logo
15
Sep

4 Minit bersama Nokia E72

Written by asri. Posted in Berita Symbian


1. Nokia E72 adalah Nokia Eseries yang meneruskan legasi E61, E61i, E71 dan E63.

2. Ia memiliki keyboard QWERTY yang padat tetapi mudah digunakan.

3. Saya berkesempatan menggunakan E72 selama beberapa minit semasa menghadiri Nokia OneConnected World Kuala Lumpur 2009, hari ini 15 September 2009

4. Pada pendapat saya, hardware E72 lebih mampat dan padat dari E71. Bentuknya juga agak berlainan sedikit.

5. Keyboardnya juga lebih timbul dan lebih mudah untuk menggerakkan jari.

6. Butang-butang seperti D-Pad dan Softkeynya juga berbeza dari E71 dan lebih timbul.

7. Disamping itu, D-Pad E72 juga memiliki Optical roller yang membolehkan anda mengoperasikan 72 tanpa menekan jari dengan kuat.

8. Nampak gayanya, E72 memiliki gaya dan ciri-ciri Eseries terbaru yang sama seperti E52 dan E55.

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

  • mookies11

    ok gak handset e72 nie, bnyk gak upgrade dari segi hardware dan software. EN. asri tau harge sbnr handset bile kuar nnti?

  • http://www.uiqblog.com asri

    @mookies11,

    1. E72 memang sangat-sangat OK.

    2. Harga E72 belum pasti lagi sebab belum sampai di Malaysia secara rasmi. Tapi kalau nak ikutkan, E71 dulu masa mula-mula masuk pasaran Malaysia dijual pada harga RM1799.

    3. Kalau harga rasmi dah keluar nanti, Insya Allah saya akan umumkan.

    Cheers!

  • Rezz

    E72 nie agak memuaskan. Tapi adakah berbaloi menggunakan E72 dari E52? Saya perlukan pandangan En Asri tentang HP yang sesuai untuk spec WIFI, GPS, S60.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Rezz,

    1. E72 belum berada di pasaran lagi, so saya tak boleh komen. Pengalaman saya memegang E72 selama beberapa minit tidak cukup untuk saya memberikan pendapat muktamad mengenai E72.

    2. Pada masa ini, bagi saya, E52 dengan harganya yg amat berpatutan, memang berbaloi-baloi.

    3. Untuk S60 yang memiliki WiFi & GPS, seperti yang anda nyatakan, ada banyak model di pasaran. Bleh dikatakan semua S60 yang terbaru memiliki WiFi & GPS.

    4. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, E71 (dengan QWERTY) adalah calon terbaik kerana ia antara model S60 yang paling baik pernah dikeluarkan. Walaupun ia sudah berumur lebih setahun, ia sudah begitu matang dan kurang masalah berbanding model-model yang lain yang baru. Harganya pun sekarang amat berpatutan ;-)

    5. Selain E71, pada pendapat saya, E52 juga hebat ;-)

    Cheers!

  • Rezz

    Terima kasih En Asri. Saya sudah pun memiliki E52. Setakat ini saya bersependapat dengan anda kerana ianya berbaloi-baloi, tiada “hang” setakat ini dan amat efisien malah “user friendly” bagi 1st time user. Boleh En Asri terangkan trick, hint atau pun keistimewaan E52? Terima kasih daun keladi.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Rezz,

    1. Tahniah kerana sudah memiliki E52. Ada banyak yang akan anda temui dalam dunia Symbian!

    2. Saya akan terbitkan review E52 di Symbianku.com ini apabila ia sudah selesai ditulis nanti. Tunggu!!!

    Peace!

  • Rezz

    Saya tunggu!

  • dien

    sya nk tau harga E61i di pasaran malaysia skrg.
    n harga blackberry storm 9000

  • http://www.uiqblog.com asri

    @dien

    1. Nokia E61i sudah tidak dipasarkan lagi dan Nokia pun sudah berhenti mengeluarkannya. Mungkin anda boleh melihat-lihat di http://www.lelong.com.my untuk E61i yang terpakai.

    2. Blog ini idalah khusus untuk perkara-perkara yang ada kaitan dengan Symbian. Maaf, kami tidak ada maklumat mengenai Blackberry Storm 9000.

    asri al-baker

  • jaja

    salam..
    saya berminat untuk memiliki E71…adakah berbaloi utk saya membenli ny..dan bleh terangkan sedikit ttg kebaikan dan kelebihan E71 ni… thanks!

  • HISHAM

    @Jaja

    Jaja boleh bace pra-pandang lengkap E71 oleh En Adli di http://adliayob.wordpress.com/2008/11/08/review-nokia-e71/

    Saya menggunakan E71 selama 5 bulan dgn nilai RM1180 AP Set.MEMANG BERBALOI-BALOI.Lebih2 lg klu jaja suke berSMS,E71 adalah hphone yg patut jaja beli.

    Tips : Pastikan E71 tu dah diupdated dngn firmware terkini dgn menekan “*#0000#” pada skrin utama.At least firmware;

    200.21.118
    27-11-2008
    RM-346

    Firmware version ni agak stabil berbanding versi 100.xx.xxx

    Sekian.Harap telah membantu.

  • http://tanpanama33.blogspot.com/ TanpaNama

    Assalamualaikum En asri..

    Saya berminat dengan e72. dari tarikh blog ini di tulis, adalah 3 bulan yg lalu. Jadi adakah sebarang perkembangan terbaru ttg e72?…saya mmg sgt2 berminat untuk membeli.

    berapakah hg hp ini skrg? ikut yg sy servey plg murah <1450. atau mungkin en asri tau hg yg lbh murah?

    tlg ye maklumkan perkembangan terbaru ttg e72 @ mgkn en asri sndiri tlh menggunakannya. jd ceritakan pglmn bersama e72.

    readers yg lain pun kalau nk komen, silakan =)

  • http://www.uiqblog.com asri

    @TanpaNama

    1. Saya menjual E72 pada harga RM1599. Harga pasaran rasmi ialah RM1670. Saya menawarkan set original warranty dari Avaxx serta beberapa perisian penting yang perlu dipasang dalam E72. Beserta perkhidmatan lepas jualan :-)

    2. Saya telah mencuba E72 dan pada pendapat saya, ia sebuah telefon pintar yang hebat dan padat dengan ciri-ciri untuk berkomunikasi.

    3. Anda boleh beli di kedai, takde masalah. Dan hubungi saya jika anda inginkan software hebat :-)

    Cheers!

    Asri al-Baker

  • sha

    berapa harga nokia e72 yg awk jual sekarang? harga rm 1599 tu oktober 2009, skrg dah julai 2010..blh sy tau berapa harganya skrg?

  • ayu

    salam, saya nak tanya bbrapa soalan…mengapa nokia e72 adik saya tidak ada ovi? Mengapa tdk boleh nak guna internet? ..Dia cakap made in china..Boleh tak kalau nak formatkan balik nokia e72 made in china ..Harap encik boleh memberi jawapannya

  • adliayob

    @ayu,

    Pertama, pastikan betul-betul telefon E72 tersebut bebar-benar telefon Symbian yang tulen. Bagaimana untuk menentukannya? Senang sahaja. Buat sedikit kajian tentang 'Symbian' di Internet ataupun gunakan butang 'search' pada blog ini. Taipkan 'Nokia palsu' dan anda akan belajar sedikit demi sedikit tentang Symbian.

    Kedua, tiada salahnya jika telefon tersebut dikeluarkan dari mana-mana negara pun, sebabnya memang wujud kilang Nokia di China. Telefon Nokia 3230 saya dulu pun made in China juga. Tapi, saya tahu yang telefon tersebut memang telefon Symbian.

    Ketiga, cuba pasang mana-mana perisian Symbian (*.sis atau *.sisx) kepada telefon E72 tersebut. Jika ia tidak berjaya dipasang (install) barulah boleh anda salahkan pihak-pihak yang lain (termasuk diri anda juga) :)

    Dan kalaulah benar dakwaan yang telefon tersebut palsu – sila kemukakan aduan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media Malaysia).

    Setiap telefon Symbian keluaran Nokia memang disertakan sekali dengan perisian 'download' atau 'ovi store'. Dan jika anda mempertingkatkan 'firmware' telefon tersebut, secara automatik OVI Maps juga turut dipasangkan setelah tamat upacara peningkatan firmware.

    Bagaimana untuk mempertingkatkan firmware? kata anda….

    Senang sahaja, gunakanlah butang 'search' yang berada pada sebelah kanan-atas blog ini.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site