logo
02
Oct

15 kaedah untuk menjimatkan bateri telefon pintar Symbian S60 anda

Written by asri. Posted in Tips Pengguna Symbian


Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana nak mengoptimumkan penggunaan bateri dalam telefon pintar Symbian. Penat dan dah berbuih mulut saya menerangkan betapa tidak pentingnya 3G untuk mereka yang tidak menggunakannya. Tapi ramai yang tak paham dan buat-buat tak paham, malahan ada jugak yang macam paham tapi sebenarnya tak paham…

Jadi, sebenarnya, kalau anda tau cara untuk menguruskan telefon pintar Symbian anda, dalam hal ini, pengurusan tenaga bateri, anda pasti akan mendapati bahawa telefon anda akan lebih bertahan lama dengan sekali caj.

Dengan mengikuti semua kaedah dibawah ini, sekiranya anda menggunakan batteri yang belum expired, dan masih baik serta original, saya yakin, anda akan mendapat 40% lebih tenaga untuk telefon anda bertahan lebih lama.

Kenapa? Tak percaya? Cubalah!…

1. Pilih GSM sahaja. Jangan pilih Dual Mode atau UMTS. Kalau anda seorang yang menggunakan “video call” 24 jam sehari maka perlulah 3G, kalau tak anda tak perlu sambungan internet berkelajuan tinggi.

2. Matikan segala jenis gelombang tanpa wayar iaitu Bluetooth, Infrared, dan WiFi sekiranya tidak digunakan.

3. Jangan gunakan WLAN scanning secara automatik, gunakan secara manual apabila anda memerlukan WiFi. Dan dari “Control Panel”, pastikan juga anda menetapkan fungsi “Show WLAN availability” menjadi “Never”.

jimatbateri-wifi-scan-03 jimatbateri-wifi-scan-04

jimatbateri-wifi-scan-05

4. Setkan WiFi untuk menggunakan konfigurasi berikut:
- Automatic Configuration – Disabled
- TX power level – 4mW

5. Setkan lampu skrin pada kadar yang paling malap.

6. Tetapkan “light time out” untuk lampu skrin dan “power saver” pada 5 saat.

7. Kalau boleh, jangan hidupkan fungsi “vibrating alert” dalam Profile

8. Matikan segala jenis bunyi pada keypad. Yang ni pun setting dia boleh tukar dalam Profile.

9. Sekiranya anda tidak menggunakan fungsi yang memerlukan talian data sepanjang masa seperti push email, putuskan hubungan dengan server. Pilih “When needed”.

10. Untuk S60 3rd Edition Feature Pack 2 dan S60 5th Edition, matikan kesan khas dalam Themes.

11. Sekiranya anda tidak menggunakan fungsi GPS seperti geotagging dan pemanduan arah, matikan transeiver GPS. Dan pastikan kamera tidak merekodkan lokasi GPS.

12. Biasakan diri utk memeriksa software yang sedang aktif. Dan sekiranya ada yang anda tidak perlukan, tutup software tersebut. Untuk tujuan ini, saya cadangkan anda gunakan tool seperti Jbak Taskman atau Best Taskman.

13. Jika telefon pintar Symbian anda memiliki sensor yang mengesan pergerakan (accelerometer), pastikan ia dimatikan jika tidak digunakan.

14. Setiap malam sebelum tidur, matikan telefon anda atau tukarkan profile kepada Offline.

15. Biasa-biasakanlah mengunci keypad untuk mengelakkan tersalah tekan butang ke, tersilap tekan software ke, atau perkara-perkara lain yang tidak diingini berlaku termasuklah tertekan butang memanggil orang. Oleh itu, anda amat dinasihatkan supaya mengunci butang keypad anda (dan juga butang seluar anda) supaya dapat menjimatkan bateri :-P

Begitulah tadi, ada lebihkurang 15 kaedah-kaedah yang anda patut ikuti bagi memberi jus yang lebih kepada telefon pintar Symbian anda. Sekiranya anda mengikuti segala kaedah diatas dengan betul dan bateri telefon pintar Symbian anda masih dalam keadaan baik, belum tamat tempoh dan belum meletup, saya yakin anda akan mendapat sekurang-kurangnya 40% kuasa tambahan. Tak percaya?… Cubalah….

Related posts:

Tags: , , , , , ,

Trackback from your site.

  • min

    wow, very good tips…bolehla tahan lama bateri..anyone yg dah try bolehla share keberkesanannya ye..

  • manar77

    salam….artikel yg menarik n berguna.tq

  • daktaipan181

    boleh tahan jugak idea ni… cayalahhhhh bro… tp, masa nak pakai garmin, kene on blik la gps tu kan?? kene enabled blik kan?? btul?

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @daktaipan,

    1. apa kata ko try dulu baru tanya soalan… boleh? :-)

    2. ikut logik akal lah kan, kalau tak petik suiz, lampu kalimantang nyala tak?

    Fikir-fikir!!!

    - Asri al-Baker

  • ramlee

    di mana boleh saya dapatkan aksesori samsung innov8 di kedai sekitar kuala lumpur.

  • http://www.symbianku.com/samsung-symbian-g810-assisted-gps/ Samsung Symbian, G810 & Assisted GPS. « Symbian Ku

    [...] Skrin G810 yang bersaiz 2.6inci ini sangat terang pada cahaya bilik. Namun ia agak gelap dan silau apabila dipandang dibawah cahaya matahari yang terik. Bateri 1200mAh yang dibekalkan cuma mampu bertahan 18jam sahaja. Ini menyebabkan saya bingung dan bengang kerana, semakin banyak fungsi yang anda gunakan maka semakin lemahlah kuasanya. Pernah satu kali ia bertahan 6jam sahaja! Untuk mendapatkan ketahanan bateri sehingga 48jam, sila ikuti langkah-langkah ini. [...]

  • Cengkih78

    salam,

    as usual, very useful article. keep blogging and keep spreading your knowledge and information on symbians.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    Darkindie88,

    Sila gunakan fungsi carian dalam blog ini.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site