logo
23
Aug

Bacalah Review Nokia E52 di AAS oleh Asri al-Baker

Written by asri. Posted in Berita Symbian


Tuan-tuan dan puan-puan, dengan ini diisyhtiharkan bahawa website Symbian terbesar di dunia iaitu All About Symbian telah menerbitkan tulisan terbaru Asri al-Baker. Kali ini, beliau menulis mengenai pengalamannya menggunakan E52 selama 2 minggu. Beliau dengan ini juga telah membuktikan sekali lagi bahawa anak Melayu mampu menerobos dunia blogging antarabangsa.

e52_package

E52 ialah model Eseries yang terbaru yang membawakan fungsi-fungsi hebat dalam saiz yang padat dan nipis dengan harga yang amat-amat berpatutan. Malah, siapa-siapa yang berminat untuk memiliki telefon pintar ini boleh menghubungi Asri al-Baker di nombor +60.19.232.1177 dengan harga yang amat-amat berpatutan iaitu RM1299. Kat Lowyat ada yg jual RM1399.

Beliau juga akan menulis review E52 dalam bahasa Melayu untuk diterbitkan di Blog Symbian Malaysia. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk membaca review E52 dalam Bahasa Inggeris di All About Symbian!

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • Lan

    Salam Asri. Sy sbnrnya tgh fkr nk tkr N82 sy dgn phone lain. Dua kriteria yg sy cari ialah bateri baik & screen besar sket. Anda kt E52 tahan smpai 5 hari dgn heavy usage? Btl ke? Sy xblh nk imagine 2. N82 ni bateri haprak. Charge stp hari. Kalau surf web sy connect dgn charger spjg masa. Minat sgguh dgn E52 tp screen size sama dgn N82:( Tp build quality, saiz, bateri, spec, suma buat sy agak teruja. Also blh komen sket tentang kamera?

  • http://www.uiqblog.com asri

    Lan,

    1. Bateri E52 berkapasiti 1500 mAH. Iaitu bateri yang sama digunakan dalam E90 dan E71. Ia memang dikenali sebagai bateri yang memiliki kapasiti yang tingi dan mampu menjana tenaga utk tempoh yang lama. Disamping itu, E52 menggunakan Sistem Operasi S60 3rd Edition Feature Pack 2 yang dibina dengan keupayaan menjimatkan tenaga bateri lebih baik dari versi S60 yang lain.

    Banyak faktor yang membuatkan bateri menjadi lemah seperti cara penggunaan, jangka hayat bateri, dan juga tempat dimana anda berada (kerana telefon perlu menarik signal sellular sekiranya ia tidak cukup kuat, dan ini menggunakan lebih tenaga).

    2. Dari segi kamera, N82 lagi bagus. Walaubagaimanapun, E52 (dan E55) adalah telefon Nokia yang menggunakan teknologi kamera baru yang dipanggil EDoF (Enhanced Depth of Focus). Ia menghasilkan gambar yang lebih baik dari model telefon berkamera yang menggunakan lensa biasa. Hasil gambar adalah lebih tepat dan tajam.

    Kalau nak telefon Nokia berkamera yang paling baik buat masa sekarang, dapatkan N86 ;-)

    Asri

  • Lan

    Hehe..sy mmg tgh fkr antara N86 (kamera & saiz screen) & E52 (bateri & saiz phone) pun. Msg2 ada ciri yg sy nak. Tp xpe sy nk tggu dulu apa yg Nokia akan release hjg thn ni dan buat keputusan. Yg pasti sy akan contact kamu nt bl dh dcide;-)

  • manar77

    Salam… sy da berpengalaman guna Innov8 (dr segi kualiti kameranya mmg x blh dinafikan) tp baru ni sy da beli N86 dgn harga yg murah dr harga pasaran semasa iaitu RM1750.00 (Full version dgn jaminan zitron/avaxx) sy mendapatinya mmg berbaloi. utk makluman membr semua pd mula2 jika nak dibandingkan hasil kamera Innov8 ngan N86 seolah2 Innov8 bagus n N86 mcm x bagus tapi bila seting N86 elok2 (seperti mana En Adli tunjuk ajar) wow..!! N86 mmg bagus drpd Innov8 kalu x pun lebih kurang sama je. Perkara yg ketara sngat ialah tenaga bateri N86 lebih baik dari Innov8. Manakala pada pandangan sy (pengalaman guna Innov8) hp jenama Nokia N86 lebih friendly berbanding Innov8 terhadap penginstallan pelbagai software kemungkinan perkara ini berlaku disebabkan kebanyakan software yg berada di pasaran lebih menyokong hp2 jenama Nokia walaupun kesemua hp2 tersebut dioperasikan oleh sistem saymbian dgn version yg sama.

  • mookies11

    tahniah kepada asri al-baker yg article die masuk dalam AllAboutSymbian. Memula masuk dalam website AllAboutSymbian tue agak terkejut lar tetiba macam mana website yang berasal dari UK boleh ambil jugak orang melayu. Apa-apa pun, tahniah kepada Asri.

  • space83

    bro, blh suggestkan hp model nokia yg mempunyai keupayaan gps yg bagus?
    sbb aku ada terbaca yg setiap model hp dia punya kelajuan gps berbeza2.
    so mn satu yg bagus/laju?
    sekian,terima kasih.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @space83

    1. Untuk keupayaan GPS dalam smartphone, kena tengok GPS chipset dia.

    2. Kebanyakan GPS chipset yang dipasang di dalam smartphone Nokia ialah dari Texas Instrument, untuk GPS dan A-GPS.

    3. Walaubagaimanapun, keupayaan chipset ini tidak sebaik chipset lain yang menggunakan Teknologi SiRFIII. Pada ketika ini, tidak ada model smartphone Nokia yang menggunakan chipset GPS SiRFIII yang telah terbukti menjanjikan keupayaan GPS yang berbeza dan lebih baik.

    4. Untuk GPS yang lebih, bagus & laju, cari phone yang menggunakan SiRFIII (tapi bukan Nokia laaa)

    5. Mungkin Nokia akan mengintegratekan SiRFIII di dalam phone dia di masa akan datang.

    Cheers!

  • space83

    terima kasih di atas penerangan en asri.
    bleh cadangkan model hp yg menggunakan cip gps SiRFIII?
    x kira la model apa pun/selain drp nokia.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @space83

    1. Antara contoh telefon yang menggunakan teknologi chipset SiRFIII ialah :-
    - Asus P535
    - Eten G500

    2. Kebanyakan telefon yang menggunakan SiRFIII ialah dari Windows Mobile.

    Cheers!

  • JAG

    Salam Asri…. Saya mmg bercadang nak beli hp E 52 ni… tapi merasa sedikit bimbang setelah membaca komen2 pengguna di gsmArena yg mengatakan hp ni byk problem terutamanya selalu hang…. boleh kah Asri jelaskan sbb2 hp ni menjadi hang dan cara untuk mengatasinya jika berlaku…atau cara untuk mengelakkanya dari berlaku… dan saya juga ingin memohon pandangan Asri..adalah saya perlu meneruskan untuk membeli hp ini atau kekal dgn N95 saya yang kadang2 pun ada masalah hang ni… TQ… JAG Trg

  • http://www.uiqblog.com asri

    @JAG

    1. Setakat saya dah pakai E52 ni, ada jugak masalah “hang” atau “freeze” ni. Itu pun bila saya bukak macam-macam dan saya push E52 to the limit. Tak kasi chance.

    2. Mungkin pengalaman orang lain berbeza, tapi bagi saya, E52 dalam firmware yang ada sekarang, sangat stabil. Jarang sangat dia crash atau freeze.

    3. E52 memiliki pengurusan RAM yang sangat berbeza dari N95. So, terpulang pada anda untuk membuat keputusan. Ingat, takde telefon yang sempurna ;-)

    Cheers!

  • JAG

    TQ Asri….

    brape market price skang ni ekk…?

  • http://www.symbianku.com asri

    @JAG.

    1. Kat Low Yat, E52 dijual harga RM1299 dan ada yang jual RM1299.

    2. Aku jual E52 RM1250. Original warranty dari Avaxx.

    Cheers!

  • JAG

    dah selamat memiliki E 52…dah setakat ini mmg puas hati laa… TQ en Asri..

  • Helmi

    Asri, kenapa yer default theme E52 (dan E72 kalau tgk dlm youtube) ada semacam kotak di belakang menu/icon. Kalau perhati betul2 kat official photos utk E52/E72, takde kotak2 ni. Bukan apa, kotak2 ni mencacatkan sedikit kecantikan theme phone ini.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Helmi,

    1. Ada link ke Youtube tu?

    2. Setau saya, dalam default themes E52 saya takde kotak (garisan).

    3. Dalam standby screen je yang ada, iaitu icon dalam kotak. Dalam Launcher (Menu) takde.

    Cheers!

  • Helmi

    Asri,

    Link youtube ada di page preview E72 (by you actually). Kotak tu ada di standby screen. Official photo (http://www.nokia.com.my/find-products/all-phones/nokia-e52) takde pun. Bukan apa, nampak macam pelik sikit bila ada kotak tu.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Helmi,

    1. Adakah kotak-kotak di application icon (di bawah date, di atas email) di “Standby Screen” ini yang anda maksudkan? :-

    [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/10/Scr000001.jpg[/img] [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/10/Scr000002.jpg[/img]

    [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/10/Scr000008.jpg[/img] [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/10/Scr000012.jpg[/img]

    2. Kalau itu yang anda maksudkan, sebenarnya kotak-kotak itu untuk standby screen sahaja dan untuk sesetengah themes sahaja. Dalam Application Launcher / Menu, takde pun kotak-kotak tu :-

    [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/10/Scr000003.jpg[/img] [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/10/Scr000004.jpg[/img]

    [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/10/Scr000007.jpg[/img] [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/10/Scr000009.jpg[/img]

    3. Bagi saya, ia bukan masalah besar. Tukar theme, settle ;-)

    [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/10/Scr000005.jpg[/img] [img]http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/10/Scr000006.jpg[/img]

    Peace!

  • helmi

    Asri,

    Ya, maksud saya kotak2 di standby screen. Itulah, saya dah cuba tukar 3rd party theme, masih ada. (saya fikir FP2 by default ada ‘semi-transparent’ boxes ni). Oh well, harap2 next firmware update ada theme baru yg lebih cantik & kemas.

    Cuma yg tak puas hati sbb official pics takde kotak2 ni. Anyway tq sbb siap amik screenshots. Case closed :p

  • papabaik

    salam, asri… dr segi quality camera dan video die ok x(E52)?klu di bandig dgn E66 mn lg worse?? yg saye taw camera E66 mmg worse tahap death…
    bkn ape klo tgk review kt gsm arena mcm hp nie adalah 1 failure nokia yg amat teruk…
    saya mmg nk agkt hp tp bile bace review diorg jd sgsi pulak…
    thanks…

  • http://www.symbianku.com adliayob

    @Papabaik

    E52 menggunakan teknologi EDoF, bermaksud – ‘macro-mode’ dia tidak baik berbanding kamera autofocus biasa (seperti yang terdapat pada E66).
    Jika anda selalu menggunakan macro-mode, E52 bukan untuk anda.

    Itulah pandangan saya.

  • papabaik

    maknanye… dlm kata lain, e52 bknlah hp terbaik utk p berkamera…
    thanks for sharing…

  • ssmuhd

    E52 ade dlm warna hitam ker?

  • beliE52

    asri,

    ade stok e52 lagi?
    kaler ape yg ade?
    ori avaxx/zitron ke AP?

    terima kasih

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    1. rm1055
    2. warna keemasan
    3. original warranty dari avaxx setahun

    asri

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site