logo
17
Feb

Berita MWC 2009 – LG KT770 Dikuasakan Dengan S60-3rd Edition

Written by adliayob. Posted in Uncategorized


mwc-kt770

Selasa, 17 Feb 2009 - Setelah lama tidak mengeluarkan model Symbian, akhirnya syarikat pengeluar telefon ke-5 terbesar di dunia – LG, telah memperkenalkan model KT770 yang dikuasakan dengan platform S60-3rd Edition (FP2).

LG KT770 merupakan telefon Symbian ke-3 yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Dua model terdahulu adalah KT610 dan KS10.

Telefon KT770 berbentuk ‘slider’ dengan skrin 2.8 inci. Model ini dilengkapkan dengan kamera 5 Megapixel dan WiFi. Selain itu, ciri-ciri lain seperti GPS, HSDPA, microSD (sehingga 16Gb) dan bateri yang tahan lama berkapasiti 950 mAh.

Sesuatu yang agak ganjil bagi model ini ialah ia menggunakan resolusi skrin 240 x 400 pixels, berbeza dengan lain-lain model keluaran Samsung dan Nokia (240 x 320 pixels).

Blog Symbian Malaysia benar-benar berharap agar model ini dikeluarkan sekaligus merancakkan persaingan sihat antara syarikat pengeluar telefon Symbian.

Related posts:

Tags: ,

Trackback from your site.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site