat dari internet dengan baik dan rekaan antaramuka yang memudahkan pengguna serta kepantasan untuk mencapai maklumat dengan pantas.


10. Bolt masih belum sampai ke tahap Opera Mini 5, malah, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Bolt masih belum lagi sampai ke tahap Opera Mini 4. Ia masih terlalu kasar dan antaramukanya tidak begitu intuitif.
11. Contoh yang paling baik mengenai kekurangan Bolt ialah ia tidak memaparkan teks supaya mudah dibaca. Adakalanya, teks yang dipaparkan melebihi skrin dan saya perlu skrol ke kanan dan ke kiri untuk membaca teks.
12. Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang lain dari biasa, anda boleh memindahturun Bolt dan mencubanya dengan percuma. Lawati laman sesawang rasmi Bolt di http://www.boltbrowser.com
- Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Internet, Motorola, S60-3rd, S60-5th, Sony Ericsson, Symbian
Trackback from your site.
-
Anonymous

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!