logo
07
Aug

AYUH KITA RAMAI-RAMAI PIGI MCC DI KOTA KINABALU!

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian


mcc-kota-kinabalu02

MEMORI SYMBIANKU.COM: 5 MEI 2008, SEMPORNA, SABAH.

Waktu itu saya ingat lagi, saya keseorangan melayan WiFi di sebuah restoran mamak di Bandar Baru Semporna, Pekan Semporna, Sabah. Pilihanraya ke-12 baru sahaja melabuhkan tirainya dan saya sedang melayari internet mencari-cari berita sensasi.

Terkejut saya masa itu tatkala menggelintar dengan Google, saya dapati komuniti ‘Bloggers Malaysia’ telah bertambah secara mendadak ketika itu! Semuanya bagai teruja untuk meluahkan perasaan melalui alam cyber-internet susulan keputusan pilihanraya yang memberangsangkan! Semuanya menulis berkaitan parti, personaliti, berita dan segala macam rencana berkaitan POLITIK di Malaysia!

Sekali lagi saya terkejut kerana tidak ada seorang pun yang melancarkan blog baru berkaitan teknologi atau ilmu khusus pasca pilihanraya. Jesteru, saya mengambil keputusan untuk memulakan sebuah blog bertajuk BLOG SYMBIAN MALAYSIA dan berkongsi pandangan tentang pengalaman saya menggunakan Sistem Operasi Symbian sejak tahun 2003. Sesuatu yang BERAT harus dinukilkan SEKARANG untuk masa depan generasi Malaysia atau tepatnya ‘Orang Melayu’ demi mendepani cabaran rasaksa ledakan teknologi komunikasi dewasa ini!

Blog baru tersebut di’hos’kan secara percuma dengan alamat http://adliayob.wordpress.com dan bermula saat itu, bermulalah tanggungjawab saya kepada bangsa dan negara demi menunaikan fardhu kifayah di bumi Malaysia ini.

Hari bertukar menjadi minggu, minggu kepada bulan dan akhirnya pada 5 Mei 2009 genaplah SETAHUN Blog Symbian Malaysia diluncurkan di internet! Usaha yang pada mulanya hobi kini bertukar menjadi MEDIA baru buat pembaca yang dahagakan ilmu telefon bimbit. Semenjak mula menulis di internet, ramai rakan-rakan baru saya temui, namun saya tercari-cari SEORANG lagi rakan yang memang saya buru sejak mula mengenali Symbian – dan orang itu ialah ASRI AL-BAKER!

5 MEI 2009 Blog Symbian Malaysia telah dengan RASMINYA bertukar alamat baru dan kini dikenali sebagai SYMBIANKU.COM – Blog Symbian Malaysia. Sejak tarikh keramat itu, peneraju blog ini telah menjadi 2 orang iaitu saya (Adli) dan Asri.

Apa yang saya ceritakan ini bukanlah sentimental. Tetapi ia tercatat sebagai satu sejarah klasik masa depan generasi teknokrat Malaysia dimana Symbianku.com sebenarnya bermula dan bertapak di Negeri Di Bawah Bayu!

Antara objektif kami mewujudkan blog ini ialah untuk mencabar potensi kami dan ANDA selaku pembaca untuk sama-sama mewujudkan pustaka PERISIAN SYMBIAN DALAM BAHASA MELAYU untuk generasi yang akan datang!

Alhamdulillah, SymbianKu.com kini dioperasikan dari 2 kawasan Malaysia yang berlainan geografi: Sabah (Borneo) dan Kuala Lumpur (Semenanjung).

MCC WORKSHOP – 10 OGOS 2009, NOVOTEL HOTEL ONE BORNEO, KOTA KINABALU, SABAH.

OK! Lupakan sentimental itu! Mari kita beramai-ramai menghadirkan diri dan menjerumuskan leher dan tekak anda untuk mengikuti MCC WORKSHOP yang akan di adakan pada HARI ISNIN MINGGU DEPAN di Hotel NOVOTEL, 1 Borneo Kota Kinabalu.

Apakah MCC? Ia adalah kependekan ‘Mobile Content Challenge’ yang dianjurkan oleh 3 pihak iaitu MAXIS, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia) yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar IPT/IPTS di seluruh Malaysia yang bersifat pertandingan untuk mencipta sebuah perisian baru telefon bimbit yang bernilai komersil dan inovatif.

Inilah masa yang SANGAT SESUAI untuk membangunkan perisian telefon bimbit. Mengapa? kerana MAXIS secara terpuji dan baik hati akan menghadiahkan RM 100 ribu ringgit kepada sesiapa yang berjaya mencipta perisian handphone untuk masa depan negara! Saya secara peribadi akan hadir di Novatel Borneo (One Borneo) di Kota Kinabalu pada 10 Ogos ini sempena MCC Kota Kinabalu dan akan memberikan tips, teknik dan pesanan penaja kepada ‘team’ Sabah! Jadi, kepada pelajar-pelajar IPT terutamanya UMS, silalah bersedia dengan pensyarah anda untuk masuk beramai-ramai ke pertandingan ini. Masuk adalah PERCUMA! Segala makan-minum, nota-nota, keluar-masuk tandas dan angin dari pendingin hawa adalah ditanggung BERES!

Jika anda memenangi pertandingan ini, anda akan glamour dan masuk surat-khabar selain inilah satu-satunya cara untuk anda membalas dendam terhadap MAXIS yang selama ini memakan duit anda melalui penjualan top-upnya. Bila lagi nak dapat ANGPOW yang begitu tebal dari MAXIS kan? Jika anda bernasib baik, mungkin anda menjadi personaliti terkenal seperti Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan kemungkinan setahun kemudian anda juga boleh bergelar ‘Datuk’ atau mendapat awek ‘cun’. Hehehe.

Kepada IPT/IPTS yang saya sebutkan di bawah ini, SILA CIPTAKAN KUMPULAN ‘PROGRAMMER’ ANDA DAN DATANG BERSAMA PENSYARAH masing-masing:

  • 1) UMS / Universiti Malaysia Sabah
  • 2) UiTM Kota Kinabalu
  • 3) Politeknik Kota Kinabalu
  • 4) Kolej Komuniti, Seluruh Sabah
  • 5) Kolej PTPL Kota Kinabalu
  • 6) Kolej INTI Sabah
  • 7) Institut Prima Bestari, Tawau
  • 8 ) Institut Sinaran
  • 9) Institut Teknologi Kenwa, Sandakan
  • 10) Institut Teknologi Sabah
  • 11) Kinabalu Commercial College
  • 12) Kolej Antarabangsa Almacrest
  • 13) Cosmopoint Sabah
  • 14) OUM dan UNITAR
  • 15) Institut Perguruan di Sekitar Sabah (Maktab Pendidikan)
  • 16) KOLEJ/IPT disekitar Negeri Sabah yang tidak saya sebutkan diatas

Untuk maklumat lanjut mengenai MCC, sila KLIK pautan di bawah ini:

Kepada anggota IPT/IPTS di Sabah kamu urang datanglah ka 1 Borneo pada hari satu (isnin) minggu dapan. Kasitau kawan-kawan kita yang champion programming tu suruh dia urang masuk contest MCC ni. Bagus bah hadiahnya – 100ribu ringgit! Sepa mau kasi kan? Janganla kamu urang pikir pasal penganuan tu.. free bah! Kau datang jak sama chegumu. Jangan kasi malu sia sebab aku tu orang kita jugak. Kalau kamu urang mau jumpa sama sia, naa inila masanya! Si ASRI pun ada. Teda pikir-pikir lagi! Kasi malatop ini workshop! Sepa cakap kita ndak bagus? BULIBA KALAU KAU!

MASUK ADALAH PERCUMA!

Related posts:

Tags:

Trackback from your site.

  • Lan

    Pokcik xlayak nk join competition ni:-)..tp gd luck utk suma. Harap2 ada byk ciptaan yg best2 nt. Benefitnya utk kt suma gak. Symbianku jgn lupa update ttg perkembangan sepanjang pertandingan ni.

  • http://www.symbianku.com adliayob

    Pakcik Lan,
    Marilah kita doakan peserta-peserta MCC ini berjaya mencipta ‘killer apps’ untuk masa depan! Macam seminar MCC di bandar-bandar lain jugak, student ‘tionghua’ menguasai 75 peratus tempat duduk. :)

  • mohd hashril

    ye marilah kita bersama sama doakan agar peserta2 mcc ni berjaya.go go go

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site