Archive for July, 2009

Format Dan Jenis-Jenis Fail Yang Disokong Oleh Peranti Symbian.

z-rait

1. Perkara terpenting dalam pengetahuan mengendalikan sebuah komputer adalah mengenali ‘FILE FORMATS’ untuk sesebuah fail. Misalnya apabila anda menaip sebuah dokumen dengan Microsoft Office, maka fail yang di simpan (SAVE) akan berformatkan *.DOC. Tetapi jika anda menggunakan Word2007, formatnya akan bertukar menjadi *.DOCX. Dengan ini, ia menjawab soalan mengapa fail DOCX tidak dapat dibaca oleh [...]

Cakap-Cakap: Nokia N86 Dan Nokia 5730 Xpress Music.

z-apset

Semalam (25 Julai 2009) saya telah ke Bandar Tawau untuk membeli sebuah telefon NOKIA N77 untuk orang gaji saya. Ya! anda tidak perlu terperanjat kerana pada zaman sekarang ini, pembantu rumah pun mampu menggunakan sebuah telefon Symbian yang canggih lebih-lebih lagi dia tinggal pula dengan pemilik Blog Symbian Malaysia.  Seperti biasa, saya ke kedai ‘Blaupunkt/Sony’ [...]

Nokia E52 sudah sampai di Malaysia!!!

Nokia E52

NOKIA E52 @ RM1299 !!! Aherm… Kepada mereka yang menunggu-nunggu kedatangan telefon pintar Nokia E52, anda kini sudah boleh tersenyum kerana ia sudah berada di pasaran Malaysia. Dan ANDA BOLEH MENDAPATKANNYA DARI SAYA DENGAN HARGA RM1299 SAHAJA!!! Untuk sebuah telefon pintar Symbian yang memiliki ciri-ciri hebat termasuk Prosessor 600MHz, GPS, Bateri 1500 mAH (boleh standby [...]

Berita: NOKIA 6760 Slide dan NOKIA SURGE Telah Dilancarkan.

nokia_6760_surge

Nokia pada 21 Julai 2009 (semalam) telah mengumumkan model 6760 Slide yang merupakan kembar kepada model SURGE yang telah diumumkan pada minggu lepas. Nokia 6760 Slide disasarkan kepada pengguna yang mahukan keselesaan menaip dan berkomunikasi melalui ‘internet messaging’ kerana telefon ini dilengkapkan dengan ‘keypad’ QWERTY. Perbezaan ketara antara dua model ini ialah KAMERAnya. Nokia 6760 [...]

RM100,000.00 Menanti Anda!!!

SERATUS RIBU RINGGIT!!! Kenapa? Tak Percaya?… (Meminjam sebentar kata-kata lestari Ho Yuhang yang diabadikan dalam iklan tv satu ketika dulu)… Ini bukan tipu, ini betul-betul… (Meminjam kata-kata keramat Allahyarham Pak Mustarjo dalam filim Pendekar Bujang Lapok)… Ya tuan-tuan dan puan-puan, saatnya telah tiba untuk Mobile Content Challenge 2009 (Cabaran Kandungan Mudah-alih 2009)… Sebuah pertandingan berprestij [...]

Model-Model Symbian Telah Dikemaskini!

z-symbian-model

Lama betul rasanya saya tidak mengemaskini model-model telefon Symbian. Model-model ini sebenarnya sangat diperlukan oleh peniaga-peniaga kecil (kedai telefon) dan juga peminat Symbian sebagai panduan untuk membeli telefon Symbian yang baharu. Lebih-lebih lagi sejak laman web rasmi S60 telah di tutup secara rasmi pada 2 minggu lepas, kini sebenarnya hanya ada satu laman alternatif sahaja [...]

Symbian 101: Sinopsis Sistem Operasi Symbian (Symbian OS Overview).

bhgn04-01

Artikel ini adalah BAHAGIAN 4 dari 7 bahagian Symbian 101. Untuk membaca bahagian 1, 2 & 3, KLIK tajuk-tajuk di bawah ini: 1. Symbian 101: Bagaimana Menulis Perisian Symbian? Satu Pengenalan. 2. Symbian 101: Smartphone dan Syarikat Symbian. 3. Symbian 101: Pengenalan Antaramuka Platform (UI Platform Overview). 4. Symbian 101: Sinopsis Sistem Operasi Symbian (Symbian [...]

Pertemuan dgn LG KS10 dan Nokia 6124 Classic.

lgks10

Sebenarnya saya sedang menyiapkan artikel Symbian101 bahagian ke-4 dan ke-5 sekarang. Punyalah susah sampai tahap terpaksa merujuk buku tebal topik komputer yang saya gunakan zaman IPT dahulu. Semuanya kerana ingin menerangkan pasal ‘computer architecture’ kepada anda dalam bahasa yang paling mudah. Disebabkan telefon Symbian juga merupakan sejenis komputer, maka beberapa perkara asas tentang senibina komputer [...]

Cakap-Cakap: Pengaturcara Symbian Di Perlukan Di Malaysia!

nexbis-ads

Tak sangka! Rasa macam nak terbang ke Kuala Lumpur juga sekarang. Itulah perasaan saya bila menyaksikan iklan sebuah syarikat (berstatus MSC) di Damansara iaitu NEXBIS yang sedang memerlukan PROGRAMMER (Java dan Symbian C++) ini. Seperti biasa, disebabkan kedua-dua syarikat penerbangan Malaysia iaitu MAS dan AIRASIA bukanlah milik bapa saya, maka saya terpaksa pendamkan hasrat saya. [...]

Google Sync pada Symbian UIQ3

gsync-uiq01

Sejak saya menulis tutorial tentang ‘Backup Semua No. Telefon Anda Di GMAIL’ ramai yang mendapat manafaat dari artikel ini dan tidak kurang juga yang bertanyakan “mana langkah-langkah untuk telefon UIQ3 pula?” Ya, saya tahu. Tutorial asal tersebut adalah untuk telefon S60-3rd sahaja. Tetapi itu bukan bermakna saya meng’anak-tiri’kan UIQ3. Sebenarnya saya mencari mood yang sesuai [...]