Bahagian 1 – Perisian Symbian Kegemaran Saya
1. Apa gunanya memakai telefon pintar tetapi tidak memasang perisian pihak ketiga? Apa gunanya menggunakan telefon pintar tapi penggunanya sendiri DUNGU? Disini saya senaraikan beberapa perisian pintar yang saya gunakan.
2. Perisian-perisian ini boleh dikatakan WAJIB, iaitu, mesti dipasang pada setiap telefon pintar Symbian S60 yang saya guna.
3. Walaubagaimanapun, citarasa kita berbeza. Mungkin ada yang saya suka tetapi anda tidak menyukainya. Layan je lah… ![]()

1. WordMobi
Kegunaan : Memudahkan urusan “blogging” melalui peranti Symbian
Jenis Pengaturcaraan : Python
Harga : Percuma
Laman Sesawang Rasmi : http://wordmobi.wordpress.com dan http://code.google.com/wordmobi
Bagi yang memiliki laman blog sendiri menggunakan enjin blog WordPress, dan ingin merasa pengalaman menguruskan laman blog melalui telefon pintar Symbian, anda WAJIB mencuba perisian percuma ini. Walaupun rupabentuknya tidak menawan, fungsi-fungsinya begitu memudahkan pengendalian laman blog secara mudah alih. Saya jatuh cinta pandang pertama kepada WordMobi ini sebab saya sudah mencuba pelbagai jenis cara untuk menulis blog termasuk menggunakan Opera Mini, menggunakan cara manual melalui Browser S60, ShoZu, CellSpin tapi akhirnya, saya terus menggunakan WordMobi kerana ia memang sangat mudah dan berkuasa!
———-

2. Opera Mini 4.2
Kegunaan : Pelayar Internet menggunakan “proxy rendering”
Jenis Pengaturcaraan : J2ME
Harga : Percuma
Laman Sesawang Rasmi : http://www.operamini.com
Sudah beberapa tahun Opera Mini dikeluarkan namun masih belum ada lagi pelayar internet lain yang mampu menandingi kehebatan dan kepantasannya. Saya sudah menggunakan Opera Mini bertahun-tahun dan versi ini (4.2) adalah satu-satunya versi yang menyokong Opera Link. Dan ia juga mampu memindahturun fail dari internet tanpa perlu sokongan S60 Web. Dari segi kepantasannya, Opera Mini 4.2 tidak pernah menghampakan dan ia layak digelar “Raja Pelayar Internet Mudah Alih”.
———-

3. Opera Mini 5 Beta 1
Kegunaan : Pelayar Internet menggunakan “proxy rendering”, versi terbaru
Jenis Pengaturcaraan : J2ME
Harga : Percuma
Laman Sesawang Rasmi : http://www.opera.com/mini/next/
Opera Mini 5 Beta 1 telah dikeluarkan kepada orang ramai pada bulan September 2009. Ia adalah kesinambungan kepada Opera Mini 4 tetapi telah dipertingkatkan dengan antaramuka yang lebih segar dan menawan. Antara fungsi-fungsi menarik dalam Opera Mobile 5 Beta 1 ialah sokongan dail pantas bergambar (graphical speed dial), sokongan pelbagai tabs (multiple tabs) dan banyak lagi. Walaupun ia masih di dalam peringkat pembangunan tetapi ciri-cirinya amat menarik dan sekali imbas, orang tidak akan tahu yang ia dibangunkan menggunakan bahasa
pengaturcaraan J2ME.
———-

4. Opera Mobile 10 Beta 1
Kegunaan : Pelayar Internet mudah alih terhebat yang menggunakan enjin “Presto” iaitu enjin “rendering” yang digunakan dalam pelayar Opera Desktop
Jenis Pengaturcaraan : C++
Harga : Percuma
Laman Sesawang Rasmi : http://www.opera.com/mobile/
Sudah lama saya menanti dan menunggu kedatangan perisian Opera Mobile yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan C++. Ini kerana, sebagai seorang pengguna dan peminat susah mati (die-hard fan) Opera, saya mendambakan Opera Mobile yang merangkumkan teknologi-teknologi hebat dalam Opera Desktop. Opera Mobile 10 Beta 1 untuk Symbian S60 adalah versi yang pertama seumpamanya dan saya yakin ia akan dibangunkan dengan lebih hebat lagi. Ini kerana teknologi-teknologi seperti Opera Link, Opera Unite dan sebagainya, masih belum dimasukkan. Dan pada pandangan saya, Opera Mobile 10 lebih pantas dari perisian S60 Web. Tambahan lagi, ia boleh dikonfigurasikan mengikut kesesuaian saya menggunakan “opera:config”. Tak sanggup rasanya nak menunggu untuk Opera Mobile menjadi matang dan lengkap dibangunkan.
———-

5. X-Plore
Kegunaan : Perisian pelbagai fungsi (multi function) untuk menguruskan
fail didalam telefon pintar Symbian
Jenis Pengaturcaraan : C++
Harga : USD 10 (RM40)
Laman Sesawang Rasmi : http://www.lonelycatgames.com
Walaupun Symbian S60 secara lalai (default) memiliki sebuah perisian untuk menguruskan fail (filemanager), tetapi ia terlalu ringkas dan tidak memiliki fungsi-fungsi hebat yang ada pada kebanyakan pengurus fail yang lain. Ia juga amat lambat dalam menjalankan operasinya. Sebab itulah, saya amat meminati X-Plore dan menggunakannya dalam semua telefon pintar Symbian yang saya miliki. Tanpa X-Plore, telefon pintar Symbian seolah-olah menjadi dungu dan tidak lagi pintar. Antara fungsi-fungsi X-Plore yang paling banyak saya gunakan ialah membuka fail ZIP dan RAR, memindahkan fail dari satu folder ke folder yang lain dengan pantas serta fungsi pra-pandang (preview) yang pantas untuk fail-fail foto dan banyak lagi. X-Plore adalah pengurus fail yang paling hebat untuk Symbian.
———-

6. CorePlayer
Kegunaan : Memainkan fail multimedia pelbagai format
Jenis Pengaturcaraan : C++
Harga : USD 29.99 (RM120)
Laman Sesawang Rasmi : http://coreplayer.com/content/view/28/69/
Walaupun telefon pintar Symbian sememangnya sudah menyokong pelbagai format multimedia, tetapi masih ada banyak format yang tidak dapat dibaca seperti AVI, MKV, OGG dan sebagainya. Untuk itulah, perisian CorePlayer dibangunkan. Ia mampu memainkan pelbagai format multimedia tanpa perlu melalui proses “transcoding” terlebih dahulu. CorePlayer juga menyokong “streaming” audio dan video seperti menayangkan video Youtube dan radio internet. Fungsi “playlist”nya juga amat mudah digunakan. Pendekata, jika anda inginkan pengalaman multimedia yang maksimum dalam telefon pintar Symbian anda, CorePlayer adalah jawapannya.
———-

7. RoadSync
Kegunaan : Menghubungkan telefon pintar Symbian dengan server yang menyokong protokol Microsoft Exchange bagi penyamarataan data (data synching)
Jenis Pengaturcaraan : C++
Harga : USD 49.99 (RM200)
Laman Sesawang Rasmi : http://www.dataviz.com/roadsync
Harganya amat menakutkan iaitu lebihkurang RM200. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mampu membayarnya, apa salahnya? Kemampuan RoadSync untuk menyamaratakan data (data synching) dengan pelayar yang menyokong protokol Microsoft Exchange tidak ada tolok bandingnya. Tambahan lagi, sekiranya anda menggunakan Exchange Server untuk bisnes anda. Untuk pengguna GMail, RoadSync boleh digunakan untuk menyamaratakan data (sync) dengan Google Calendar, Google Contacts serta menyokong sistem tolakan Gmail dalam masa sebenar (real-time push email). Ah… Ia juga menyokong penyamarataan data dengan subfolder atau labels. Amat-amat berguna!
———-

8. Resco Photo Viewer
Kegunaan : Pengurus foto digital
Jenis Pengaturcaraan : C++
Harga : USD 14.99 (RM60)
Laman Sesawang Rasmi : http://www.resco.net/symbian/photoviewer_s60/
Perisian Image Gallery dalam telefon S60 sangat mengecewakan saya kerana ia lembab dan memaparkan semua gambar termasuk gambar-gambar yang saya taknak tengok seperti gambar icon perisian, gambar folder sistem dan macam-macam lagi lah. Nasib baiklah ada perisian Resco Photo Viewer ini. Selain dari memaparkan foto, Resco Photo Viewer juga memiliki fungsi untuk mengedit foto, menukar saiz, dan operasinya pantas. Tidaklah terkial-kial seperti Gallery.
———-

9. Kinoma Play S60
Kegunaan : Perisian pelbagai fungsi untuk menikmati multimedia dengan dimensi baru seperti “streaming” audio dan video, radio internet, menikmati video Youtube dan banyak lagi
Jenis Pengaturcaraan : C++
Harga : USD24.95 (RM100)
Laman Sesawang Rasmi : http://www.kinoma.com/play/
Agak payah sebenarnya nak menulis ringkasan Kinoma Play ni. ia bukan sahaja pemain multimedia tetapi ia juga mengintegrasikan pelbagai fungsi tambahan yang membuatkan ia unik. Ini termasuklah fungsi rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, media alaf baru seperti Youtube dan Last.fm dan banyak lagi. Dengan Kinoma Play, telefon pintar Symbian anda menjadi satu peranti multimedia yang sentiasa dihubungkan ke internet. Dan antaramukanya dicipta dengan begitu menarik sekali.
———-

10. Gravity
Kegunaan : Perisian yang menyokong perkhidmatan rangkaian sosial “Twitter” serta beberapa perkhidmatan seumpamanya termasuk Facebook, dan juga Google Reader
Jenis Pengaturcaraan : C++
Harga : USD6.95 (RM30)
Laman Sesawang Rasmi : http://mobileways.de/products/gravity/gravity/
Apa lagi yang saya boleh katakan mengenai Gravity, yang belum pernah diperkatakan? Ia adalah perisian Twitter terbaik. Itu sahaja ![]()
———-
Anda mempunyai perisian kegemaran yang ingin anda kongsikan disini? Apakah perisian yang anda tidak boleh hidup tanpanya?
- Asri al-Baker, Untuk Symbianku.com, November 2009
Related posts:
Tags: LG, Nokia, S60-3rd, S60-5th, Samsung, Sony Ericsson, Symbian, Symbianku
-
Shinpeng
-
HISHAM
-
Lan
-
manar77
-
Azlan
-
http://www.uiqblog.com asri
-
Azlan
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
http://www.uiqblog.com asri
-
along
-
Soft Titus
-
sya

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!