Berita: 9 Model Symbian MOAP Telah Dilancarkan.
Tokyo dan London, 3 December, 2009 – Symbian Foundation pada hari ini mengumumkan yang OS Symbian versi 9.4 (dengan platform MOAP versi 6) telah digunakan oleh 9 model terbaru telefon bimbit FOMA 3G yang telah dilancarkan oleh NTT DOCOMO. Empat daripadanya telah dihasilkan oleh Fujitsu Limited manakala lima yang lain dibuat oleh Sharp Corporation. Ini menunjukkan yang Symbian masih releven dan sentiasa tampil dengan idea dan produk yang segar berbanding pesaingnya. Sebagai contoh, model F-04B merupakan telefon projektor dan boleh diceraikan bahagian-bahagian badannya. Lebih unik lagi, pengguna juga boleh memilih samada menggunakan keyboard QWERTY atau keypad yang normal untuk kemudahan menaip.
Untuk pengetahuan semua, Fujitsu telahpun diangkat menjadi salah satu ‘pengarah’ dalam Symbian Foundation dan mereka juga akan mengintegrasikan penemuan MOAP(s) dalam platform Symbian pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, model-model Symbian keluaran NTT Docomo ini hanya boleh ‘dinikmati’ di Jepun dan Taiwan sahaja.
Senarai model telefon yang dikeluarkan oleh Fujitsu (harap maaf, spesifikasi masih belum sempat dialih-bahasakan):
- docomo PRIME series™ F-01B: High-spec waterproof phone with 12.2-megapixel camera.
- docomo STYLE series™ F-02B: Jewellery-quality waterproof phone with a tiny, snap-on perfume holder.
- docomo SMART series™ F-03B: Slim, waterproof phone with luxurious design and 12.2-megapixel camera.
- docomo PRIME series F-04B: High-spec phone with 12.2-megapixel camera and the world’s first separable two-module body.
Senarai model telefon yang dikeluarkan oleh Sharp:
- docomo PRIME series SH-01B: CCD 12.1-megapixel camera and crystal-pattern body.
- docomo STYLE series SH-02B: Crystal-patterned body surface with elegant illumination and smooth curves.
- docomo PRO series™ SH-03B: Large 3.7-inch touch screen and QWERTY keyboard for quick, smooth operation.
- docomo STYLE series SH-04B: Melting Sweet Chocolate model designed by accessory-maker.
- docomo STYLE series SH-05B: Dream teen phone designed by top models of Seventeen magazine.
ARTIKEL TAMAT.
________________________________________
Diharapkan ANDA JANGAN MEMBACA artikel dibawah ini kerana sewaktu saya menulisnya, kepala saya diganggu oleh ‘makhluk-asing’ Jepun. AWAS! anda telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenainya!
Dalam semua orang tengah sibuk dengan telefon ‘touchscreen’, NTT Docomo telah memperkenalkan 9 model telefon Symbian baru-baru ini. Ini menunjukkan Symbian masih lagi inovatif dan dipercayai di Jepun. Walaupun negara matahari terbit itu selalu berada dalam kucar-kacir (seperti masalah pergaduhan di parlimen, tsunami, gempabumi, serangan puak samurai & ninja dan juga kemusnahan akibat pertarungan raksasa & ultraman) namun ‘technology-giant’nya tetap berdaya-saing dan maju.
Sebagai contoh, salah satu model ini telah diangkat menjadi telefon rasmi MAT (Monster Attack Team -pasukan yang menjadi timbalan & penyokong kuat Ultraman) iaitu F-04B menggantikan alat komunikasi mereka yang sudah lapuk. Model ini juga boleh diceraikan dan sangat sesuai digunakan apabila 2 orang anak-anak anda bergaduh untuk melihat cerita Ultraman Taro di telefon tersebut. Dengan ini tiada sesiapa yang akan menjadi mangsa buli yang bakal masuk muka depan akhbar tempatan pada keesokan harinya.
Sewaktu ditemui, Kapten Kaito menegaskan walaupun model F-04B dilengkapi dengan kamera 12.2-mpix CCD dan projektor mini, namun ia tidaklah sehebat alat komunikasi MAT yang dilengkapi dengan radar pengesan raksasa. (Sila baca dialog dibawah ini mengikut nada-suara alihbahasa seperti di televisyen).
“Projektor mininya amat hebat sekali. Ia juga boleh digunakan selaku lampu picit di waktu kecemasan. Namun saya berharap ia ditukar kepada projektor hologram yang boleh memancarkan imej ultraman di masa hadapan. Dengan itu kerja-kerja mengacah & menggertak raksasa menjadi lebih mudah” tambahnya lagi.
‘Dunamist’ Ultraman iaitu Encik Go pula amat menyukai model SH-04B yang beliau sifatkan ‘mendahului zaman’. Selain dikuasakan dengan Symbian dengan MOAP (versi 6), rekabentuk telefon ini seperti coklat sangat dinantikan oleh beliau sejak mula membintangi cereka ‘Ultraman’. “Ia membuatkan saya terasa lapar. Tidak seperti coklat lain yang tidak cair di tangan tetapi cair di mulut, telefon ini mampu mencairkan iman saya ketika sedang berpuasa” ujarnya lagi.
Telefon F-01B pula sangat digemari oleh Kapten Shin HAYATA kerana ia mampu dibawa berenang dan menyelam untuk mengejar raksasa di dalam air. Ia juga dilengkapi dengan kamera 12.2-mpix dan berwarna biru. Warna biru ini sangat mengelirukan dan menyebabkan beliau seringkali tersalah pilih peranti ‘Beta Capsule’ yang berada didalam kocek seluar yang sama. Selalunya beliau mengeluarkan telefon ini lantas mengangkat tinggi-tinggi untuk bertukar menjadi Ultraman. Sambil mengganggap perkara ini selaku tragedi, beliau juga berasa malu dan segan kerana ditertawakan oleh raksasa air tersebut.
Model SH-05B pula amat digemari oleh watak yang membintangi siri Ultraman Max iaitu Kenzo dari pasukan UDF. Telefon ini direka oleh ‘Seventeen Magazine’ dan berwarna merah jambu. Beliau menyifatkan ia sangat baik dihadiahkan kepada ‘watak awek ultraman’ yang menjadi rakan sepasukannya. “Geram saya kerana setiap cerita ultraman dari akhir tahun 70-an hingga kini, dunamist Ultraman sentiasa mendapat awek yang cantik. Kini saya telah temui kelemahan awek tersebut dan saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menawan hati beliau dengan telefon ini”.
SH-03B pula menjadi idaman setiap jejaka Jepun kerana ianya berskrin besar dan dilengkapi dengan keyboard QWERTY. Dengan kemudahan seperti ini, ia memudahkan sesiapa yang ingin mencipta pantun dan pada bila-bila masa mampu mengalahkan pantun Asri al-Baker. Sambil mengaku ‘teruja’ terhadap artikel Asri (Dalam Baju Saya Ada…), seorang jejaka yang ditemui mengaku selesa menaip di telefon ini dan telahpun mencipta pantun (untuk dijual kepada Asri al-Baker) seperti dibawah ini:
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman marak-menyala.
Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksasa dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang juga.
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh kerja Raksasa
Badan dan kepala dia Ultraman ‘fire’kan.
Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di’fire’ pula.
Kepada semua yang telah membaca hingga ke perenggan terakhir ini (apa masalah anda?), ketahuilah yang saya masih tidak faham tentang mengapa Ultraman hanya mampu bertarung selama 3 minit sahaja di muka bumi dan jika berterusan akan mengakibatkan lampu di dada mereka berkelip-kelip. Ada masalah ker? sedangkan rata-rata telefon Symbian kini telahpun menggunakan bateri 1500mAh dan mampu bertahan berhari-hari dengan sekali cas? … pelik kan?
- Adliayob ‘Dark Ultraman Zagi’.
Related Posts :
-
Pada hari Sabtu yang lepas (12/6/2010) saya telah ke Bandar Tawau, Sabah untuk melepaskan tekanan kerja sambil mencari idea untuk mempersiapka …
-
Selamat Datang ke Laman BLOG ‘The Malaysian Symbian Opinion’. Satu blog yang memaparkan pandangan dan pengetahuan khusus untuk Sistem Operasi (OS) …
-
Selamat membaca BAHAGIAN 3 dari 7 bahagian Symbian 101. Untuk membaca bahagian 1 & 2, KLIK tajuk-tajuk di bawah ini:
1. Symbian 101: Bagaim …
-
Sebenarnya saya sedang menyiapkan artikel Symbian101 bahagian ke-4 dan ke-5 sekarang. Punyalah susah sampai tahap terpaksa merujuk buku tebal …
-
Setelah bertungkus-lumus mencuba & mengesahkan pemasangan software, games dan themes pada setiap model SAMSUNG, kini CD-ROM kedua dari Blog Sy …
-
manar77
-
Asri al-Baker





