Berita: NOKIA 6760 Slide dan NOKIA SURGE Telah Dilancarkan.

Nokia pada 21 Julai 2009 (semalam) telah mengumumkan model 6760 Slide yang merupakan kembar kepada model SURGE yang telah diumumkan pada minggu lepas. Nokia 6760 Slide disasarkan kepada pengguna yang mahukan keselesaan menaip dan berkomunikasi melalui ‘internet messaging’ kerana telefon ini dilengkapkan dengan ‘keypad’ QWERTY.
Perbezaan ketara antara dua model ini ialah KAMERAnya. Nokia 6760 Slide dilengkapi dengan kamera 3.15Mpix ‘fixfocus’ manakala SURGE dilengkapi dengan 2.0Mpix, juga ‘fixfocus’. Selain itu, SURGE adalah keluaran khas untuk pasaran USA dan dikeluarkan oleh AT&T. Dikatakan yang kedua-dua model ini turut direkabentuk oleh Nokia USA.
Nokia 6760 Slide dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian versi 9.3 dengan platform S60-3rd FP2. Telefon ini menyokong kad ‘microSDHC’ sehingga 8Gb (2Gb dibekalkan di dalam kotak). Ia turut menyokong kelajuan data sehingga 3.5Mbps (HSDPA) tetapi kekurangan satu perkara yang penting iaitu WLAN (WiFi). Fungsi FM Radio, Nokia Maps, Nokia Messaging, Google Talk dan Windows Live IM turut tersedia untuk keperluan ‘social networking’ anda. Telefon ini berharga EUR199 (RM1,010.00) dan dijangkakan akan masuk pasaran pada bulan Ogos nanti. Walaubagaimanapun harga yang telah diumumkan tadi tidak termasuk cukai dan cas yang lain.
Ketahuilah dengan lebih lanjut tentang telefon ini di SINI.
Related posts:
Trackback from your site.
-
mohd hashril
-
Mohd Shahrul
-
lyena

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!