logo
02
Dec

Bahagian 1 – Betulkah Symbian Dah Nak Mampos!

Written by asri. Posted in Cakap-Cakap Symbian


symbian-foundation-logo

Senario

1. Melihat kepada perkembangan terbaru dalam dunia Symbian, saya kerap ditanya soalan ni dan selalunya saya akan menafikan dengan cara yang berhemah. “Betul Ke Symbian Dah Nak Mampos? Ke Hidup Segan Mati Tak Mau?

2. Bukan nak kata apalah kan. Tapi kenapakah hanya Symbian je yang dipersoalkan dan tidak pula dihebohkan mengenai Sistem Operasi mobile yang lain?

3. Contohnya, apa pasal takde orang bising dan cakap bende yang buruk pasal Windows Mobile yang sekarang ni agak senyap? Takde pun peranti baru yang menggunakan Windows Mobile yang benar-benar memberi nafas baru seperti E71 atau iPhone atau N900? Atau apa pasal orang tak kata apa bila Palm webOS tidak menerima respons seperti yang diharapkan? Semua orang cakap Palm Pre adalah pembunuh iPhone tapi sekarang, iPhone masih sihat wal’afiat dan nampak gayanya macam Palm Pre yang akan membunuh diri!


4. Ini kerana pada ketika ini, dipenghujung tahun 2009, Symbian diasak teruk dari 8 penjuru iaitu kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang, luar dan dalam. Contohnya, bila Nokia atau mana-mana pengeluar mengumumkan telefon pintar baru berkuasa Symbian, maka ramailah yang akan terpekik terlolong cakap bende-bende yang tak bagus. Hardware ketinggalan zaman lah, processor slow lah, tak pakai multitouch lah, dan macam macam lagi lah…

Sony Ericsson X10 - Android menjadi pilihan

Sony Ericsson X10 - Android menjadi pilihan

5. Sebagai contoh, Satio, satu-satunya telefon pintar Symbian dari Sony Ericsson yang diumumkan sehingga kini (setelah mereka membunuh platform UIQ) telah diumumkan pada hujung tahun 2008 (namakod Idou) dan sampai sekarang, hujung tahun 2009, masih belum berada di pasaran secara meluas. Tetapi Sony Ericsson bakal mengeluarkan beberapa telefon pintar yang dikuasakan oleh Sistem Operasi Android bermula dengan X10 (Rachael).

Nokia N900 Menggunapakai Maemo Linux

Nokia N900 Menggunapakai Maemo Linux

6. Satu lagi contoh, pengeluar telefon pintar dan penaung Symbian paling utama, Nokia, telah mengumumkan bahawa platform Maemo Linux akan digunakan dalam peranti masa hadapannya yang berkemampuan tinggi. Dimulakan dengan Nokia N900 yang menggunakan Maemo 5 Freemantle. N900 memiliki ciri-ciri perkakasan (hardware) yang sangat hebat jika dibandingkan denagn mana-mana telefon pintar Symbian yang ada di pasaran.

Samsumg i7500 - Berkuasa Android

Samsumg i7500 - Berkuasa Android

7. Lihat juga kepada Samsung, salah satu pengeluar telefon pintar Symbian terbesar, ia masih mendiamkan diri semenjak mengeluarkan i8910 OmniaHD. Tetapi ia telah mengeluarkan telefon pintar yang menggunakan Sistem Operasi Android iaitu Samsung i7500 dan akan diikuti dengan beberapa model lain yang menggunapakai Android. Dan jangan lupa bahawa Samsung juga telah mengumumkan sistem operasi pintarnya sendiri yang diberi nama Bada OS.

Motorola Droid - Berkuasa Android

Motorola Droid - Berkuasa Android

8. Satu lagi pengeluar telefon pintar yang menyokong Symbian semenjak dahulu, Motorola, juga tidak menampakkan tanda akan meneruskan sokongannya untuk Symbian. Ia baru sahaja mengumumkan 2 buah telefon pintar Android iaitu, Motorola DROID yang memiliki banyak fungsi hebat yang sudah lama diidamkan oleh pengguna Symbian dan Motorola DEXT yang dibina untuk mereka yang mementingkan bajet.

motorola-dext

Motorola Dext - Untuk yang mementingkan bajet, juga Android

9. Untuk menambah lagi garam pada luka yang masih bernanah, pengeluar telefon pintar Symbian yang lain juga kini senyap-sunyi dan berpendirian seolah-olah “Di Telan Mati Emak, Di Luah Mati Bapak”…

10. Sebagai pengguna (dan jika anda sememangnya pembaca setia Symbianku.com, saya pasti anda adalah seorang peminat Symbian), apakah masih ada sinar harapan di hujung jalan untuk Symbian? Atau ia akan berkubur tanpa nisan, sama seperti teknologi-teknologi hebat yang berasal dari British yang lain?

11. Sejarah menunjukkan ada beberapa teknologi hebat yang berasal dari British telah terkubur. Lihat sahaja kepada Concorde. Ataupun dalam teknologi peranti mudah alih, sejarah hitam Psion telah meninggalkan parut yang tidak mungkin akan hilang. Begitu juga dengan Sendo.

12. Apakah nasib Symbian bakal mengikut jejak langkah teknologi-teknologi yang disebutkan tadi? Masih adakah sisa-sisa harapan untuk Symbian bersaing, dan terus mengukuhkan kedudukan di persada Sistem Operasi telefon pintar?

Ikuti kupasan secara mendalam oleh Asri al-Baker dalam siri yang akan datang mengenai persoalan ini. “Betul ke Symbian dah nak Mampos?…”

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • http://ariyon.blogspot.com yonz

    Memang yonz dah agak dan perasan apa yg sedang berlaku…mcm semua pengeluar hp nk cuba2 Os baru…seperti android dan maemo…pengeluaran symbian OS mcm senyap jer…bru jer symbian foundation nk buat perancangan rapi utk masa depan symbian…kalo hp bru keluar tak guna symbian, tak guna jugak…kalo sume peminat symbian brfikir mcm symbianku.com takpe..ni masing2 nk hp yg nampak canggih jer…tengok promo2 HTC yg guna android…sume mcm cun2 jer kan…kita tunggu dan lihat saja…huhuhu

  • mohd hashril

    betul tu.tapi saya selaku peminat no 1 symbian akan pastikan yang symbian tidak akan terkubur.walaupun banyak peranti2 baru yg dikeluarkan dan menggunakan os yg hebat.tapi org majoriti org masih menggunakan symbian sebab symbain ni senang diguna berbanding os yg lain.tak kisah lah smbian tu guna tourchscreen ke atau tidak.tapi sistemnya tetap sama.symbian tidak akan berkubur dan still no 1. :)

  • mohd hashril

    cuma saya agak terkilan sebab lepas je N900.Nokia iaitu penaung paling utama symbian akan menggunakan paltform maemo linux ntuk semua phone2 keluarannya.huhu.

  • mohd hashril

    marilah kita bersama sama menyokong symbian dan laman blog ni.semoga symbian tidak akan terkubur.

  • http://www.uiqblog.com asri

    mohd hashril says:
    December 2, 2009 at 3:49 pm (Edit)

    cuma saya agak terkilan sebab lepas je N900.Nokia iaitu penaung paling utama symbian akan menggunakan paltform maemo linux ntuk semua phone2 keluarannya.huhu.

    @aril,

    1. Cerita dongeng mana ko dengar ni? ha! Mana ko dapat sumber ni?

    2. Bak sini fakta ataupun report mengatakan Nokia akan keluarkan semua phone pakai Maemo Linux? Bak sini kasi aku tengok?…

    3. Jangan mudah percaya dengan apa yang orang khabarkan. Ingat senang ke nak keluarkan sistem operasi pintar, macam makan kacang ke? ;-)

    4. Aku akan tulis pasal bende ni, kupasan aku akan membuka mata korang semua.

    5. Cuba pikir macam ni, Nokia spend hampir 500 juta Euro beli Symbian, pastu dia kasi balik kat Yayasan Symbian dengan percuma. Ko rasa logik ke kalo dia dah spend banyak tu, pastu dia nak tinggalkan, pastu buat Sistem Operasi sendiri yang belum tentu lagi kecanggihannya? Ko rasa Nokia sebodoh itu ke? ;-)

    6. Tunggu Bahagian Ke-2, akan lebih panasssss!!! :-P

    - Asri al-Baker

  • a.halim

    symbian mungkin akan survive dgn bantuan Qt

  • azhe

    Bagi aku…apo yg korang nak cakap……Caaaakaplah. Yang pasti…ikutkan dalam crita P.Ramlee “Balik-balik bini tua jugak” tengoklah nanti….Oh symbianku…

  • manar77

    Salam…apa2 benda pun lama kelamaan pasti ketinggalan gak bro…teknologi ni sentiasa kehadapan. Pasti 1 hr nanti syambian org x guna da n kita sebagai penguna OS Syambian ni kenalah terima hakikat ni.Tp sy percaya Syambian masih blh survive n org masih guna OS ni dlm tempoh 30-50 thn lagi.

  • Lan

    Bila masa plak le symbian nak mampos? Kan ke symbian foundation ada perancangan yg besar 2. Anyway masalah berkenaan symbian ni suma ‘self-inflicted’ n dalang utamanya Nokia sdri. Mmglah dari segi UI symbian ni agak ketggalan sket tp 2 suma blh diperbetulkan kalo diorg nk tp dh diorg sdri terhegeh2 so terimalah akibatnya. Baru2 ni aku tgk video ttg HTC HD2. Kalo windows mobile yg haprak 2 diorg blh overhaul bg cantik mcm 2, knp x symbian? Lg 1 dari sg hardware, xde sbb knp Nokia biarkan diri sdri ketggalan. Kalo xblh bersaing dari segi UI buat masa ni, skrgnya2 pastikanlah hardware 2 gempak (processor, ram, graphics, camera, etc). Nokia dulu yg terbaik dari sg hardware ni, skrg ntah apape, especially masalah ram aku xtaulah apasal ngong sgt diorg ni mcm ada bdk 5thn yg buat keputusan. Suma ni yg memburukkan nama symbian. Org2 yg xtau apape, xpnh guna symbian, diorg bl N97, then byk masalah, dh tentu xnk bl lg. Then masalah2 2 suma dikhabarkan plak pd org2 lain. Then org2 ni suma pun xnk bl gak. Ini yg aku lihat byk blaku skrg. Pg mana2 forum pun dlm internet blh lihat benda ni. Impak nya sgt besar pd symbian. Utk yg mahir, dia blh overcome kekurangan2 yg ada pd N97 ni. Tp pd yg xtau? Diorg just menyumpah2, mencarut, hangin 1 badan rasa trtipu, then sebarkan cite pd org lain. Salah Nokia sdri. Tp pd masa yg sama, cite ttg symbian nak mampos ni diperbesarkan je oleh org2 yg mengada2. Jualan symbian masih bgs lg aku tgk. Dan kebelakangan ni byk software gempak2 yg dikeluarkan utk symbian je, mcm opera mobile 10, windows pun blm dpt 2. Kalo symbian nak mampos knp opera nk support lg? Kemudian latest version Fring blh support skype video call. Yg pertama di dunia utk mobile, khas utk symbian, bkn utk iphone, bkn utk android, bkn utk windows! So fkrlah sendiri. Lg 1 aku xde masalah ttg N series guna Maemo. Aku rasa tindakan 2 logik. Sbb selama ni pun aku byk baca dlm internet manusia2 yg mengada2 ni komplen sana sini kata dh xde beza dh antara N series, E series, Xpress music n hp2 symbian yg lain mcm navigator, 6220c, etc. Kalo dulu N-gage, camera yg gempak, rotating gallery, gps umpamanya khas utk N series, skrg suma series dh dpt. Jd dh xde beza. So kalo N series nk tumpu pd Maemo, ok le 2. E series n XMusic tumpu pd symbian n features symbian yg gempak suma pindah pada diorg plak. So xde apa nk gaduh. Xde beza pun komplen, dh nk buat perbezaan pun nk komplen, kan mengada2 2. Ok bye ;)

  • mohd hashril

    betul ke bang asri.saya tgk kat internet.saya terbaca yang nokia akan guna sistem maemo linux sepenuhnya lepas pengeluaran n900.

  • mohd hashril

    tapi saya akan tunggu kupasan abg asri selanjutnya.saya yakin symbian x akan mampus.x akan pupus.saya peminat no 1 symbian sejak nokia n82 hinggalah n86.x kisah lah mana2 phone pun janji dikuasakan oleh symbian.symbian the best.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @a.halim

    1. Masih terlalu awal untuk membuat apa-apa kenyataan mengenai Qt. Sama ada dengan Qt atau tanpa Qt, Symbian masih lagi mengungguli carta jualan telefon pintar didunia. Ini FAKTA yang tidak dapat disangkal lagi.

    2. Ayat anda “MUNGKIN akan survive” sangat tidak tepat. Symbian MASIH HIDUP, sihat wal’afiat.

    @azhe

    Kalo nak bagi komen, bagilah komen yang membina minda sedikit ye ;-)

    @manar77

    1. Apa salahkah kita membincangkan sesuatu yang sedang berlaku di hadapan mata kita? Salahkah kita mengeluarkan kenyataan? Blog ni tajuk dia SYMBIANKU. So, sudah pastilah pengendali blog ini merupakan orang-orang yang meminati Symbian dan akan mempertahankan Symbian hingga ke titisan darah yang terakhir.

    2. Sebagai pengguna Symbian tegar dan orang yang mengetahui perkara mengenai Symbian sebelum masuk berita, saya berhak untuk memberi pendapat dalam blog ini.

    3. Memanglah tidak ada bende yang kekal di dunia ini, semua akan fana. Kalau macam tu, tak payah bincang, tak payahlah buat blog. Kita terima sahajalah semua bende dalam dunia ni?

    4. Kita berbincang dan berkongsi pendapat. Bukan bermakna semua bende pasal Symbian ni terlalu bagus dan kita terima bulat-bulat, tidak… Kalau baik, kita kata baik, kalau buruk, kita kata buruk. Tetapi kita berbincang supaya kita menjadi pengguna yang memiliki kebolehan sendiri untuk menaakul apa yang baik dan apa yang tidak. Bukannya macam lembu yang dicucuk hidung, kan?

    @Lan

    1. Very well said. Keep it up.

    2. Cuma aku nak betulkan fakta – Opera Mobile 10 Beta dah dikeluarkan untuk Windows Mobile jugak ye ;-)

    @aril

    1. Eh apa ko merepek laaaa… Ko percaya semua bende kat internet ke?

    2. Bak sini bukti tu, link website yang cakap Nokia nak pakai Maemo sepenuhnya dalam semua phone dia selepas N900. Bak sini aku tengok?…

    3. jadilah pengguna yang bijak memahami apa yang tersurat dan tersirat …

    4. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…

    - Asri al-Baker

  • lan

    @asri – ah ye betul 2 mmg dh ada utk windows aku br tau. Tp hakikatnya masa mula2 klr utk symbian je kan. Mula2 klr opera 9 dulu aku ingat lg symbian dianak tirikan. N ramai jgk le yg gelakkan symbian time 2. Alih2 opera 10 utk symbian dulu. Tertutup jgklah mulut org2 yg kutuk symbian 2 utk seketika. Symbian blm mati lg kwn2..pd aku hp symbian especially Nokia ni msh yg trbaik dari byk segi. Bateri life better dari yg lain. Kamera better dari yg lain. Walaupun cuma 8mp je stkat ni tp ttp 8mp yg terbaik pnh dikeluarkan kan? 5mp yg trbaik is N82. Kalo ada 12mp aku xde keraguan lgsung 12mp Nokia akan lbh baik dpd 12mp samsung , SE @ sapa2 pun. Dari segi sound utk muzik (melalui earphone) pun sgt baik. Muzik ptg pd aku. Dari segi ni brand2 lain byk yg x ok lg so aku xblh nak beli. N sapa yg blh match OVI maps? Sori beb tarak, yilekk…Mmglah hp2 lain 2 ada gps tp maps suma 3rd party. Nokia ada solution sendiri. Lesen utk guna bkn mahal sgt. Ada option utk langgan sehari je bl perlu. 6710nav n 5800 navigation edition ada bg lifetime subscription lg. Aku yakin byk lg model akan dtg dgn lesen sebegini. Sapa blh lwn 2? Android dgn google maps yg kna guna data sepjg masa 2? N dari segi harga ada sapa2 blh match symbian punya ratio harga/features? YILEEKKK…

  • mohd hashril

    saya x percaya bang.

  • mohd hashril

    maksud saya.saya kurang percaya citer kat internet.saya pun dah lupa apa laman web dia.itupun saya godam2 je.tu yg terbuka laman web tu.

  • Azlan

    Mana ada yg kekal. Semuanya bersifat baharu. Teknologi silih berganti.

  • http://www.symbianku.com adliayob

    N dari segi harga ada sapa2 blh match symbian punya ratio harga/features? YILEEKKK…

    @Lan,
    Bukan bermakna saya tidak aktif dalam sebulan ni saya terus tinggalkan blog ini. Cuma sibuk sikit mengatur kerja… hehehe. Dan melalui komen tadi, tuan sangat membantu pemahaman rakan-rakan lain di blog ini tentang REVIEW dan BELIMETER yang telah diperkenalkan oleh Symbianku sejak mula lagi.
    Kami apabila membuat review tentang telefon Symbian, akan menitik-bratkan ratio harga/features seperti yang telah tuan katakan. Oleh sebab itu kami melabelkan sesuatu produk itu berdasarkan ‘BERBALOI’ atau tidak untuk pembelian anda.

    Teruskan memberi komen yang bernas untuk blog ini. Salute!

  • aril

    perghh topik kali ni agak panas gak.ni baru kupasan pertama.belum lagi kupasan seterusnya.memang hangat. :)

  • http://www.symbianku.com/bahagian-3-betulkah-symbian-dah-nak-mampos-analisa-sistem-operasi-telefon-pintar-selain-symbian/ Bahagian 3 – Betulkah Symbian Dah Nak Mampos? Analisa Sistem Operasi Telefon Pintar Selain Symbian « Symbian Ku

    [...] Dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2, saya telah menganalisa mengenai keadaan yang dihadapi oleh Symbian pada masa [...]

  • Yus

    antara symbian da android mane lagi hebat da bagus?

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site