15 Perisian Wajib Untuk Telefon Pintar Symbian^1
Banyak perisian menarik yang telah dibangunkan untuk telefon pintar Symbian^1 (S60 5th Edition). Bagi mereka yang gemarkaan memasang perisian bagi menghilangkan rasa bosan melihat bende yang sama, disini saya senaraikan 15 perisian wajib yang anda perlu pasang pada telefon pintar Symbian^1 anda. Walaubagaimanapun, ada yang tidak boleh dipasang pada model selain jenama Nokia. Seperti Ovi Maps.
Sekiranya anda menggunakan telefon pintar Symbian S60 3rd Edition, sila rujuk pada artikel-artikel yang telah diterbitkan sebelum ini :
Tips S60-3rd Edition #1 – 15 Freeware Untuk S60
Bahagian 1 – Perisian Symbian Kegemaran Saya
Bahagian 2 – Perisian wajib dalam telefon pintar Symbian S60 saya
Yang Tidak Percuma
1. X-Plore
Siapa yang tidak kenal dengan X-Plore? Para pengguna telefon pintar Symbian yang tidak pernah menggunakan X-Plore dalam telefon pintar Symbian mereka memang amat kerugian kerana X-Plore adalah sebuah pengurus fail yang memiliki kehebatan yang tidak terdapat pada mana-mana pengurus fail mudah alih yang lain. Rekabentuknya agak berlainan tetapi fungsi-fungsi yang terdapat padanya membuatkan ia sebuah perisian wajib. Anda boleh membuka fail ZIP dan RAR, mencipta fail TXT, menyalin dan menampal fail dari satu folder ke folder yang lain dan sebagainya. Ia juga satu-satunya pengurus fail untuk Symbian yang memiliki fungsi quick-preview untuk fail multimedia seperti foto dan lagu. Tanpa X-Plore, telefon pintar Symbian anda seumpama cacat tangan dan kaki!
Dapatkannya dari laman sesawang pembangunnya, LONELY CAT GAMES.
2. Best TaskMan
Best Taskman memudahkan proses menguruskan perisian yang sedang berjalan dalam telefon pintar Symbian anda. Dengan antaramuka yang ringkas tetapi fungsi-fungsinya amat berkuasa seperti “Kill Application”, dan juga “Quick Start”. Disamping itu, ia juga membolehkan anda melihat maklumat penting berkenaan sesebuah perisian iaitu UID, dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan untuk memeriksa jumlah perisian yang dipasang dalam telefon pintar anda.
Dapatkannya dari laman sesawang rasmi pembangunnya, SMARTPHONEWARE.
3. Resco Photo Viewer
Resco Photo Viewer merupakan perisian yang berkuasa untuk menggantikan perisian Gallery untuk melihat foto. Ia dibangunkan sebagai alternative yang memberi anda kepantasan dan kelebihan berbanding perisian sedia ada. Sekiranya anda suka menokok tambah dan mengedit foto anda, anda boleh gunakan Resco Photo Viewer bagi membuat pengubahsuaian ringkas seperti “resize”, “crop” dan sebagainya.
Dapatkannya dari RESCO.NET
4. JoikuSpot Premium
Tidak dapat dinafikan, JoikuSpot adalah sebuah perisian yang amat berbeza. Ia tidak memiliki rekabentuk yang menawan. Malah, ia langsung tidak kelihatan seperti sebuah perisian yang berkuasa. Tetapi sebenarnya, JoikuSpot menukarkan telefon pintar Symbian anda menjadi sebuah “internet access point” yang boleh digunakan oleh peranti lain bagi mengakses internet. Telefon pintar anda menjadi sebuah “wireless access point” bagi peranti-peranti lain seperti laptop, netbook dan telefon pintar bercapaian WiFi berhubung ke internet. Sekiranya anda memang melanggan data mudah alih tanpa had dan memiliki telefon pintar Symbian, JoikuSpot adalah wajib!
Dapatkannya dari JOIKUSOFT.COM
5. Gravity
Siapa yang mengikuti perkembangan Symbianku.Com semestinya sudah mengetahui kefanatikan saya dan Adli terhadap Gravity. Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Gravity adalah sebuah perisian yang dibina khas untuk mereka yang gemarkan bersosial di talian terutamanya pengguna-pengguna Twitter. Ia juga memiliki fungsi lain seperti akses kepada Facebook, Foursquare, Google Reader dan pelbagai lagi. Antaramukanya amat berbeza daripada perisian-perisian Symbian yang lain dan pembangunnya, Jan Ole Suhr dari MobileWays.De amat-amat mesra dengan pengguna serta selalu meriliskan versi baru setiap kali ia dipertingkatkan.
Dapatkannya dari MOBILEWAYS.
Percuma Sepanjang Hayat
1. FreeSigner
Untuk menandatangani fail-fail SIS secara digital supaya boleh dipasang pada telefon Symbian^1. Dibangunkan oleh … Anda boleh memindahturun FreeSigner daripada laman sesawang SINI (laman blog asalnya sudak tidak dapat diakses)
2. Youtube
Apa lagi kalau bukan untuk menikmati video Youtube? Ia boleh dipindahturun terus menggunakan pelayar S60 Web dari telefon pintar anda. Hanya perlu lawat http://m.youtube.com
3. Skype
Perkhidmatan VOIP yang paling tersohor dan sudah wujud semenjak bertahun-tahun untuk kegunaan melalui PC. Kini ia juga terdapat untuk Symbian^1. Dapatkannya dari laman sesawang rasmi Skype atau lawati http://skype.com/m menggunakan telefon pintar Symbian^1 anda.
4. Podcatcher
Merupakan sebuah perisian yang masih dalam peringkat pembangunan. Ia dahulu dikenali sebagai Escarpod tetapi apabila Symbian sudah dijadikan sebagai sistem operasi sumber terbuka, pembangunnya iaitu Lars Persson, Sebastian Brannstrom dan Anders Fidlund mengambil keputusan untuk membangunkannya dengan lebih giat lagi dan dinamakan semula sebagai The Symbian Podcatcher. Untuk pengetahuan anda, ia juga menjadi perisian pengurus Podcast lalai (default) yang dimasukkan dalam Symbian^3 dan versi-versi Symbian yang akan datang.
Jika anda penggila podcast, anda boleh mendapatkannya dari laman sesawang DEVELOPER.SYMBIAN.ORG
5. Opera Mobile 10 / Opera Mini 5
Oleh kerana pelayar S60 Web amat-amat lembab dan membuatkan saya rasa menyampah setiap kali saya menggunakannya, saya amat gembira dengan Opera Mobile 10 yang membawakan pengalaman melayari internet yang agak berbeza dan lebih baik daripada S60 Web. Fungsi-fungsi seperti Opera Link, Opera Turbo, Speed Dial dan banyak lagi, membuatkan Opera Mobile 10 dan adiknya Opera Mini 5, sebagai perisian melayari internet yang wajib dipasang dalam setiap telefon pintar Symbian di atas mukabumi ini.
Opera Mobile 10 dan Opera Mini 5 boleh dipindahturun daripada OPERA.COM dan juga terus dari http://m.opera.com menggunakan pelayar internet telefon pintar anda.
6. Light Notepad
Kebolehan Light Notepad untuk menyimpan data dalam format TXT tidak dapat disangkal lagi. Ini membuatkan ia sebagai sebuah pemproses kata yang ringkas, ringan tetapi sentiasa berada dalam genggaman anda untuk digunakan pada bila-bila masa.
Dapatkannya dari laman sesawang rasmi LIGHTNOTEPAD
7. Dayhand Input
Olehkerana cara untuk memasukkan text dalam telefon pintar Symbian^1 amat-amat menyusahkan pengguna, maka perisian alternatif yang ada mestilah memberikan sesuatu yang baru. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Dayhand Input ini memang memenuhi kehendak saya dan dengan kesabaran serta latihan setiap hari, anda boleh menaip dengan pantas dengannya.
Dapatkannya dari Ruang Download i-Symbian.Com
8. Best ScreenSnap
Amat berguna untuk penulis review dan blogger. Ia memiliki fungsi mudah iaitu menangkap skrin yang sedang dilihat dan menyimpannya sebagai sebuah fail untuk dibuat rujukan.
Dapatkannya dari SMARTPHONEWARE.COM
9. AutoInstaller
Ia menyelesaikan masalah untuk memasang perisian Symbian satu persatu. Dengan Auto Installer, anda boleh memasang banyak perisian sekaligus. Dan menjauhkan pening kepala.
Dapatkannya dari laman sesawang rasmi THINKCHANGE.CN.
10. Ovi Maps 3.04 (Dengan Navigasi Global Percuma)
Jika sebelum ini ada Garmin Mobile XT yang saya anggap sebagai perisian navigasi terbaik untuk peranti mudah alih, nampaknya kini, Ovi Maps menjadi pilihan saya. Ini kerana Garmin Mobile XT sudah lama tidak dipertingkatkan dan perisiannya nampak agak ketinggalan dari segi rekabentuknya dan antaramukanya. Namun, data GPS dan peta Garmin masih belum ada tandingannya. Walaubagaimanapun, Ovi Maps versi terbaru (3.04) amat bagus untuk digunakan oleh pengguna-pengguna telefon pintar Symbian^1 Nokia.
Dapatkannya dari laman sesawang rasmi Ovi Maps.
Asri al-Baker, Untuk Symbianku.Com
Related posts:
Tags: Nokia, S60-5th, Samsung, Sony Ericsson, Symbian-Foundation, Symbian^1
Trackback from your site.
-
Bob.Schiffer
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
Bob.Schiffer
-
Nazmi_naimat


































November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!