Bahagian 1 – Opera Mobile 10 Beta 1 dan Opera Mini 5 Beta 1

1. Dalam tulisan saya kali ini, saya ingin membicarakan berkenaan Opera Mobile 10 Beta 1 dan Opera Mini 5 Beta 1.
2. Saya akan cuba menghuraikan persamaan dan juga perbezaan antara 2 buah pelayar internet mudah alih ini dengan cara mudah tanpa menggunakan istilah teknikal yang banyak supaya anda akan mudah memahami apa yang saya utarakan.
3. Sekiranya ada perkara yang saya jelaskan didalam tulisan ini kurang anda fahami, sila ajukan pertanyaan anda di dalam kotak Komen di bawah ![]()
4. Sebelum kita melihat perbezaannya secara menyeluruh, apa kata kita sama-sama tengok apakah persamaan yang ada pada kedua-dua perisian ini.
i. Kedua-duanya masih lagi di dalam peringkat pembangunan. Sebab itulah ada perkataan ”Beta”.
ii. Kedua-duanya dibangunkan oleh syarikat pengeluar pelayar internet yang tersohor iaitu Opera Software.
iii. Kedua-duanya adalah perisian mudah alih. Bukan perisian untuk komputer riba atau komputer meja.
iv. Kedua-duanya menggunakan logo baru Opera yang lebih bulat dan tampak moden tanpa bayang berbanding logo Opera lama yang lebih bujur dan meninggi dengan bayang.
v. Dari segi rekabentuk pula, kedua-duanya mengambil asas rekabentuk dan elemen dari pelayar Opera Desktop dengan pelbagai ”tab”, dail pantas, serta rekaletak paparan menu yang lebih konsisten dan sejagat.
| Opera Mobile 10 Beta 1 | Opera Mini 5 Beta 1 | |
| Speed Dial | ![]() |
![]() |
| Toolbar | ![]() |
![]() |
| Main menu
|
![]() |
![]() |
Settings Menu |
![]() |
![]() |
| Searchbar | ![]() |
![]() |
vi. Kedua-duanya memiliki “shortcuts” ataupun kombinasi pantas yang sama untuk mengakses fungsi tertentu dengan menekan butang asterisk * beserta nombor (contohnya * 1 untuk membuka dail pantas nombor 1. Dan juga kombinasi butang hash # dengan nombor. Contohnya # 1 untuk membuka “address bar”.
| Opera Mobile 10 Beta 1 | Opera Mini 5 Beta 1 |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
5. Sebenarnya ada beberapa persamaan lagi yang saya temui tetapi saya rasa tidak begitu besar seperti yang telah saya paparkan diatas tadi.
6. Dalam tulisan saya seterusnya (Bahagian 2) kita akan melihat pula perbezaan antara perisian-perisian ini dengan lebih teliti
- Asri al-Baker
Posted by Wordmobi
Related posts:
Tags: S60-3rd, S60-5th, Symbian
Trackback from your site.
-
Lan
















November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!