Adakah Adli dan Asri Berpaling Tadah Kepada Maemo / MeeGo?
1. Hari ini, 21 April 2010, satu lakaran sejarah telah tercipta. Sebuah blog berteraskan teknologi Maemo / MeeGo dalam bahasa Melayu telah diumumkan secara rasmi.
2. Pengumuman itu dibuat oleh Encik Adli Ayob di dalam SymbianKu.Com iaitu satu-satunya blog Symbian berbahasa Melayu.
3. Sebagai pembaca SymbianKu, anda mungkin tertanya-tanya kenapa dan mengapakah Adli Ayob dan Asri al-Baker tergamak berbuat begitu?
4. Apakah Adli dan Asri, selaku peneraju Blog Symbian Malaysia, telah mengabaikan Symbian dan bertukar menggunakan Maemo / MeeGo pula?
5. Biarlah saya jelaskan.
6. Saya, Asri al-Baker, telah menggunakan telefon pintar semenjak zaman Nokia Communicator 9210 lagi. Sebelum itu, saya menggunakan pembandu peribadi digital (PDA) berjenama Psion yang menggunakan sistem operasi Psion EPOC Release 5 (ER5) dan telah jatuh cinta kepada dunia dan alam EPOC / Symbian semenjak itu.
7. Tidak kiralah sistem operasi mudah alih pintar apapun yang datang, cinta saya terhadap Symbian tetap utuh. Saya pernah menggunakan Palm OS, Pocket PC, Windows Mobile, iPhone, Android dan yang terbaru, Maemo 5 Fremantle.
8. Tidak dapat dinafikan, sistem operasi mudah alih pintar yang terkini, memilike pelbagai keistimewaan (di atas kertas) dan kegunaan yang jauh meninggalkan Symbian. Malah, ada yang menganggap Symbian sebagai kuno.
9. Tetapi dalam kehidupan seharian bertapak di dunia realiti, Symbian jauh kehadapan apabila berkata tentang kestabilan, penjimatan bateri, senang dipakai, dan banyak lagi.
10. Bagi saya, Symbian adalah yang terhebat kerana is sudah berusia lebih 10 tahun dan banyak teknologi yang digunakannya telah terbukti memberi faedah kepada saya sebagai seorang pengguna.
11. Telefon pintar Symbian telah terbukti mampu menahan segala jenis kegunaan yang saya perlukan termasuklah sebagai alat hiburan bergerak, atau alat komunikasi, dan juga menikmati internet serta menjalankan kerja-kerja seharian saya seperti menulis artikel, menguruskan email dan sebagainya. Dan penggunaan kuasa bateri yang effisien.
12. Satu lagi perkara penting ialah komuniti Symbian itu sendiri. Sudah bertahun-tahun saya bergaul dengan pembangun perisian Symbian yang hebat-hebat seperti Jan Ole Suhr (pembangun Gravity – Mobileways.de), Dr. Sander Van Der Wal (Pembangun PDF+ – mBrainSoftware.com) dan ramai lagi. Tidak lupa juga, saya telah membina nama di luar negara dengan tokoh-tokoh seperti Rafe Blandford (AllAboutSymbian), Steve Litchfield (3Lib), Lee M. Williams (Pengerusi Eksekutif Yayasan Symbian) dan ramai lagi.
13. Bagi saya, tidak timbul persoalan saya berpaling tadah kepada Maemo / MeeGo kerana Symbian dan MeeGo adalah 2 perkara yang berbeza dan disasarkan untuk teknologi yang juga berbeza.
14. Sistem operasi Symbian direkabentuk dan dibina untuk telefon pintar dan akan digunakan dalam pasaran yang mampu dimiliki oleh semua orang di seluruh dunia.
15. Manakala sistem operasi MeeGo pula dibina untuk komputer mudah alih (mobile computer) yang memiliki skrin yang lebih besar (seperti netbook, mobile internet device MID, dan mesin tiket) serta kuasa pemprosesan yang lebih tinggi dan dengan harga yang lebih mahal.
16. Bagi kami (Adli dan Asri), membangunkan sebuah komuniti pengguna bukanlah senang. Berbekalkan sedikit ilmu di dada, tanpa ada sesiapa yang membantu/menyokong/menyumbang dana, kami gagahkan juga untuk membuka MeeGoKu.Com.
17. Buat masa sekarang, MeeGo belum meriah lagi sebagaimana dunia Symbian kerana ia masih terlalu baru. Walaubagaimanapun, potensinya adalah besar kerana inisiatif MeeGo ini disokong oleh banyak syarikat besar dan hebat selain Intel dan Nokia.
18. Saya dan Adli akan terus menggunakan Symbian dan akan terus mencintai Symbian. Blog Symbian Malaysia akan terus dikemaskinikan dan kami akan sentiasa menulis, mengkritik, mengutuk, mengomen, melaporkan dan menaiktaraf SymbianKu agar sentiasa relevan dengan perkembangan Symbian semasa.
19. Kami juga mengalu-alukan sekiranya anda berminat untuk menulis dalam SymbianKu dan juga MeeGoKu, silalah hantarkan karya anda kepada kami utuk dinilai.
20. Kesimpulannya, TIDAK. Adli dan Asri tidak berpaling tadah. Mereka masih tetap CINTAKAN Symbian dan pada masa yang sama, mereka menambah ilmu dengan menjelajahi dunia MeeGo.
- Asri al-Baker
Related posts:
Trackback from your site.


November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!