logo
26
Jan

Bahagian 1 Satio – 10 Perkara Yang Saya Benci

Written by asri. Posted in Review : Hardware


1. Sudah 2 minggu saya menggunakan Sony Ericsson Satio sebagai peranti komunikasi dan hiburan utama saya setiap hari.

2. Ada banyak perkara mengenai Satio yang saya ingin kongsikan kepada para pembaca Symbianku yang budiman sekalian.

3. Saya bukanlah ingin menaikkan nama Sony Ericsson atau memburukkan sesiapa. Pendapat yang saya keluarkan dalam review saya ini adalah pendapat bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

4. Sekiranya sesebuah produk atau perkhidmatan itu memang bagus dan layak menerima pujian, maka saya akan nukilkannya untuk tatapan umum.

5. Begitu juga sekiranya sesuatu itu tidak baik, saya perlu menyatakannya dengan kejujuran.

6. Posting ini adalah bahagian pertama dalam siri review Satio. Saya akan menerbitkan bahagian-bahagian lain dalam kesempatan lain.

(Sila klik gambar untuk saiz pandangan yang lebih besar)

Perkakasan (Hardware)

1. Tiada lubang 3.5mm untuk audio

Aaarrrggghhh!!! Kalau beginilah keadaan sebuah telefon pintar berkuasa tinggi yang diiklankan sebagai peranti multimedia, kenapa tiada lubang 3.5 mm audiojack? Kenapa? Nasib baiklah saya memiliki sebuah perantara yang membolehkan saya menggunakan fon-telinga kegemaran saya dengan Satio.

2. Port USB yang tidak standard

Kebanyakan telefon tidak kiralah telefon pintar ataupun telefon dungu, sekarang sudah menggunakan port mini-usb yang standard. Keputusan untuk meletakkan port-usb yang hanya boleh digunakan bersama kabel USB buatan Sony Ericsson adalah tidak masuk akal sama sekali.

Dahlah pakai port yang tidak standard, kedudukannya di sebelah kiri agak menyusahkan kerana “keylock” dia terletak betul-betul diatas port tersebut. Lepas tu, bila dicucuk kabel earphone, susah nak tolak keylock tu.

3. Kalaulah ada jogdial, lagilah elok, kan?

Susah wooo nak layan Satio punya karenah. Kalau ada jog-dial, mesti lebih banyak bende yang boleh dibuat menggunakan satu tangan, kan?

4. Butang “Power” terlalu tenggelam, susah nak tekan

5. Bateri.

Ya… Kenapakah hanya 1000 mAH sahaja? Untuk sebuah peranti sebegini canggih, sekurang-kurangnya bateri yang berkapasiti1500 mAH diperlukan untuk memberi kuasa yang mantap dan tahan lama… Betul-betul POTONG!!! Pernah satu hari, saya bawa Ssatio keluar pergi kerja macam biasa pukul 8 pagi, bateri dia penuh. Biasalah, saya dengar lagu dalam bas, push email, layan Twitter pakai Gravity, sambil surfing internet guna Opera Mobile. Hari tu memang sibuk sikit daripada biasa. Ada banyak SMS dan panggilan masuk. Pukul 3 ptg Satio dah kaput! Bayangkan… Nasib baik ada phone lain yang “POWER” bateri dia :-)

Perisian (Software)

1. Symbian^1, walaupun sudah diubah sedikit sebanyak oleh Sony Ericsson, amat susah untuk digunakan. Macam mana sekalipun, ia adalah sebenarnya S60 yang ditambah ikon besar dan diletakkan pada skrin sentuh. Banyak perkara yang agak janggal jika digunakan seperti “softkeys” yang terlalu besar dan memakan ruang.

2. Tiada “kinetic scrolling”

Standard… macam telefon pintar Symbian^1 yang lain jugak. Takde “kinetic scrolling” agak leceh bila nak “navigate” menu atas bawah.

3. Antaramuka yang tidak setara (inconsistent)

Kejap macam Sony Ericsson (Media), Kejap macam pakai smartphone Nokia 5800 (menulis SMS). Tolonglah “standard”kan interface anda wahai Encik Sony Ericsson.

4. Pelayar internet yang ntahapahapa.

Mintak maaflah kepada peminat S60 Web. Pada saya, ia adalah sebuah perisian yang ketinggalan zaman dan sepatutnya tidak digunakan lagi di zaman ini. Ia umpama Internet Explorer (IE) dalam Windows XP. Ia lembab, memakan RAM yang banyak umpama api membakar arang, dan tidak stabil.

5. Cara memasukkan text yang amat menyusahkan

(Ini adalah perkara standard dalam semua telefon pintar Symbian^1). Saya amat membenci keypad maya yang amat tidak mesra pengguna itu. Nasib baik ada software “Dayhand Input”…

Jangan lupa sambungan review Satio ini di masa akan datang. Tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • ali

    harap2 firmware yg akan dtg nanti dpt fix masalah batery ni.

  • adliayob

    Point No #11,

    Tidak seperti Symbian^1 yang lain, SATIO memerlukan SIMCARD untuk 'on'. Kalau tiada simcard, tak boleh guna pun. Apa hal? Walaupun ini merupakan isu security, tapi rasa janggal apabila ingin mencubanya secara langsung. Saya terpaksa mencari simcard yang tidak digunakan. Perkara ini merupakan 'trademark' atau 'perangai' Sony Ericsson sejak dulu lagi. Telefon W960 saya juga begitu.

    Payah.. payah…

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @ali,

    1. Masalah bateri kecik dan tak cukup kuasa tidak boleh diselesaikan dengan firmware baru.

    2. Sebagai sebuah peranti multimedia, dengan kamera yang berkuasa tinggi, GPS, muzik dan sebagainya, sepatutnya bateri Satio 1500mAH.

    3. Mungkin seorang pengguna biasa tidak menggunakan Satio seperti saya. dan baterinya boleh tahan 24 jam tapi, zaman ini segalanya berhubung dengan internet dan memerlukan kuasa bateri yang lebih mantap.

    - Asri al-Baker

  • ali

    Oo…begitu ke. tp, tepon innov8 saya ketahanan baterinye berdasarkan region firmware. firmware yg saya guna skang ni I8510XXIA1 Nigeria

    antara firmware yg saya pernah try:
    - I8510DJIC1 Australia – normal usage 2-3days (respon laju, tp mms limit 100kb jer)
    - I8510DJIC1 India (March 2009) – normal usage 2-3days (respon slow sket)
    - I8510XXIA1 Nigeria (January 2009) – normal usage 2-3days (terbaik, respon laju free RAM lepas boot 75MB)
    - I8510XXIC1 South Africa (March 2009) – normal usage 2-3days
    - I8510DJIC2 Malaysia – pagi caj penuh dlm kul 2petang dh hilang 2bar.
    - I850XXIB2 normal usage 1-2days

    halamak, ni dah mcm review firmware innov8 je hehe (sorry En.Asri)

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @ali

    1. sony ericsson bukan samsung.

    2. kalaupun sony ericsson mmg boleh buat, apsal tak kasi bateri besar dari awal?

    3. innov8 punya masalah bateri mmg telah terbukti boleh diatasi dgn firmware baru. tapi sony ericsson alau mengikut sejarah diorang. tak pernah

  • ali

    trima kasih en.asri atas penjelasan yg jelas gitu.

    hrp2 sony ericsson tidak ulang mistake satio kat vivaz nt, huhu

  • amier

    1 .bateri 1000maH mmg xckup utk peranti multimedia mcm satio ne..spatutnya sony ericsson memasukkan bateri yg lebih power utk menampung keperluan pengguna dlm produk flagship diorang neh…sedangkan nokia n82 sy yg old-school ne pn pakai bateri 1050mAH..

    2. satio xada audio jack 3.5mm?? skali baca mcm xprcaya…dua kali baca mcm nk terbeliak bji mata..antara klemahan satio yg buat org ramai pikir 3,4kali utk beli en.satio neh..mmg boleh guna port sambungan utk headphone 3.5mm, tapi feel kurang laa…

    3. kamera mmg superb…ada test mmber pnya satio, klu tangkap gambar muka orang, siap boleh kira brapa helai misai org tu…huiii…berbaloi-baloi…

    4. digalakkan beli utk orang yg kemaruk tangkap gambar @ merakam video..tp pada sy, satio bkn peranti symbian pilihan saya buat masa ne (lebih selesa pakai nokia n82 sy yg masih cantik & berkuasa wlaupn old-school)

    5. atau pun tnggu kemunculan peranti symbian yg di kuasakan oleh symbian 3 @ 4…

  • secreto

    menyesal aku bli satio..skrg ni x bole nk reply mesej..msti msk outbox..da update software..da reset blk..tp x bole gak..skrg aku pkai nokia murah.bateri tahan 3 hari hihi..satio aku wat dgr lagu jerr..sape2 tau x apsal boleh nk reply msj..call xde mslh

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site