Berapa Banyak Telefon Pintar Symbian Yang Pernah Anda Gunakan?
1. Saya mula menggunakan telefon pintar Symbian dengan membeli sebuah Nokia 9210 (tanpa “i”). Waktu tu, saya beli barang terpakai. Tapi masih elok. Tahun 2002 kalau tak silap.
2. Sebelum tu, saya sememangnya seorang pengguna Psion. Ada Psion Revo, ada Series 5mx. Memang bestla pakai komputer kecik. Boleh bawak pergi mana-mana. Ada keyboard pulak tu!
3. Tahun 2003, seingat saya, Nokia 7650 baru dikeluarkan. Memang terliur tengok kecanggihan Symbian OS v6.1 Series 60 masa tu. Gila hebat! Tapi takleh pakai kad memori. Saya pun beli dan sempat pakai beberapa bulan.
4. Tahun yang sama, 2003, Sony Ericsson keluarkan P800! Ada kad memori! Touch screen! Pakai Symbian OS v7 UIQ 2.0. Wah… Ini sudah bagus! Saya jual 7650, lepas tu beli P800! Bab kad memori ni yang lemah. Dia cuma boleh terima 128MB aje. Harga Memory Stick Duo 128MB masa tu, RM498!
5. Tahun 2004, masih lagi pakai P800 sampailah P900 dikeluarkan. Ini memang betul punya best! Rekabentuk dia lagi lawa. Tapi, kad memori 128MB jugak… Zaman tu kira siapa-siapa yang ada 128MB MS Duo dikira orang kaya.
6. Selepas itu, dari tahun 2004 hingga 2008, saya memiliki pelbagai telefon Symbian yang saya beli sendiri atau saya dapat pinjam untuk dibuat review. Ini termasuklah :
Series 60 1st Edition
– Nokia 3650 (ada kad memori tapi keypad bangang nak mampos!)
– Siemens SX1 (telefon ni memang power, tapi keypad dia pun pening jugak)
– Nokia N-Gage yang asal (kenapalah kena pegang senget bila nak pakai untuk bercakap?)
– Nokia N-Gage QD
– Sendo-X (hadiah dari seorang sahabat. Masih berkeadaan baik)
Series 60 2nd Edition
– Nokia 6600 (sabun)
– Nokia 6630
– Nokia 6680
– Nokia 7610 (daun)
– Nokia N70
S60 3rd Edition
– Nokia N91
– Nokia E61
– Nokia E61i
– Nokia E70
S60 3rd Edition Feature Pack 1
– Nokia E90
– Nokia E51
– Nokia N95
– Nokia N95 8GB
– Nokia E71
– Nokia E66
– Nokia 6110 Navigator
S60 3rd Edition Feature Pack 2
– Nokia N96
– Nokia N78
S60 5th Edition
– Nokia 5800 XpressMusic
– Nokia N97
Series 80 2.0
– Nokia 9500
– Nokia 9300 (pada pendapat saya, bentuk dan saiz 9300 ni adalah yang paling sesuai untuk kerja-kerja serius. Sayangnya, prosessor yang lembab agak menyukarkan pengendaliannya)
UIQ 2.1
– Sony Ericsson P910 (ni antara telefon Symbian yang paling kukuh dan terbaik. System UIQ 2.1 pada masa tu betul-betul hebat. Kad memori boleh masuk lebih dari 128MB)
UIQ 3.0
– Sony Ericsson P990
– Sony Ericsson M600
UIQ 3.1
– Sony Ericsson P1i
– Sony Ericsson W960 (unit untuk review yang dihantar oleh UIQ Technology, Sweden. Dapat pegang sebulan setengah)
7. Sekarang ni, tahun 2009, saya menggunakan E52 (S60 3rd Edition Feature Pack 2)
8. Dalam banyak-banyak model telefon Symbian yang saya pernah pakai tu, yang paling lama saya pakai ialah Sony Ericsson P900, P990 dan P1i.
9. Pada saya, UIQ memiliki kehebatannya yang tersendiri dan ia sebuah system yang elegan.
10. Bagaimana dengan anda? Sudah berapa lamakah anda menggunakan Symbian? Apakah telefon Symbian kegemaran anda?
asri al-baker
Posted by Wordmobi
Related posts:
Tags: S60, S60-3rd, S60-5th, Symbian, Symbianku, UIQ, UIQ3
Trackback from your site.
-
Shinpeng
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
Shinpeng
-
Lan
-
HISHAM
-
Lan
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
mohd hashril
-
dxplay
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
dxplay
-
Azeem
-
http://pulse.yahoo.com/_5646Q2DU64T3I67R7JMH75MDGY Jenny
-
Anonymous

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!