6 minit bersama Nokia X6 – di Nokia OCW 2009
1. Tajuknya 6 minit bersama X6. Cantik, kan?
2. Ya tuan-tuan, inilah dia telefon pintar Symbian S60 5th Edition yang baru saja diumumkan semasa Nokia World 2009 lebihkurang 3 minggu yang lepas.
3. Saya berkesempatan untuk menyentuh Nokia X6 semasa menghadiri Nokia OneConnected World 2009 hari ini.
4. Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang yang meminati teknologi skrin sentuh pada telefon mudah alih.
5. Saya memang agak “menyampah” dengan 5800 dan N97 kerana implementasi teknologi skrin sentuhnya adalah “ntahapapa” bagi saya.
6. Walaubagaimanapun, Symbian OS sebenarnya menyokong skrin sentuh semenjak ia mula-mula dicipta dalam bentuk EPOC. Malahan, salah satu cabang Symbian iaitu UIQ memang memiliki teknologi skrin sentuh dan ia lebih mudah dan menarik untuk digunakan berbanding S60 5th Edition.
7. X6, adalah berbeza dari 5800. Ia lebih seksi dan memiliki rekabentuk yang bersegi berbanding rekabentuk 5800 yang kebulatan.
8. Dan saya ingin menegaskan di sini, salah satu perkara yang menarik dalam X6 ialah teknologi skrin sentuhnya menggunakan “capacitive touch”. Bukan “resistive” seperti 5800.
9. Tapi saya tak sempat nak explore samada ia juga memiliki teknologi “multi-touch”.
10. Kepada sesiapa yang meminati telefon berskrin sentuh, X6 ialah sebuah telefon pintar berkuasa Symbian yang patut anda perhatikan dan kalau harganya masuk akal, anda patut beli
Related posts:
Trackback from your site.
-
space83

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!