logo
21
Mar

Apa ada dalam komputer netbook Asus saya?

Written by asri. Posted in Featured


1005ha-snow-leopard-r.png
1. Saya sudah meninggalkan dunia perkomputeran Windows secara total semenjak 2007. Maksud saya secara total disini ialah saya tidak langsung menggunakan sistem operasi Windows dalam komputer peribadi yang saya miliki sendiri.

2. Segala-gala yang saya gunakan dalam dunia perkomputeran tidak bergantung kepada Windows. Dari kerja-kerja mudah seperti menaip kerja-kerja saya dan mendengar lagu hinggalah kerja-kerja yang agak kompleks seperti menukarkan format video serta mengedit video, semuanya saya lakukan tanpa bergantung langsung kepada Windows.

3. Segala-galanya bermula apabila saya merasa bosan menggunakan sistem operasi Windows XP kerana setiap 3 hingga 4 minggu sekali, saya perlu memadam segala data, melaksanakan kerja-kerja mem”format” cakera keras dan bermula semula dari kosong kerana dijangkiti virus jahat. Nasib baiklah ada satu teknologi yang digelar “Portable Application” yang memudahkan saya dan menjimatkan banyak masa saya kerana saya tidak perlu memasang perisian satu demi satu.

4. Namun, sampai bilakah saya mampu menahan kesabaran? Terlalu banyak masa saya yang terbuang dek kerana melayan karenah Windows.

Apple Mac OS 10.4 Tiger

5. Dengan sedikit bekalan simpanan yang saya ada pada waktu itu, saya membeli sebuah laptop Apple iBook G4 dari seorang sahabat dan bermulalah perjalanan saya ke alam dunia perkomputeran tanpa Windows.

6. Segala-galanya amat asing pada saya. Sistem operasi Mac OSX 10.4 Tiger amat berbeza dengan sistem Windows yang saya gunakan semenjak saya mengenali dunia komputer. Dari situ, saya teruskan kembara saya hingga akhirnya, saya menjadi pencinta Mac OSX 10.5 Leopard.

7. Tiada “Start” button, tiada Windows Explorer, tiada WIndows Media Player dan banyak lagi yang tiada di dalam kaca skrin komputer Mac OSX.

8. Walaubagaimanapun, saya amat berpuas hati menggunakan Mac OSX kerana masa yang digunakan dengan melaksanakan kerja-kerja saya tanpa diganggu. Tidak perlu lagi saya melaksanakan kerja-kerja rutin mem”format” cakera keras setiap 3 hingga 4 minggu sekali. Tidak perlu lagi saya memaki-hamun komputer saya kerana menjadi beku (hang) dan skrin bertukar menjadi biru. Kenapalah saya tidak menggunakan Apple Mac OSX dari dulu lagi?

Ubuntu Linux 8.04 Hardy Heron

9. Pada penghujung tahun 2008, kerana desakan hidup dan keperluan pada waktu itu, saya beralih pula kepada sesuatu yang amat berbeza sekali lagi. Kali ini, saya memberanikan diri mencuba sesuatu yang betul-betul asing. Itulah Linux.

10. Amat mengejutkan saya kerana Linux sudah menjadi begitu berkuasa dan tidak lagi perlu mengetahui arahan-arahan menggunakan Terminal. Segala-galanya kini amat mudah menggunakan Antaramuka Grafik dan Linux amat pantas!

11. Perkenalan saya dengan Ubuntu Linux banyak membuka mata saya dan membuatkan saya mencuba banyak lagi distro Linux seperti Crunchbang Linux, PupEEE, EeeBuntu, Ubuntu Netbook Remix dan yang paling saya gemari, Linux Mint.

12. Saya sudah hampir tidak dapat menggunakan Windows kerana apabila ada rakan-rakan yang menghantar laptop untuk dibetulkan, saya merasa amat benci dan menyampah dengan kelembapan dan kecelaruan yang dikenali sebagai Windows.

13. Linux membuka banyak dimensi baru dalam dunia perkomputeran saya. Dan saya tiada masalah untuk menggunakan Linux bersama telefon-telefon pintar Symbian saya kerana begitu mudah untuk memindahkan data menggunakan kabel USB ataupun melalui WiFi.

14. Jauh disudut hati saya, saya menyayangi Linux dan ingin bersama dengannya sampai bila bila tetapi ada satu perkara yang Linux masih tidak dapat berikan kepada saya iaitu “KEPUASAN”…

Mac OSX 10.6 Snow Leopard

15. Berbekalkan sebuah netbook Asus 1005HA (yang disedeqahkan oleh seorang hamba Allah kepada saya), yang pecah sebahagian skrinnya, saya memberanikan diri mencuba sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini, mengembara ke alam “Hackintosh”.

16. Ya! Tidak ada sistem operasi desktop yang memberi saya kepuasan sama seperti menggunakan Mac OSX. Dengan antaramukanya yang begitu konsisten, perisian-perisiannya yang berkualiti tinggi, falsafah “simplicity” dalam kepanggunaannya dan banyak lagi, saya memilih untuk kembali ke Mac OSX pada tahun 2010 ini.

17. Saya belum mampu lagi untuk membeli MacBook kerana harganya yang jauh dari bajet saya tetapi saya mampu menjadikan netbook Asus ini sebuah MacBook Mini.

18. Apa yang saya perlukan untuk menjalani kehidupan digital saya kini amat mudah dengan sistem operasi Snow Leopard.

19. Aplikasi dan perisian yang saya gunakan dalam Snow Leopard juga berjalan dengan amat lancar seperti :-
- Opera Internet Browser
- Safari Internet Browser
- iTunes (Pengurus dan pemain multimedia)
- iCal (Kalendar)
- iPhoto (Pengurus foto digital)
- iMovie 09
- Ecoute – Pemain muzik yang ringan
- MarsEdit – Klien Blog Desktop
- Microsoft Office 2008 for Mac
- Pathfinder (Pengurus Fail terhebat dalam semua pengurus fail yang pernah saya gunakan)
- Bento – Pengurus Pangkalan Data
- Tweetie – Untuk Twitter
- Cyberduck FTP – Klien FTP
- VisualHub – untuk menukar format video
- Transmission – Klien Bit-torrent
- Speed Download – Pengurus pindahturun terhebat
- ScreenFlow – untuk merakam aktiviti skrin
- Growl – notifikasi dalam sistem
- VLC – Pemain multimedia
- Perian – Codec untuk Quicktime X
- Carbon Copy Cloner – Backup
- Pixelmator – Untuk mengedit foto kegemaran
- ImageSmith – Untuk memproses foto
- CleanMyMac – Untuk membersihkan sampah sarap dan fail-fail yang tidak berguna
- Springy – Menguruskan ZIP dan RAR serta pelbagai format yang lain
- MacHacha – Menguruskan fail HJSplit
- Quicksilver – Pelancar perisian sepantas kilat

20. Dengan Mac OSX 10.6 Snow Leopard, saya merasa amat PUAS dan selesa serta tidak perlu pening kepala kerana data-data saya terpelihara, kerja-kerja saya menjadi pantas serta satu kehebatan yang tidak ada tolok bandingnya.

21. Ini kerana, berbeza dengan Linux, jauh sekali Windows, sistem operasi Mac OSX Snow Leopard terbukti berjalan dengan begitu baik sekali dalam komputer netbook Asus 1005HA yang dikuasakan oleh prosessor Atom 1.66 GHz serta 2 GB RAM dan cakera keras 250 GB. Multitasking menjadi begitu effisien, kestabilan memang terbukti dan yang paling saya berpuas hati ialah pilihan perisian-perisian yang banyak yang lengkap (bukan projek yang dibuat separuh hati) serta kebebasan minda daripada virus dan antaramuka yang anggun menawan. Mengakses internet juga menjadi satu perkara yang amat mudah dan pantas!

22. Sebagai contoh, dalam banyak-banyak perisian pengurus fail yang pernah saya gunakan dalam Windows, Linux dan Apple Mac OSX, pada pendapat saya, pengurus fail yang dinamakan Pathfinder yang dibangunkan oleh Cocoa Software adalah yang terbaik kerana ia memiliki ciri-ciri hebat yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pengurus fail yang lain.

23. Selain kepantasannya mengakses fail di dalam komputer, cakera keras luaran, thumbdrive mahupun dalam rangkaian pejabat saya, Pathfinder juga memiliki antaramuka yang boleh diubah dan dipilih mengikut kesesuaian. Saya gemarkan “dual-pane” dan itulah yang menjadi pilihan saya. Fungsi-fungsinya amat banyak dan tidak perlu menggunakan klik berlebih-lebihan untuk melaksanakan kerja-kerja yang bersangkut-paut dengan fail.

24. Salah satu kekuatan Mac OSX ialah pada sokongan multimedianya. Walaupun komputer netbook Asus 1005HA ini hanya berkapasiti 1.66 GHz, saya dapat memainkan pelbagai fail multimedia dengan lancar. Format-format seperti MKV, MOV, AVI, MP3, AAC, OGM dan sebagainya amat selesa digunakan disini.

25. Pengurusan tenaga elektrik juga amat effisien disini. Saya boleh menggunakan baterinya sehingga sehari suntuk kerana fungsi penjimatan tenaganya begitu effisien.

26. Saya merasakan kembara saya untuk mencari sistem operasi terbaik desktop untuk kegunaan saya kini telah tiba ke penghujungnya dan Mac OSX Snow Leopard adalah pilihan yang tepat bagi saya.

* Sekiranya anda menggunakan netbook seperti MSI Wind U100, Acer One, Dell Mini 10v, atau Asus 1005HA, 1008HE dan 1000HE, dan ingin mengembara ke dunia Mac OSX, saya menawarkan perkhidmatan pemasangan sistem operasi Snow Leopard ini kepada anda dengan harga yang amat berpatutan berbanding membeli sebuah MacBook.

** Barang siapa yang ingin membantu saya untuk mengumpul dana bagi menggantikan skrin komputer netbook Asus 1005HA ini, boleh menghubungi saya. Jasa anda akan sentiasa dikenang :-)

Related posts:

Tags: ,

Trackback from your site.

  • http://Website ale

    salam..tuan, nak tanya, dalam banyak-banyak netbook jenama apa yang menjadi pilihan tuan? apa kelebihannya berbanding jenama acer yang sangat laris jualannya kat malaysia ini?

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    1. Apple MacBook

    2. Asus EeePC netbook

    3. Toshiba notebooks

    4, IBM (Sekarang Lenovo) Thinkpad notebooks

    5. Fujitsu notebooks

    6. Acer memang laris dan murah. Tetapi melalui pengalaman saya, ia selalu ada masalah dengan hardware terutamanya hard-disk dan kalau anda seorang geek sejati, Acer agak payah untuk ditukar OSnya kepada Linux ataupun MacOS.

    Cheers!

  • syafiq

    salam en.Asri al-Baker….
    adakah dell inpiron 1420 saya boleh menggunakan os mac ini..
    processor = intel Core 2 duo 1.66Ghz
    rem = 2 gb

    saya tiada asas dalam menggunakan mac, adakah ia mudah dan berapa hargaY…
    adakah saya hanya mendapat OS dan perlu membeli perisian penting lain secara berasingan…

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    1. Dell Inspiron 1420 tidak digalakkan untuk dijadikan Hackintosh kerana cara-caranya terlalu rumit. Hanya Dell Netbook Mini 10v, Asus EeePC 1005HA, 1000HE, MSI Wind U100, U105 yang saya rekomenkan.

    2. Mac OSX lebih mudah daripada Windows. Malah lebih hebat. Jauh meninggalkan WIndows. Untuk maklumat lanjut mengenai Mac OSX, sila lawati laman sesawang http://www.apple.com

    - Asri al-Baker

  • daktaipan181

    fuhhh mcm best je baca ttg mac os ni, walaupun pening sikit la, tp tetap teruja la… rasa nak pakai la…tp tak tau mcm mana nak bermula… bro Asri bole tak terang ckit cara nya.?? untuk pengetahuan Bro ASri, komputer riba saya ialah Compaq Presario CQ40, AMD Turion X2 Dual Core (2.0 Ghz) ,14″1 WXGA Widescreen LCD,
    ATI Radeon HD 3200 Graphics,320 gig hard disk…skang pakai windows 7, bole ke EN ASRI??

  • Hellzspellz

    macam nak install mac os x tu?? saya guna eee pc model 1005P..bleh bagi tutorial bagaimana nak install..

  • Azeem

    hmm… saye gune netbook MSi model U110. So bleh tak kalau nk install Mac OS Snow Leopard (seperti dikatakn anda) kerana saya merase sngt teruja skali.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @Azeem,

    1. Netbook MSI Wind U110 setakatini, tidak kompatibel untuk dimasukkan Mac OSX

    2. Tetapi MSI Wind U100 memang boleh.

    3. Disini ada senarai netbook yang boleh dijadikan Hackintosh : http://gadgets.boingboing.net/2008/12/17/osx-ne…

    - Asri al-Baker

  • Ahmaddaughter

    wow sgt impressssssssss kalau laptop hp mini boleh tak guna leopard nie

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site