Apa Isi Beg Galas Saya?
Saya memiliki sebuah beg galas berjenama DIKOTA berwarna hitam campur kelabu dan sudah 5 tahun saya menggunakannya. Saya membelinya pada tahun 2004 di KLCC dengan harga diskaun RM199. Harga asalnya ialah RM399 pada masa itu. Beg galas ini telah mengikut saya ke London, Singapore, Sabah, Sarawak dan banyak tempat lagi di dalam negara.


Buatannya sangat kemas dan jahitannya memang tegap. Setelah 5 tahun menggunakannya, sekarang beg galas ini sudah mula menunjukkan tanda-tanda uzur seperti tali sebelah kanan yang sudah hampir putus (tapi masih belum putus) dan warnanya sekarang agak pudar, serta berlubang di sana sini.

Walaubagaimanapun, saya masih setia menggunakannya setiap hari sebagai sebuah “kontena” dan membawanya kemana sahaja saya pergi kerana ia masih kuat dan lasak serta membolehkan saya mengangkut pelbagai barangan keperluan saya seperti yang akan saya nyatakan sebentar lagi.
1. Asus EeePC 1000HE berwarna Hitam
Inilah nyawa dan jiwa saya. Ia bukan sekadar sebuah komputer riba yang padat dan boleh dibawa kemana sahaja saya pergi tetapi ia juga menyimpan banyak data saya yang penting. Dengan kemampuan baterinya bertahan sehingga 8-9 jam jika digunakan berterusan, 2GB RAM serta cakera keras 160GB, ia sememangnya sebuah pusat hiburan, peralatan kerja dan teman peribadi saya yang paling saya sayangi ketika ini.

Saya menggunakan Crunchbang Linux 9.04.1 Lite (#!), iaitu sebuah distro Ubuntu yang lebih laju dan lebih ringan serta berkuasa.
Paduan kuasa Asus EeePC 1000HE dan #! Crunchbang Linux memberikan saya satu pengalaman dunia komputer yang baru dan tidak memeningkan kepala. Yang paling penting, saya mampu melaksanakan tugas-tugas dengan baik.
Untuk menjaga keadaan kekasih hati saya ini, saya sentiasa membungkusnya dalam sarung PVC yang didatangkan khas bersamanya. Dan ada ketikanya saya akan membersihkan laptop ini menggunakan kain lembut dan juga spray alcohol untuk membuang kesan kotoran degil dan habuk.
2. Buku Latihan dan Buku Kerja
Inilah dia antara penyelamat keadaan. Walaupun sekarang ni zaman dah canggih dan boleh dikatakan banyak bende yang mudah digunakan secara digital, tetapi ada perkara yang saya lebih suka gunakan cara “sekolah lama” iaitu menggunakan kertas dan pen.

Saya boleh menconteng segala idea yang terlintas di dalam benak saya diatas kertas tanpa risau ia akan hilang atau korup. Dan untuk lebih membuatkan kerja-kerja saya lebih effisien, saya membahagikan projek-projek saya kepada beberapa buah buku. Satu buku satu projek.

Kosnya murah dan ia amat berkesan untuk saya melaksanakan kerja tanpa pening kepala. Setiap pagi, perkara pertama yang saya buat apabila sampai di opis saya ialah membuka buku-buku ini dan menulis perkara-perkara yang MESTI disiapkan untuk hari tersebut dan saya MEWAJIBKAN diri saya untuk mengikut segala yang saya tuliskan itu.
3. Pengecas bateri (battery charger)
Ada 2 pengecas bateri yang sentiasa saya bawa kemana-mana di dalam beg galas saya ini. Iaitu charger untuk laptop Asus EeePC 1000HE dan juga charger untuk Nokia E52.

4. Speaker Orbit (Altec Lansing)
Inilah dia yang dikatakan “kecil-kecil cili api”. Walaupun saiznya kecil, speaker Orbit ini memang mengagumkan. Ia memiliki plug 3.5mm yang boleh dicucuk kemana-mana peralatan yang memiliki audio out 3.5mm dan ia mendapat tenaga dari 3 biji bateri AAA.

Setiap kali saya menggunakan speaker ini untuk mendengar lagu dari E52 atau Asus saya, ramai yang akan berkata “POWER SIOL SOUND DIA!!!”.
*** Terima kasih banyak kepada Incik Adli Ayob yang telah meracun saya untuk membeli speaker Orbit ni. Aku tak menyesal… Memang best!!!
5. Kunci Kereta dan Kunci Pejabat serta Pemotong Kuku
Tak payah cerita kot… Sebab semua orang tahu kan apa dia itu kunci kereta, kunci pejabat dan pemotong kuku? Kan?

6. Beberapa buah pemetik api dengan Marlboro Light 14
Sebagai seorang perokok tegar, saya sentiasa membawa beberapa buah pemetik api kemana-mana kerana adakalanya saya akan tertinggal pemetik api yang saya gunakan. Ada juga masanya orang lain akan “sekau” pemetik api dan masuk dalam poket mereka tanpa disedari. Oleh sebab perangai kebanyakan kengkawan waya yang amat terpuji itu, maka adalah penting untuk saya memiliki stok pemetik api dalam jarak yang berdekatan supaya saya mudah menyedut oksigen berjenama itu.
Jenama membunuh diri kegemaran saya ialah Marlboro Light 14. Dah bertahun-tahun saya layan dan buat masa ni tak bercadang untuk tukar jenama lagi laaa….
7. Kad Bisnes didalam Kotak
Kotak kecil ini mengandungi bisnes kad syarikat saya untuk diberikan kepada orang-orang yang baru saya kenali di dalam mesyuarat. Kotak ini juga menyimpan kad bisnes orang lain yang saya terima.
8. Sebuah pouch berjenama Eiger
Pouch ni memang amat berguna kerana ia boleh memuatkan pelbagai barangan kecil dan ada ketikanya saya tidak membawa beg galas, saya akan hanya membawa pouch ini sahaja.

Didalam pouch ini, ada beberapa bende penting yang saya perlukan iaitu :
- Cakera Keras Tambahan 80 GB (USB 2.0) – Disinilah saya menyimpan data-data seperti photo keluarga, video keluarga, video-video dan filem-filem kegemaran serta fail-fail backup untuk saya kongsi dengan komputer lain apabila diperlukan. Memanglah 80GB tu bukan banyak pun, tapi Asus EeePC saya dah ada 160GB, campur dengan 80GB ni dah jadi 240GB. Banyak tu!
- Thumbdrive SanDisk 4GB
- Thumbdrive Nokia OVI 2GB
- 3 biji bateri AAA Energizer untuk backup kalau-kalau bateri speaker Orbit tu habis
- WiFi USB Dongle berjenama Aztech. Berguna untuk troubleshooting komputer lama yang takde WiFi chip bina dalam
- Beberapa keping kad memori microSD dan miniSD dan SIM card yang tidak digunakan
- Adapter Memory Stick dan Memory Stick Duo
- Kabel MicroUSB untuk memindahkan data (boleh digunakan untuk banyak telefon)
- Charger converter untuk E52 (ia memudahkan proses mengecas bateri E52 dengan menggunakan charger Nokia yang lama)
- Sepasang earphones berjenama Sony




Amacam? OK tak?
Itulah dia tadi sedikit info yang saya ingin kongsikan bersama pembaca-pembaca Symbianku yang budiman. Sehingga kini, saya memang amat suka menggunakan beg galas DIKOTA ini kerana ketahanan dan kelasakannya dan saya belum bercadang nak membeli beg galas yang baru untuk menggantikannya.

Apakah beg galas yang anda gunakan ketika ini? Boleh anda kongsikan bersama kami di Symbianku?

- Untuk Symbianku.com, Asri al-Baker
Related posts:
Trackback from your site.
-
min
-
http://www.uiqblog.com asri
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
http://www.uiqblog.com asri
-
TurboRun
-
ami
-
http://www.uiqblog.com asri
-
HISHAM
-
Lan
-
http://www.uiqblog.com asri
-
http://www.uiqblog.com asri
-
HISHAM
-
http://www.uiqblog.com asri
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
HISHAM
-
http://deleted TurboRun
-
http://www.uiqblog.com asri
-
lan
-
lan
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
lan
-
http://www.symbianku.com adliayob

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!