logo
29
Jun

Bahagian 2 – Laporan penuh Nokia Connection 2010 di Singapura

Written by asri. Posted in Berita Symbian


Sessi tengahari dan petang, Isnin 14 Jun 2010

*** Anda boleh membaca Bahagian 1 laporan Nokia Connection 2010 di sini.

15. Diluar dewan pameran, satu sessi pengenalan ataupun “Show and Tell Session” juga diadakan. Saya mencuri masa dan menghadiri sessi pertama yang memperkenalkan Nokia N8 serta teknologi-teknologi canggih yang diperkenalkannya seperti sokongan HDMI, Symbian^3, skrin capacitive dan banyak lagi. Sessi ini dijayakan dengan cemerlangnya oleh Incik Gary Chan, orang kuat Forum Nokia Asia Pasifik.

16. Selepas sessi Gary, satu sessi lain pula dimulakan oleh Anthony Wilson iaitu berkenaan perkhidmatan Social Messaging yang bakal diperkenalkan dalam Nokia N8 nanti. Ia adalah satu perkara baru yang jarang diperkatakan apabila membincangkan Nokia N8.

17. Social Messaging disini merujuk kepada satu perisian baru yang dimuatkan dalam Nokia N8, yang membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan rangkaian dengan lebih mudah. Ini kerana, pengguna hanya perlu memasukkan katanama serta password akaun Ovi dan perisian tersebut akan menghimpunkan rangkaian sosial yang dihubungkan dengan akaun Ovi tersebut. Sesudah dihubungkan, pengguna boleh mengeposkan dan mengikuti status terkini rakan mereka dari Facebook dan Twitter contohnya. Perisian ini akan diintegrasikan dalam Nokia N8. Malangnya, tidak banyak maklumat lanjut mengenainya yang dapat digali dalam sessi ini.

18. Sessi terakhir atau sessi ketiga merupakan sebuah laporan terperinci mengenai pencapaian Ovi Store di Asia Pasifik yang disampaikan oleh Incik Nelson Wee. Iaitu orang yang bertanggungjawab mengepalai pasukan Ovi Store di Asia Pasifik. Beliau memecahkan maklumat-maklumat serta statistik-statistik dengan lebih terperinci dan saya agak terkejut juga apabila melihat laporan menyatakan 70% pindahturun yang dibuat dari Ovi Store merupakan perisian. Bukan multimedia (wallpaper, ringtone), dan bukan tema (theme). Sessi ringkas selama lebihkurang 25 minit ini berakhir dengan soaljawab ringkas antara wartawan dengan Nelson Wee.

19. Pada ketika ini, saya dapat merasakan otak saya berputar ligat memproses maklumat-maklumat yang diperolehi kerana semenjak pagi tadi hinggalah sekarang, otak saya masih belum berhenti berpusing dan mencerna maklumat-maklumat. Ada diantaranya adalah baru dan belum pernah saya tahu sebelum ini. Oh nikotin… Aku datang….

20. Tambahan pula, melihat juadah yang dihidangkan semakin menarik (terutamanya buah-buahan segar dan kopi!), saya merasa semakin kurang bermaya dan lemah bilamana terlihat gadis-gadis ayu yang bertugas menghidangkan kopi dan juadah… Eh kejap… Makanan tengahari pun dah disediakan rupanya… Tak perasan pulak tadi sebab otak tak boleh nak fokus. Nampak begitu menarik… Ah… Kita melantak dulu!!! Sekali dah ambik nasi dengan lauk, takde kerusi daaa…. Kena makan sambil berdiri… Chaist!…

Monolog : “Dengan suasana yang begitu meriah, agak berserabut juga kerana nak ambik makanan pun mestilah beratur, kan? Takkanlah nak menerobos macam tak bertamadun pulak? Buat malu negara wooo… Tanpa berlengah lagi, saya mengisi masa makan tengahari itu dengan menghabiskan sepinggan nasi serta lauk-pauk yang dihidangkan. Tak lupa juga, buah-buahan segar. Dan apalagi! Kopi laaa… Sambil menikmati pemandangan indah disekitar dewan :-) Lepas tu… Cabut!… turun bawah hotel nak sedut nikotin…

20. Selesai upacara memasukkan nikotin dalam darah, saya bergegas untuk sessi temuramah dengan Kenny Mathers pula diadakan. Beliau adalah boss besar Forum Nokia Asia Pasifik. Malangnya pada ketika sessi bersama beliau diadakan, saya tidak dapat mengikutinya kerana saya perlu menyahut panggilan alam. Saya sudah menyediakan banyak soalan untuk beliau sebenarnya, terutamanya berkenaan Ovi Store dan Qt. Tapi apakan daya…

21. Seterusnya, giliran Chris Carr pula untuk ditemuramah. Beliau memberitahu bahawa rantau Asia Pasifik memiliki pasaran yang agak berbeza dan unik jika dibandingkan dengan rantau lain seperti Timur Tengah dan Eropah. Antara yang menarik mengenai rantau ini ialah kegilaan masyarakatnya untuk mencuba perkara-perkara baru. Ini dapat dilihat dengan statistik pindahturun dan langganan di Ovi Store yang menyaksikan negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, dan Vietnam, menduduki tangga teratas dengan lebih 70% kandungan yang dipindahturun merupakan perisian. Bukan multimedia.

22. Sessi temuramah tersebut berlangsung selama lebihkurang 30 minit. Dan semua yang hadir merasa berpuashati dengan kenyataan-kenyataan serta maklumat yang diberikan oleh Chris Carr. Bukan selalu berpeluang menanyakan soalan secara terus dengan orang penting yang menjaga Nokia Asia Pasifik secara keseluruhan. Dan kesempatan yang ada telah diberikan sepenuhnya.

23. Sessi bersama Vlasta Berka pula menyusul. Beliau merupakan Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei. Dengan pendekatan yang lebih santai dan mesra, saya melihat dan menerima sesuatu yang berbeza dari Vlasta. Beliau tidak kekok untuk mengakui kelemahan dan kekurangan Nokia. Contohnya apabila diajukan soalan berkenaan cabaran yang Nokia hadapi dari jenama-jenama murahan seperti CSL dan produk-produk dari China. Beliau dengan rasa rendah diri dan terbuka menyatakan bahawa semuanya ini adalah persaingan yang sihat dan Nokia juga bertungkus-lumus untuk membawa penyelesaian dalam bentuk peranti dan perisian kepada semua dengan harga yang mampu milik serta kualiti yang tiada tandingan. Sepanjang pengalaman saya menjadi wartawan dan penulis blog selama beberapa tahun semenjak 2001, saya tidak pernah melihat seorang yang berkedudukan tinggi seperti beliau menyampaikan jawapan yang sungguh relevan dan dengan cara yang amat berhemah dan mesra. Walaupun sessi dengan Vlasta Berka juga diadakan selama 30 minit, masa itu berlalu dengan amat pantas dan tanpa disedari, ia sudah menjadi 45 minit! Banyak maklumat yang diperolehi terutamanya berkenaan polisi dan pendekatan yang Nokia gunakan untuk menangani pasaran di Malaysia. Kerana baginya, pasaran Malaysia begitu unik dan tidak dapat dijangka. Selepas sessi itu berakhir, tidak keterlaluan sekiranya saya katakan beliau adalah seorang yang berkarisma dan bakal menjadi orang penting di Nokia peringkat global satu hari nanti. Antara kenyataan beliau adalah “You know guys, they should’ve given me Nokia N8 earlier, I only received it 3 days ago for testing and I havent empty the battery yet after heavy use on camera. It still has 4 bars on it!

24. Nah… Selesailah sudah acara rasmi pembukaan, pengenalan, serta temuramah yang dijadualkan untuk media. Lapang rasanya rasa kepala saya… Boleh saya pergi menziarahi Nokia N8 dibilik pameran!

25. Anda ingin tahu pengalaman saya dengan Nokia N8 di Nokia Connection 2010? Tunggu laporannya di Symbianku.Com!

Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , , , ,

Trackback from your site.

  • L4N

    Xde cerita tentang Ovi services yg lain? Dah 2 tahun & msh mcm haprak :(

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site