logo

Apa itu Symbian?

what-symbian01

PENDAHULUAN.

Sebuah KOMPUTER hanya akan berfungsi apabila wujud 2 perkara iaitu HARDWARE dan SOFTWARE. Apabila salah satu antara elemen ini mengalami kerosakan – maka tergendalalah ‘SISTEM’ komputer tersebut.

‘SYSTEM’ yang dimaksudkan adalah ‘orang tengah’ untuk menyebabkan kedua-dua elemen (hardware & software) tadi berfungsi. ‘Orang tengah’ ini dinamakan OS (Operating System) atau dalam Bahasa Melayunya ‘Sistem Operasi’.

Contoh Sistem Operasi yang popular pada komputer adalah Microsoft WINDOWS XP. Windows XP merupakan ‘polis’ yang menjaga setiap aliran keluar-masuk data, keserasian & perhubungan antara hardware-software dan pelbagai tugasan kritikal lain. Dengan itu, OS Windows XP mestilah dijaga dengan rapi. Jika ia rosak, masalah seperti ‘hang’, ‘bluescreen’, ‘tidak dapat masuk windows’, ‘tidak boleh print’ dan pelbagai masalah lain akan wujud.

Sejak dari tahun 1984 lagi, manusia telah berfikir dan telah menghasilkan beberapa OS yang universal untuk dimasukkan kepada lain-lain alat yang berkomputer. Maka terhasilah alat-alat kecil ‘berkomputer’ seperti laptop, notebook, palm-top device dan telefon bimbit.

Pada tahun 1998 lahir sebuah Sistem Operasi UNIVERSAL untuk telefon bimbit yang dikenali sebagai SYMBIAN (Symbian Operating System). OS Symbian ini dipasang terus ke dalam model-model telefon bimbit keluaran Nokia, Sony Ericsson, Samsung, LG, Motorola dan lain-lain pengeluar.

Target atau objektif penciptaan SYMBIAN adalah supaya suatu hari nanti, semua telefon bimbit tidak mengira jenama – akan berfungsi dalam satu ‘sistem’, sama seperti laptop sekarang yang rata-rata berfungsi pada OS Windows XP.

SISTEM OPERASI SYMBIAN.

SYMBIAN adalah sejenis OPERATING SYSTEM (OS) yang dipasangkan ke dalam model-model telefon terpilih dan telefon Symbian adalah sejenis komputer. Ini bermaksud bukan semua telefon adalah telefon Symbian DAN Symbian tidak dipasang pada jenama NOKIA sahaja!

Sebagai contoh, ada 2 laptop berlainan jenama iaitu ACER dan COMPAQ. Anda bebas untuk membeli mana-mana jenama ini. Tetapi, sebaik anda menghidupkan laptop – jelas menunjukkan yang kedua-dua jenama DIPASANG DENGAN OS YANG SAMA IAITU WINDOWS XP.

Begitu juga keadaannya pada 2 model telefon dibawah ini, iaitu NOKIA N95 dan SAMSUNG i450. Sebaik anda menghidupkan kedua-duanya – anda akan terkejut kerana sistem menu, messaging, setting, profiles dan lain-lain adalah SAMA!. Ini berlaku kerana kedua-duanya dipasangkan dengan OS SYMBIAN. Dengan itu, secara automatik – jika anda memasang satu perisian luar kepada N95, maka ia juga boleh dipasangkan kepada G810 tadi.

System Operasi SYMBIAN telah berusia 10 tahun. Namun akibat berselindung disebalik jenama dan model telefon, maka ‘nama’ Symbian tidak begitu dikenali.

what-symbian03

KELEBIHAN SYMBIAN.

Apabila anda memiliki sebuah telefon Symbian, anda seolah-olah memegang sebuah komputer di tapak tangan. Berbanding dengan telefon lain, telefon Symbian boleh beroperasi melebihi sebuah telefon.

Dua perbezaan ketara telefon Symbian berbanding telefon biasa yang lain adalah keupayaan ‘Third-Party Software Installation’ dan ‘Multitasking’ sama seperti sebuah komputer.

‘Third-Party Software Installation’ adalah kebolehan untuk memasang perisian pengeluar lain setelah telefon dibeli. Sebagai contoh, telefon N73 tidak dibekalkan dengan perisian ‘Wordmate’ sebaik anda membelinya, TETAPI perisian ini boleh dipasangkan kepada telefon anda. Menariknya ‘Worldmate’ bukanlah dibuat atau dicipta oleh NOKIA. Untuk pemahaman yang lebih jelas, katakanlah anda memiliki sebuah laptop (dengan OS Windows XP), anda boleh memasang perisian ‘Adobe Photoshop’ kepada laptop walaupun ‘Photoshop’ bukan dikeluarkan oleh syarikat Microsoft. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘Third-Party Software Installation’.

‘Multitasking’ adalah keupayaan menjanakan (membuka) banyak perisian dalam satu keadaan. Sama seperti WINDOWS XP, telefon Symbian boleh membuka (atau menjalankan) banyak perisian dalam satu masa. Untuk pemahaman yang lebih jelas, sewaktu anda menaip satu dokumen dengan MIcrosoft Word pada komputer anda, anda juga boleh melayari internet (Internet Explorer), memainkan WINAMP, meng’edit’ foto dengan Photoshop dan membuka ‘calculator’ dalam satu masa dengan serentak. Mengapa ini terjadi? kerana OS Windows XP akan mengagihkan kuasa CPU dan RAM untuk menyokong setiap perisian yang anda buka. Dalam kes ini – 5 program telah dijalankan serentak (Word, IE, Winamp, Photoshop, Calculator) dan komputer anda masih lagi berupaya ‘melayan’ setiap keadaan tanpa sebarang masalah.

Telefon Symbian juga begitu – anda boleh membuka (atau menjalankan) banyak perisian dalam satu masa. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘Multitasking’ tadi.

Selain dari 2 keupayaan ini, banyak lagi yang boleh dilaksanakan oleh telefon Symbian. Lihat carta dibawah ini:

what-symbian02

Yang membezakan antara sebuah komputer dan telefon Symbian hanya 2 faktor iaitu ‘Meningkatkan keupayaan hardware’ dan ‘Menukar Sistem Operasi’. Ini kerana harware dan OS sebuah telefon Symbian TELAH DITENTUKAN, DIPASANG DAN DIPATERI sebelum ia terjual dipasaran. Jika RAM komputer boleh ditambah kapasitinya, RAM telefon Symbian tidak dapat berbuat demikian. Begitu juga jika anda sudah muak dengan Windows XP pada komputer anda, anda boleh menukarkannya kepada LINUX: UBUNTU – tetapi tidak pada telefon Symbian.

BUKAN SEMUA TELEFON DIPASANG DENGAN OS SYMBIAN.




Sebagaimana komputer, terdapat banyak OS dipasaran telefon. Selain Symbian – Windows Mobile, Palm OS, Apple MAC-OSX, Rim BlackBerry, Linux, Brew dan Android merupakan pesaing kepada Symbian. Apabila salah satu OS ini dipasang pada sesuatu telefon – maka telefon tersebut dikenali sebagai ‘SMARTPHONE’.

Walaupun banyak OS telefon dipasaran, SYMBIAN merupakan OS NOMBOR SATU di dunia telefon bimbit.

Kebanyakkan model-model (BUKAN SEMUA!) dari syarikat Nokia, Samsung, Sony Ericsson, Motorola dan LG dipasang dengan OS Symbian. Bagaimanapun, anda PERLU MENYEMAK model-model telefon ini pada halaman MODEL-MODEL TELEFON SYMBIAN yang berada di menu sebelah KANAN blog ini. Jika anda dapati telefon anda TIDAK BERADA dalam senarai tersebut – maka telefon anda bukanlah telefon Symbian. Senarai ini sentiasa dikemaskini oleh petugas blog ini dari masa-ke-semasa.

Selain dari 5 syarikat terkemuka tadi, syarikat-syarikat seperti Panasonic, Siemens, Sendo, Arima, Lenovo dan BenQ juga mengeluarkan telefon Symbian masing-masing.

Apabila anda menggunakan telefon Symbian, maka persoalan jenama tidaklah penting kepada anda. Lebih dari itu anda akan mula mempersoalkan tentang software/ games/ themes yang boleh dipasang untuk meningkatkan ciri-ciri telefon anda! Pengguna symbian tidak pernah merasa bosan pada telefonnya kerana terdapat beribu-ribu perisian tambahan dipasaran dan ia bertambah setiap tahun.

Selamat datang ke alam masa depan telefon – SYMBIAN OPERATING SYSTEM!

banner-anim0

  • http://yahoo.com norseman

    Hai,

    Dah beli SE C905 dan pernah guna Nokia 6680, 6288 dan 6500slide, baru sekarang baru dengar tentang SYMBIAN.Terima kasih atas maklumat2 dalam blog tuan ini.

  • http://salam.. eg slumber

    saya cr maklumat utk buat assignment sya, thanxx kpd penulis krn sye bole tau sdkt sbyk ttg dunia teknologi, scr jujur sy cetek pengetahuan dlm teknologi, sye sbgai student universiti tempatan yg mengambil jurusan perniagaan yng tidak banyak pendedahan ttg teknologi,sbagai insan yg ingin maju, pengetahuan teknologi harus seiring dengan kehidupan seharian,

  • http://tinyurl.com/makemypcfaster Michael Tim

    I love your site!

    _____________________
    Experiencing a slow PC recently? Fix it now!

  • http://www.shamelinbiz4u.com isz@shamelinbiz4u.com

    huhu

  • Mohd Shahrul

    Ramai kawan2 saya takut menggunakan hp symbian kerana masalah virus walaupun saya dah terangkan kat mereka yg hp symbian bkn hp biasa yg mereka guna. Nasib baik s60 v3 9.1 dan keatas masih kebal drpd virus.

  • wanz

    blog yg sgt padat dengan informasi…
    sebenarnya masih ramai pengguna hp yg tak tahu kelebihan hp mereka…
    O.S pun mereka x tahu ape kebendanya..

  • AZEEM

    bende yg aku suke pasal hp symbian ni ialah masalah virus sbb bile kena virus senang jer nk hapuskn virus tu….
    Ambik contoh, Virus CommWarrior, jikalau muncul prkataan ini di operator logo slalunye ianye dlm bentuk gmbr, berwarna bijau & perkataan dia tulis ” This phone is infected by CommWarrior “. Ape susah,

    1* Jangan panik
    2* Jangan telefon hospital,doktor,tok kadi,panggil imam dtg rumah & sebagainya………
    3* Hp yg dijangkiti oleh virus CommWarrior selalu dah tak boleh nk bwat ape2 lagikn?
    4* Ambil hp pegi kat Homescreen then tekan ni butang ni… (tekan secara serentak: * , Green call button, 3, tekan lame-lame…pas tu baru switch on)…..smpai dia kluar ” Select your country ” (selalunyer hp nokia je yg akan kluar)
    5* Lepas tu lepas la jari2 tu semua then setup balik masa,tarikh,negara & blah,blah,blah……..
    6* Lepas dh buat sume tu… hp dh pulih drp virus. Perkataan tadi ” This phone is infected by CommWarrior ” dh hilang & dia akan terpampang operator hp anda macam MY MAXIS, MY CELCOM, DIGI,Umobile
    7* Hp anda dlm keadaan asal semua barang anda seperti contacts,mesej,notes, software,application semua segale-galenye……. bende akan hilang selepas melakukan proses hard reset tadi
    8* Kenape sebelum buat proses ni td tak back-up data dulu kat memory card atau PC? Ini disebabkan jika anda membuat back-up data semua bende akan disimpan selamat termasuklah VIRUS TADI !
    9* Hp anda dah pulih…!!!! HAPPY LAH!!!!

    PERINGATAN!
    * Proses ini hanya akan BERJAYA jika dilakukan di hp symbian sahaja, OS lain pegi jahanam la
    * Proses ini juga hanya akan BERJAYA jika anda menggunakan Symbian S60 version 1,2,3 (ape2 feature pack sekali pun)
    * Proses ini adalah tidak akan berhasil sama sekali jika anda menggunakan hp Symbian S60 5th edition. ( Memang la, cuba pikir logik S60 5th touch phone mane ade keypad, yg ade hanye 3 butang jer…)

    SELAMAT MENTORAY………….

  • Azeem

    Bang bleh tanyer tak? Beza antara Symbian dgn Android hape dier?

  • http://www.symbianku.com/cakap-cakap-operating-system-symbian/ Cakap-cakap: Operating System? Symbian? | SymbianKu

    [...] Apa itu Symbian? Cakap-cakap: Operating System? Symbian?March 1st, 2010 by adliayob [...]

  • diza

    sy br gne hp nokia n97 mini..cmne sy nk tau kelebihan hp nie ek..sy bknnye expert pape tntg hp ni..hrp dpt mbntu sy.. :)

  • adliayob

    @Diza,

    Untuk menjadi expert dalam menggunakan N97 mini, baca, telaah, gali, rujuk dan 'search' segala yang ada dalam blog ini. Kerana ini adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia – dalam Bahasa Melayu!

    Selamat datang ke alam Symbian, Selamat datang ke Symbianku.com

  • micha michu

    mmg best la blog ni…byk maklumat berguna..tukar henpon pn sng dh skrg..dh taw function mana yg plg ok…skrg dh guna hp vivaz pro..tima kaseh tuan umah….

  • Faiz_rmcf

    nice blog..sgt3 brguna n brmanfaat.truskan usaha :)

  • Izzcollection

    yer sememangnya saya peminat setia symbian semenjak 2003 dan sekrang yg paling saya suka pada phone symbian ialah skype.. call je dgn percuma.. saya menggunakan nokia N82 dan carilah skype dalam getjar.. anda pasti akan jumpa.. masukkan pula kad sim brooadband atau guna je wifi.. bila berjalan kat pasaraya call je lama lama.. dan 1 lagi ialah garmin GPS yg niu memang selalu guna masa memandu.. tahniah symbian.. android pun belum ada turn by turn GPS kat malaysia

  • azizy

    selama ini saya tidak tahu apa itu symbian,setelah saya baca di blog anda baru lah saya tahu apa maksud symbian…terima kasih info yang sangat berguna,,,lepas ini saya akan cuba guna telefon symbian..bagaimana kalau nokia c6-01?ok ke

  • http://www.symbianku.com/samsung-i8910hd-lawan-nokia-n8-%e2%80%93-pusingan-akhir/ Samsung i8910HD lawan Nokia N8 – Pusingan Akhir. | SymbianKu

    [...] Apa itu Symbian? Samsung i8910HD lawan Nokia N8 – Pusingan Akhir.January 18th, 2011 by adliayob [...]

  • Anonymous

    Saya cadangkan Nokia C6-01 untuk anda. Sila ikuti 4 siri artikel ‘Samsung i8910HD lawan Nokia N8′ di blog ini untuk mencari jawapan.

    Memang C5-03 murah, tetapi untuk jangkamasa panjang, saya kirakan kurang berbaloi.

  • http://pulse.yahoo.com/_AP3TBI6ORAJL4XEK5OBLUJAY5M ska

    as salam,sya sebnarnya konius dgn hp sony ericsson vivaz u5 ne..sya cuba buka gps tp xbleh la..dah bekali2sya try tp masih jg x dpat,tuan blogger mcm mn ka caranya menggunakan garmin ini ya..perlu ka sya downloadnya..bg tunjuk ajar sbab sya bru sj mmbelinya mggu lalu dan masih tdk tahu cra menggunakannya

  • Anonymous

    @ska,

    Macamana saya nak membantu anda sedangkan email address anda pun tidak diberikan? Kalau nak belajar, biarlah jujur. Buat apa nak takut…. kan?

  • Anonymous

    @Ryen,

    Mula-mula buat search dulu pada Symbianku.com. Then, cuba kenali dan belajar cara menggunakan Symbian^1. Untuk GPS pula, saya yakin telefon tersebut telah dipasangkan ‘WisePilot’. Selain itu Google Maps juga boleh dipindah-turun dan dipasangkan kepada Vivaz. Tentang Garmin, belajarlah sendiri dengan cara ‘explore’ blog ini. Topik GPS ni dah 2 tahun kami bincangkan di sini. Kalau tak faham jugak, tanyalah pakcik google atau kawan-kawan anda.

  • gingerbread

    Android os is MUCH better than symbian n that’s the fact. the N8 (symbian^3) is a disappointing product. BELIEVE ME!

  • Anonymous

    @gingerbread,

    I believe Android OS is great for you. And this blog is for the Symbian user of Malaysia. I encourage you and your friends to establish a ‘Blog Android Malaysia’ IN MALAY LANGUAGE for the greater benefit of Malaysian since 60% of Malaysians are Malay hence their mother-tongue language is also Malay.

    Make no mistake that we (Symbianku) are not directly associate with Symbian Foundation or Nokia. But we are here to educate our poor brotherhood of Malays in telecommunication technologies and we find that Symbian OS is a better choice for us.

    For your information, Symbian OS is the oldest OS for smartphones and can be operated with low-level requirements, even with 4Mb of RAM. It is the true multitasking OS and can handled more than 60 applications simultaneously. And it was written from scratch to be the ‘engine’ of a Smartphones rather than a merely ‘distro-tweeked’ LINUX/UNIX OS that users now called ‘Web-OS’, ‘iOS’, and ‘Android’.

    Symbian is good for us, and should you want to establish a new ‘Blog Android Malaysia’ please don’t hesitate to email or call us. We are more than happy to assist you in the process of getting it up.

    - Adliayob
    - Founder, Blog Symbian Malaysia.

  • http://twitter.com/MELAYUsion Safwan Shari

    Ada ura-ura mengatakan Nokia akan menghentikan pembangunan Symbian dan akan bekerjasama dengan Microsoft bagi menggunakan WP7. Apa pendapat En.Adliayob dalam perkembangan ini. Mungkinkah Symbian diberhentikan pembangunannya dan Nokia akan mengunapakai WP7 ataupun Android?..Bagaimana pula nasib Meego?..

    Source: http://amanz.my/2011/02/platform-pilihan-nokia-bakal-diumumkan-jumaat-ini/

  • http://twitter.com/MELAYUsion Safwan Shari

    Peminat2 Symbian dan Nokia, anda harus baca artikel ini. Ini merupakan memo daripada Stephen Elop, CEO Nokia…http://www.soyacincau.com/2011/02/09/stephen-elops-memo-to-nokia-is-an-eye-opener/

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @safwan shari

    1. kita semua dianugerahkan dengan otak oleh Allah SWT supaya kita boleh berfikir dan menganalisa. sekiranya kita tidak menggunakan otak kita, maka kita menjadi makhluk yang rugi.

    2. berkenaan dengan memo Yang dikatakan ditulis oleh Stephen Elop (Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Nokia) tersebut, adakah anda benar-benar percaya bahawa ia benar-benar ditulis oleh Stephen Elop? Ada bukti?

    3. Nokia sendiri, sehingga sekarang, masih belum mengeluarkan kenyataan untuk menafikan atau mengiakan memo tersebut.

    4. Dikatakan, bahawa memo tersebut telah diterbitkan oleh Stephen Elop dalam blog beliau. Persoalannya, ada link ke blog tersebut?

    5. Juga, jangan lupa siapakah yang mula-mula sekali menerbitkan memo tersebut. Bukan Soya Cincau, tetapi ia mula diterbitkan dan disebarkan oleh Engadget : http://www.engadget.com/2011/02/08/nokia-ceo-stephen-elop-rallies-troops-in-brutally-honest-burnin/

    6. Anda kenal siapa Engadget dan bagaimana sentimen mereka terhadap Nokia, Symbian serta teknologi yang bukan berasal dari Amerika?

    7. Juga, sudahkah anda membacaanalisa dari Tomi Ahonen berkenaan memo tersebut? http://www.typepad.com/services/trackback/6a00e0097e337c88330148c879eec7970c

    8. Jadi, tolonglah, gunakan otak anda. Jangan percaya semua perkara yang anda baca di internet.

    Peace!

    Asri al-Baker

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @safwan shari

    1. Apa makna perkataan ura-ura?

    2. Sudahkah Nokia membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini?

    3. Jangan memandai membuat kesimpulan bahawa Nokia akan memberhentikan pembangunan Symbian dan MeeGo hanya kerana ada ura-ura.

    4. Berfikirlah menggunakan otak wahai anak bangsaku…

    Asri al-Baker

  • L4N

    With all due respect, speak for yourself..been using android for five months..bores the cr*p out of me..

  • L4N

    Kalau pun betul, akan ku terima dgn hati terbuka..tp seriously N8 best..gila best..mana nk cari pengganti kalau Symbian xde :(

  • shinpeng

    sah nokia menggantikan symbian kepada windows phone 7 sebagai primary smartphone diorang…………..Symbian akan menjadi franchise platform. apa komen korang semua. macam tragedi ngeri je…….. baru sambar N8 ni

  • http://twitter.com/MELAYUsion Safwan Shari

    Secara short-term, symbian xkan mati..mcm Stephen Elop ckp la..tp dr segi long-term, sayonara la symbian..

  • Ajibfame

    klu la nokia buat hp cam ngage dlu2, mesty best..

  • Zammanni

    symbian OS perlu meningkat versi nya setanding android yang semakin diminati

  • Rizuan

    Info yg menarik…

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site