logo

Author Archive

09
Nov

[Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian, Pindah-Turun (DOWNLOAD), Tips Pengguna Symbian

Opera Software ASA yang berpengkalan di Oslo, Norway baru-baru ini telah mengeluarkan versi naik-taraf (upgrade) terhadap kedua-dua pelayar web popular Symbian iaitu Opera Mobile versi 11.5 dan Opera Mini versi 6.5 Untuk mendapatkan perisian ini, anda cuma perlu ke http://m.opera.com dari mana-mana pelayar web telefon Symbian anda, atau anda juga boleh terus memindahturun fail SIS dari ...

09
Nov

Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!

Written by adliayob. Posted in Cakap-Cakap Symbian, Desas-Desus

1. Artikel ini telah diterbitkan dengan kerjasama salah seorang 'beta-tester' unit prototaip Symbian di Malaysia. Secara kebetulan, beliau juga merupakan pembaca dan pengikut setia SymbianKu.com 2. Satu saja nasihat: Kumpullah duit dari sekarang! 2. Spesifikasi? Hebat. Cukup kalau saya katakan yang keupayaan Nokia N8 sekarang ini ternampak kerdil. 3. CBD IPS Screen, FM Transmitter, NFC, WiFi 'N', Bluetooth ...

05
Nov

UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian, Review: Software, Tips Pengguna Symbian

1. Kalau 5 tahun dahulu (tahun 2006) apabila seseorang melayan internet pada skrin telefon bimbit memang kelihatan janggal dan hebat. Jika ada orang kiri-kanan yang melihat aktiviti anda, pasti mulutnya ternganga! Maklum sahajalah pada waktu itu, teknologi internet seperti WLAN dan 3G/HSDPA belum lagi masuk ke aliran utama teknologi mudahalih. 2. Telefon Symbian paling hebat pada ...

02
Nov

SymPaper Untuk Si Ulat Buku

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian, Review: Software, Tips Pengguna Symbian

1. Senarionya begini, anda meminjam komputer kawan, kemudian terus menggunakan 'Firefox' dan mencari berita-berita yang menarik pada hari ini. Katakanlah yang anda sentiasa menyemak laman-laman web seperti SymbianKu, Amanz, GSMarena, AllAboutSymbian, i-Symbian & Symbian-Freak. Setiap laman yang saya sebutkan biasanya menghidangkan artikel yang panjang dan anda telah telahpun membuka 'tab' untuk membaca sekali-imbas beberapa artikel ...

01
Nov

SymbianKu: Dari 2008 Hingga Kini, Apa Sumbangannya Terhadap Masyarakat?

Written by adliayob. Posted in Cakap-Cakap Symbian

1. Alhamdulillah, SymbianKu.com - Blog Symbian Malaysia akan menyambut ulangtahun ke-4 pada Mei 2012 dan sehingga kini ia telah mencatat lebih 40,000 views sebulan berbanding sekitar 1,315 views sebulan pada tahun 2008. 2. Dalam tempoh 3 tahun ini, SymbianKu telah menjadi katalis terhadap perkembangan pengetahuan pembaca Bahasa Melayu dalam teknologi telefon bimbit di sekitar Nusantara. Empat ...

28
Oct

Cakap-Cakap: Toyota Dan Symbian

Written by adliayob. Posted in Cakap-Cakap Symbian

1. Hari ini saya dapat mengetahui tentang status tiga OS iaitu S40, BlueBeery OS dan Windows Phone Mango dalam ruang komentar Disqus laman SymbianKu.com, sedang hangat diperdebatkan. Sesungguhnya saya sangat suka dan teruja akibat perkembangan positif ini dimana orang melayu di Malaysia seakan-akan baru bangun dari tidur yang panjang. Setelah berhibernasi selama 10 tahun didalam ...

19
Oct

Tutorial: Symbian & PowerPoint Lagi!

Written by adliayob. Posted in Tips Pengguna Symbian, Tutorial Symbian

Hari ini merupakan hari ke-3 saya di Kuala Lumpur. Kerja kali ini berat dan mencabar. Saya perlu merakam video seorang tokoh masyarakat yang mana hasil rakaman ini bakal dipersembahkan kepada Perdana Menteri! Ini bukan kerja main-main. Skrip sudah pun siap. Rakaman kali ini berlatarbelakangkan skrin hijau. Masalahnya, bagaimana pula untuk 'Datuk' ni membaca skrip? perlukah saya ...

29
Sep

Simpan Data Telefon Anda Di Everdroid (Mobical.net)

Written by adliayob. Posted in Masalah-Masalah Symbian, Tips Pengguna Symbian, Tutorial Symbian

1. Kejadian telefon 'gila' , 'sewel', 'keras/pegun' dan bermain-main 'on-off' tanpa henti amat mengundang kemarahan kepada sesiapa pun. Namun, kepada pengguna bijak yang memilih Symbian selaku telefon bimbit utamanya, ia bukanlah satu masalah sebenar kerana umum mengetahui dengan hanya berbekalkan pindah-turun 'firmware' baru dan kabel USB - 10 minit kemudian telefon tersebut akan kembali seperti ...

27
Sep

Qt 201: Bahagian #1 – Qt Untuk Symbian

Written by adliayob. Posted in Tutorial Symbian

Pendahuluan - Dilema Pembangunan Di Nokia. Ianya bermula pada tahun 2007. Disepanjang tahun itu, jurutera Nokia menghadapi masalah untuk mencari satu kaedah supaya tiga platform utama mereka (iaitu S60 (Symbian), Maemo dan S40) dapat 'disatukan' kerana untuk membangunkan perisian, jurutera terpaksa menggunakan 'development tools' yang berbeza. Ambil S60 sebagai contoh - ia berasaskan C++. Maka untuk ...

18
Sep

Cakap-Cakap: Satu Hari Di Hari Raya

Written by adliayob. Posted in Cakap-Cakap Symbian

Seorang rakan lama (En. Ujang) telah bertemu dengan saya pada hari raya ke-3 baru-baru ini. Oleh sebab tiada topik yang hangat untuk diumpat, maka berlakulah dialog ini. Ujang : Adli, aku ada RM1400 sekarang. Rasanya nak beli Samsung Galaxy S sebab sekarang dah murah sikit. Apa kau rasa? Oren? Adli : Oh. Yang mana satu? Yang AMOLED ...

28
Jun

SymbianKu dan MeeGoKu Bersatu? Sila Komen.

Written by adliayob. Posted in Berita Symbianku

Baru-baru ini, Nokia telah mengumumkan telefon MeeGo yang terkini iaitu Nokia N9 dan N950. Kedua-dua telefon ini tidak mendapat layanan di Blog Symbian Malaysia hanya disebabkan ia bukan dibina berasaskan sistem operasi Symbian. Yang menghairankan, ia juga tidak disiarkan di Blog MeeGo Malaysia (MeeGoKu.com) dan carian Google mengatakan yang blog tersebut tidak wujud sama sekali. Kami, ...

28
Jun

Nokia T7-00 Dan 702T Diperkenalkan Untuk Pasaran China.

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian

Nokia dengan kerjasama syarikat China Mobile baru-baru ini telah mengumumkan 2 model terkini Symbian^3 untuk pasaran China iaitu T7-00 dan 702T. Kedua-dua telefon ini menggunakan spektrum TD-SCDMA (3G China). Nokia T7-00 direkabentuk serupa dengan N8 tetapi hanya dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel full-focus sahaja manakala 702T sebenarnya adalah variasi Nokia E6 untuk spektrum TD-SCDMA. Kedua-dua telefon ...

28
Jun

Fujitsu F-022 Telah Mula Dijual Di China.

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian

Pada tanggal 16 JUN 2011 (khamis) yang lalu, Fujitsu telah mengumumkan sebuah model telefon Symbian^3 jenis lipat (clamshell) untuk pasaran Negara China iaitu F-022. Ia bakal memasuki pasaran pada 24 Jun pada 'telco' Beijing Digital Telecom (atau lebih dikenali dengan D-Phone). Telefon ini disasarkan untuk pengguna wanita dan direkabentuk dengan motif 'fesyen kontemporari' siap dengan permata ...

27
Jun

Tolong! Drive C: Pada Telefon Dah Penuh!

Written by adliayob. Posted in Tips Pengguna Symbian, Tutorial Symbian

Saya tahu bahawa majoriti pengguna telefon N97 dan Samsung i8910HD mengalami masalah ini. Bukan setakat dua telefon itu sahaja, bahkan kesemua telefon Symbian^1 & Symbian^3 (Yaa!!! Termasuk Nokia N8) turut mengalami masalah yang sama. Macam satu perkara yang pelik juga, kerana 'Drive C:' yang besar (contohnya 82Mb) pada hari pertama anda menggunakan telefon TIBA-TIBA mengecil kepada ...

04
Jun

[Video] – Prapandang Eksklusif Nokia E6, X7 & Symbian Anna di Kuala Lumpur

Written by adliayob. Posted in Berita Symbianku, Cakap-Cakap Symbian, Featured

27 Mei 2011 - Symbianku.com sekali lagi diberikan penghormatan untuk menjayakan (preview) 'Prapandang Eksklusif' Nokia E6, Nokia X7 dan Symbian Anna (Symbian^3 yang terkini) di sebuah restoran di Damansara Kuala Lumpur. Pada majlis penting itu, kakitangan Fleishman Hillard (yang merupakan PR kepada Nokia Malaysia) dan 'orang-orang kuat' Nokia Malaysia (seperti En. Glen & Hazel) memperkenalkan ...

06
May

Nokia E7 Ditabal Telefon Mudahalih Terbaik Indonesia

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian, Cakap-Cakap Symbian

Jakarta, 27 April 2011 - Nokia E7 yang merupakan peranti Symbian^3 khusus untuk ahli perniagaan dan professional telah dipilih sebagai 'Telefon Terbaik 2011' dalam majlis 'Selular Award' kali ke-8. Selular Award telah diperkenalkan untuk pertama kali di Indonesia pada tahun 2004 dan ia setaraf dengan 'GoMobile Award Malaysia'. Majlis ini telah diadakan pada rabu 27 ...

28
Apr

[Video] – Twitter Pada Symbian

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian, Cakap-Cakap Symbian

Apa beza Facebook dengan Twitter? tanya seorang rakan sedang saya sibuk menikmati roti canai garing di sebuah kedai makan. Dari raut mukanya, nampak gaya dia benar-benar ingin tahu. "Apa fasal?" tanya saya kembali. "Aku dah daftar akaun twitter, tapi tak fahamlah. Tak menarik pun! Banyak teks" dah saya agak pun, memang itulah masalah pengguna twitter baru. ...

27
Apr

[Video] Cakap-Cakap – Nokia X7

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian, Cakap-Cakap Symbian

Pada 12 April 2011 juga Nokia memperkenalkan X7 - sebuah peranti Symbian Anna (Symbian^3 PR2.0) yang difokuskan kepada peminat muzik dan hiburan. Ia sebenarnya merupakan kesinambungan kepada model sebelumnya iaitu X6. Nokia X7 kali ini didatangkan dengan rekabentuk 'unibody - stainless steel' dan menggunakan kaca 'Gorilla Glass'. Skrin X7 adalah sebesar 4.0 inci dengan resolusi ...

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site