Aku, Asri, Mereka & Symbian Foundation
Symbian Foundation telah mengumumkan secara rasmi yang ‘platform’ serta ‘OS’ terbaru mereka yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi akan mengadaptasi konsep ‘Open Source’ supaya lebih mantap, berdaya-saing dan inovatif.
Sehubungan itu, berbekalkan idea ‘dahsyat’ dan ‘otak yang sentiasa tidak mahu melepaskan peluang’ yang dikurniakan oleh tuhan kepada Encik Adliayob, pada malam tadi, sewaktu tengah bosan dan tiada mood untuk tidur awal, maka saya telah membuat satu temubual ringkas dengan Encik Asri Al-Baker yang disifatkan oleh sesetengah peminat Symbian di Malaysia selaku ‘Mahadewa’ alam Symbian.
Jadi apakah yang sebenarnya berlaku di dalam temubual itu? adakah mereka berdua bercakaran sesama sendiri? adakah satu-dua nombor pada keypad telefon mereka tercabut? Atau adakah berlaku perbalahan yang lebih kejam hingga memaksa salah satu pihak dikejarkan ke hospital berdekatan atau dikejar oleh pihak polis? Runtuhkah sistem demokrasi Malaysia atas natijah temuramah itu sedangkan negara baru sahaja menyaksikan peralihan kuasa yang sangat licin dengan melantik Perdana Menteri yang ke-Enam pada tengahari sebelumnya?
Ikutilah temuramah SMS yang mampu membangkitkan nafsu anda untuk lebih mengenali Symbian dengan lebih dekat dan mungkin juga anda bakal turut sama terseret dalam mewarnai senario Symbian di Malaysia ini.
Kepada para penyokong dan yang tidak menyokong PPSMI di Malaysia, harap simpan dalam hati dan tidak menggigit selipar anda sendiri lantaran bahasa mereka berdua yang ‘sekejap bertamadun – sekejap tidak’ ini. Banyakkan bersabar dan mintalah pertolongan dari yang maha Esa.
Adliayob: Assalamualaikum Asri. Tengah buat apa? Aku tengah taip ‘Smartphone & UI Platform Overview’. Susah juga nak menulis dalam Bahasa Melayu ni. Nak kasi faham orang – itu yang susah. Kau ada bahan untuk MOAP tak? Macamana aku nak cerita pasal UI dia ni?
Asri: Tau takpe. Mula-mula dulu masa Symbian baru start, ada 3 konsep. Pearl (keypad-based, potrait screen), Crystal (full keyboard with landscape screen) & Quartz (touch screen). MOAP berasal dari konsep PEARL. S60 pun berasal dari Pearl dan bukannya NOKIA yang mula-mula develop S60. Company yang mula-mula develop S60 UI ialah Digia. MOAP diasaskan oleh Fujitsu dan NTT DoCoMo. Penat kalau nak bercerita pasal sejarah Symbian. Pakai SMS pulak tu. Kat forum i-symbian.com aku ada tulis ringkasan pasal UI Symbian ni dulu. Kat All About Symbian pun ada info pasal MOAP.
Adliayob: Thanks. Dulu ada gambar-gambar model MOAP yang pernah aku simpan. Itu masa web Symbian lama. Sekarang dah tak tahu mana nak carik dah. Lagi pun MOAP ni misteri sikit. Screenshot dia pun aku tak pernah ada.
Asri: Kau dah try website NTTDoCoMo.com? Try search kat google image. Keyword MOAP phones + screenshot.
Adliayob: Belum, esok pagi aku try. Symbian Foundation dah officially announce Symbian jadi open source. Takut dengan Android ker? dan aku tengok SonyEricsson IDOU pun belum support multitouch. Komen sikit.
Asri: Pada pendapat aku, bukan takut dengan Android, tapi nak tarik lebih banyak quality ideas dari developer yang high-profile. Open source community ada banyak yang bagus-bagus. Announcement dah dibuat tahun lepas. Hari ini ‘Official Beta’. Symbian kena go open source. It’s the future. Microsoft dengan Apple dan siapa-siapa yang tak pegi open source akan bermasalah. Itu pendapat aku lah. Android is not a threat to Symbian at all.
Adliayob: Optimis betul kau bagi statement bro. Sedangkan Android tu alliance dia besar. Dan aku kurang setuju kalau Symbian masa hadapan semuanya ‘touchscreen’. ‘Keypad-phone’ masih sangat releven.
Asri: Siapa cakap semua Symbian akan datang pakai touchscreen aje? Sony Ericsson IDOU hanyalah sebuah konsep. Ada banyak lagi info yang belum dikeluarkan. Akan ada pelbagai bentuk dan jenis dan device. Jangan terkejut kalau lepas ni ada netbook atau gaming device yang pakai Symbian. Kejayaan sesebuah platform bukan dilihat dari partnership dia. Banyak factor. Android tak boleh pergi jauh. OS dia sendiri (linux) bukan dibuat dari ZERO dengan mobiliti. Symbian lain. Dalam dunia OS, Symbian dah terbukti paling efisien dari segi power management, multitasking and real world usage. Betul, alliance Android besar-besar tapi diaorang bukan pakar ‘mobile technology’ macam Nokia, Sony Ericsson dan yang lain. YES. Aku sangat optimis sebab aku tengok pada reality dan sejarah. Bukan sesuatu yang belum berlaku.
Adliayob: Entahlah. Pernah dulu aku kecewa dengan pakatan Symbian. Panasonic sebagai contoh pernah meninggalkan S60. Motorola pula buat hal selepas membeli saham UIQ. Sendo, Benq, Arima pun lembik. LG pun macam tiada motivasi. Pada pandangan aku GUI pada S60-5th masih ancient. Kau tengok, Apple keluarkan satu model sahaja, terus boom. Dan paling tak best – tiada pihak yang mahu mengetengahkan Symbian pada fakulti di Universiti tempatan. Tetapi aku still akan menunggu kejutan dari Symbian. Setakat hari ni aku cukup teruja dengan Blackberry, Android dan IPhone. Agressive. Paling tak best kalau Sony dan Ericsson berpecah.
Asri: Sebabnya ialah Symbian satu-satunya Mobile OS yang power dari Eropah. Yang lain seperti Apple, Android, Blackberry, Palm, Windows Mobile dan lain-lain semuanya dari Benua Amerika. Aku pun kecewa juga dengan Symbian tetapi aku tetap sokong Symbian. Apple IPhone memang besar impak dia. Itu adalah contoh sesuatu yang dibuat dengan betul. Aku lagi kecewa dengan Symbian sebab aku dulu pakai Psion… mampus. Then aku minat UIQ… mampus jugak. Kalau ada OS lain yang better dari Symbian untuk kegunaan aku, aku takder hal, boleh tukar. Tapi masalahnya takde. Sampai sekarang masih belum ada yang boleh lawan Symbian dalam real world usage. Life goes on…
Adliayob: Dalam pengalaman kau, wujud atau tidak Malaysian Symbian Software House yang telah berjaya menerobos jualan international market? Yang productnya dapat endorsement Symbian Ltd atau handango? Setanding IDreams, Astraware atau DrJukka?
Asri: Dulu pernah. Ada satu company nama dia Alchemy. Software department dia namanya – Ximplify. Dia develop native apps untuk Series 80, early Series 60 dan early UIQ. Antara software dia yang famous ialah filemanager yang power bernama SeleQ dan juga software bernama myList untuk manage notes dan list. Cuba kau Google Ximplify. Tapi malangnya diaorang senyap sekarang. Dan takde company Malaysia lain setahu aku yang keluarkan software Symbian yang power-power lagi.
Adliayob: Bagaimana dengan program MDP (Maxis)? Takkan takder developer yang menonjol yang boleh dikomersilkan? Selaku ‘mentor’ dalam MDP programme, adakah anda melihat dan mengesan apa-apa yang boleh diketengahkan?
Asri: MDP banyak membantu mencungkil idea dan memberi pendedahan. Pihak-pihak lain patut mencontohi program seperti MDP Maxis ini. Dan sebagai sebuah entiti komersial, diaorang tidak terikat dengan satu-satu platform. Dan hampir semua aplikasi yang dibangunkan oleh peserta MDP adalah JAVA, bukannya native Symbian. Sebab Java (J2ME) lebih senang untuk dilaksanakan. Kita kena ada usaha untuk mendedahkan bakal pembangun aplikasi masa hadapan dengan teknologi yang lebih baik dan komprehensif seperti Symbian. Minda-minda muda ini takkan nampak peluang besar kalau takde pendedahan. “Sampai bila kita nak makan tapi taknak belajar memasak sendiri?” Betul tak? Maksudnya, sampai bila negara kita nak pakai software orang tetapi tak nak bangunkan industri software kita sendiri?
Adliayob: Selaku seorang penulis dan berpengalaman dalam Symbian, apakah saranan atau ‘move’ yang sepatutnya perlu dibuat oleh pihak berwajib atau individu yang ingin mendalami Symbian demi mendepani halatuju Symbian di dunia sejurus diumumkan selaku ‘open source’ beberapa jam tadi?
Asri: Pada pendapat akulah, kalau nak bangunkan industri ini, kena buat;
- 1) Kumpulkan pakar-pakar bidang ini
- 2) Perkenalkan silibus pelajaran yang berkenaan dengan Symbian di kolej dan IPT.
- 3) Buat rancangan TV realiti. Suruh diaorang belajar dan develop aplikasi dan servis Symbian yang power.
- 4) Bukak satu kementerian yang jaga perihal Symbian sahaja.
- 6) Jadikan Malaysia satu hub atau heaven untuk peminat dan ‘industry player’ Symbian.
- 7) Bawak ‘Symbian Smartphone Show’ dan ‘Developer Conference’ ke sini setiap tahun.
Boleh tak kau jangan ber’encik-encik’ dengan aku? Formal sangatlah! ko encik-encik sekali lagi dengan aku.. aku taknak balas lagi SMS kau!
Adliayob: Err.. Encik Asri.. kita sedang ‘on-air’ ni. SMS ni saya siarkan di Blog Symbian Malaysia sekarang ni.. kalau ikut skrip, saya jadi begini sebab saya penemuramah dan encik sepatutnya menjawab macam seorang YB. Itu pasal kita kena guna bahasa sopan seperti ini..
(Harap maaf, sms selanjutnya tidak dapat kami siarkan kerana terdapat nahu dan kesalahan tatabahasa yang sungguh tidak senonoh beserta gurauan caci-maki tahap ‘mahadewa’. Demi untuk menjaga hati dan kesihatan minda anda, kami tidak dapat menyiarkan perbualan SMS selanjutnya dari mereka berdua ini.)
_______________________________________________________________________
Itulah yang berlaku sewaktu kedua-dua mereka berSMS. Itulah masalahnya kerana setiap kali sessi SMS – mereka akan ber’keting-tong’ selama satu-dua jam dan kadangkala memaksa pengadil memberikan masa tambahan.
Jika anda ingin mengheretkan diri dan memberikan pandangan kritis terhadap perbualan SMS mereka ini, sila utarakan KOMEN anda di blog ini. Mungkin komentar yang anda berikan merupakan rujukan SEBENAR terhadap pembangunan Symbian di Malaysia pada masa hadapan.
Related posts:
Trackback from your site.
-
Lan
-
adliayob
-
Lan
-
http://sandakanwap.mobile.web.tr naxe88
-
TurboRun


November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!