logo
18
Aug

12 Games Percuma/Gratis Terbaik Untuk S60-3rd Edition.

Written by adliayob. Posted in Pindah-Turun (DOWNLOAD), Tips Pengguna Symbian


free-games-s603rd1

Dahulu, saya pernah menulis tentang 15 perisian percuma terbaik untuk S60-3rd Edition dan kini saya memaparkan ‘sequel’ yang merupakan kembarnya iaitu GAMES. Dan kalau masa mengizinkan, saya akan menulis tentang 10 tema (themes) terbaik pula.

Mungkin anda bertanya, mengapa ‘games’ dan apa relevennya dengan anda? Anda mungkin seorang eksekutif atau ahli professional – maka anda tidak memerlukan games untuk berada di telefon anda. Jadi, pada zaman era digital ini, siapa yang memerlukan games pada telefon sedangkan wujudnya konsol permainan khas seperti Play Station, PSP Portable dan XBox?

Games pada telefon Symbian sebenarnya sangat maju dan merupakan aset penting untuk Symbian sejak awal lagi. Pada Symbian versi 6.x, Nokia secara serius memperkenalkan model ‘N-Gage’ dan sekaligus mengubah pandangan masyarakat terhadap telefon bimbit untuk selama-lamanya! Nokia N-Gage berjaya menjadi ‘sebuah konsol permainan dengan fungsi telefon’ terunggul di dunia ketika itu. Saya ingat lagi pada tahun 2003, anak buah saya membeli model ini dan bapanya sangat marah kerana tidak membeli sebuah telefon. Maka terpaksalah beliau mendemonstrasikan fungsi ‘telefon’ pada N-Gage yang akhirnya menyebabkan bapanya berpuas hati. Lucu juga ketika itu sebab gelaran yang diberikan terhadap model pertama N-Gage disebut ‘N-Gage Karipap’ dan anda terpaksa bercakap dengan ‘pegangan sisi’ telefon dan bukannya pada ‘bahagian muka’ telefon hehehe.

Pasaran games adalah sangat luas dan mewah sekali. Symbian dan Nokia telah membuktikan kenyataan ini sejak zaman ‘Space Impact’ lagi. Mengapa N-Gage sangat berjaya? kerana pada waktu itu hanya Symbian sahaja wujud selaku OS yang menerima program berasaskan bahasa pengaturcaraan C++ yang sangat kompleks. Java Games pada waktu itu agak primitif tanpa sokongan ’3D’ dengan muzik polifonik sahaja. Perkara ini terjadi kerana sokongan API dan ‘framework’ terhadap CLDC/MIDP Java (J2ME) belum wujud lagi untuk Symbian. Maka untuk menikmati games yang berkualiti tinggi, anda hanya ada satu pilihan iaitu dengan membeli telefon Symbian.

Tidak lama kemudian muncul permainan ‘SkyForce’ keluaran Infinite Dreams dan pengguna-pengguna N-Gage, N-Gage QD, 3650, 3660, 6600,  Sendo X dan Siemens SX1 di seluruh dunia bertuah & berlumba-lumba untuk mendapatkan salinannya.

Kemuncak kegilaan games pada Symbian adalah dengan kemunculan permainan ‘bluetooth multiplayer’ yang sangat popular iaitu ‘Explode Arena’ yang juga dikeluarkan oleh Infinite Dreams. Game ini popular sekitar tahun 2005 dan pernah menjadi daya tarikan sosial terbaru apabila keluarga kami berkumpul pada hari raya. Saya ingat lagi waktu itu, empat orang masing-masing dengan telefon 6600, N-Gage, 3230 dan Panasonic X800 bertungkus-lumus mengebom pihak lawan dalam dunia ‘bluetooth multiplayer’ yang hanya dinikmati oleh kami sahaja.

Penonton pada waktu itu sangat ramai dan merasa iri-hati dan dalam masa sama mengidamkan sebuah telefon Symbian untuk diri mereka sendiri supaya dapat sama mengecapi dunia permainan ‘multiplayer’ di telefon.

Games pada telefon Symbian sangat berjaya sejak dahulu hingga sekarang. Antara sebab orang ramai bermain ‘games’ adalah untuk ‘membuang masa menunggu’ contohnya di lapangan terbang, menunggu bas, tren atau teksi, menunggu kawan, sebagai medium atau katalis untuk bersosial, melengahkan sesuatu hal atau untuk tujuan suka-suka dan berhibur. Ini kerana apabila wujudnya ‘games’ yang bermutu tinggi pada telefon maka ia mudah dinikmati dimana-mana, ‘handy’ dan tidak memerlukan gajet lain untuk dibawa bersama.

Kini apabila anda memiliki sebuah telefon Symbian, ia bukan sahaja bertindak selaku alat komunikasi malah konsol permainan, pemain muzik, pemain video, pejabat bergerak, kamera dan pelayar internet disatukan dalam pakej yang sangat cantik dan praktikal.

Baiklah, nikmatilah 12 Games percuma pilihan Symbianku.com untuk telefon bimbit anda di bawah ini. Untuk mendapatkan permainan yang disebutkan, sila gunakah khidmat ‘Google’ atau klik pada pautan laman web ‘Symbian-Freeware’ di sebelah kanan blog ini. Anda juga boleh melayari My-Symbian untuk proses pindah-turun permainan digital ini.

1. Frozen Bubble
Permainan yang sangat digilai ramai dan bakal menyebabkan anda ketagihan. Aksinya agak mudah tetapi mempunyai level sehingga 99! Ia wujud sejak Symbian versi 6.x lagi. Ia merupakan satu ‘port’ yang sangat berjaya dari perisian asal untuk Sistem Operasi Linux. Kini permainan ini boleh dinikmati untuk setiap resolusi skrin S60-3rd.

2. Global Race
Sebuah permainan dari syarikat PolarBit dan dipersembahkan dalam paparan 3D. Game ini boleh dipindah-turun secara percuma jika anda memiliki Nokia E71 atau E66. Jika anda memasang permainan ini pada N95 atau N93, chip sokongan grafik pada model-model tersebut akan menyebabkan game ini lebih lancar lagi. Kepada pemilik Nokia E90, game ini juga dimainkan dalam mod skrin penuh pada paparan dalaman.

3. Greedy Penguin
Permainan ini menyediakan sokongan ‘Bluetooth Multiplayer’. Watak-watak penguin dipersembahkan dengan comel (cute) tetapi mempunyai tindak-balas permainan yang cekap dan laju. Susah atau senang dalam pengendalian game adalah bergantung kepada kemahiran anda mengawal D-Pad.

4. Mini Blaster
Permainan ala ‘Bomber Man’ yang popular pada PC. Juga menyediakan persekitaran ‘Bluetooth Multiplayer’. Kepada yang sudah biasa dengan ‘Explode Arena’ pada platform S60-2nd – ini adalah alternatif terbaik untuk telefon S60 yang terkini.

5. Quake Dan Doom
Satu ‘port’ dari PC yang sangat berjaya ke platform S60-3rd. Kedua-duanya merupakan game FPS (First Person Shooter) yang hebat dan menggunapakai fail PAK yang sama dengan PC. Ia sangat bermutu tinggi namun anda perlu membiasakan diri dengan kekunci yang agak janggal pada telefon.

6. S-Tris 2
Klon kepada Tetris. Ia akan membawa anda ke zaman 90-an dan bakal menyebabkan anda ketagihan.

7. Grizzle Dizzle
Mirip permainan ‘Pong’ dan menyokong ‘Bluetooth Multiplayer’. Watak-watak dalam game ini comel dan lucu.

8. GemMagic
Oh.. ini adalah permainan yang sama seperti ‘Bejeweled’ pada komputer Windows. Sangat menghiburkan tetapi mengandungi ‘iklan’ (kerana iklan-iklan inilah yang membiayai permainan ini).

9. Pudoku
Klon kepada permainan hebat SUDOKU. Anda boleh tentukan tahap permainan mengikut kecekapan anda. Kepada yang masih baru, sudoku merupakan permainan menyusun nombor-nombor dan tiada kaitan dengan matematik!

10. JawBreaker
Klon kepada permainan ‘Bubble Breaker’. Sangat mengujakan dan bakal menyebabkan anda ketagihan. Apa yang menarik ialah efek letupan dan ‘tepuk-tangan’ yang sangat mengasyikkan.

11. Alien Pinball
Permainan pinball yang sangat baik dan mempunyai gerak permainan yang memberangsangkan. Dicadangkan kepada peminat pinball di luar sana. Hati-hati kerana kadang-kadang terdapat 2-3 biji bola akan melantun serentak sehingga memaksa anda mengendalikannya dengan cekap.

12. Tops Hits Solitaire
Sebut sahaja spider, freecell, golf, klondike atau pyramid. Pakej permainan ini menyediakan 15 ‘solitaire game’ untuk anda. Game ini boleh dipindah-turun secara percuma jika anda memiliki Nokia E71 atau E66.

Sebenarnya banyak lagi games yang percuma/gratis untuk telefon S60-3rd di internet. Cuma 12 ini sahaja menjadi pilihan Symbianku.com. Kesemua permainan yang dinyatakan sesuai untuk S60-3rd jenama Nokia, Samsung dan LG.

Pada saya, game di telefon Symbian menambahbaik refleks dan penumpuan saya selain menghargai susah-payah dalam penciptaannya. Tak percaya? cubalah anda hasilkan sebuah permainan digital sendiri untuk Malaysia pada platform Symbian S60-3rd. Bagaimana memulakannya dengan ‘congkak dalam mod bluetooth multiplayer’? 8)

z-banner-04

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

  • a.halim
  • http://http//aizam88.wordpress.com zul_cool

    kenapa pulak s60 akan terkubur???

  • http://http//aizam88.wordpress.com zul_cool

    nanti encik Adli tulis r mengenai maemo linux 2.,
    adakah ianya berbeza dengan symbian?
    atau serupa dengan android os??
    sori uncle kdit abis hehehe

  • Janovic-doctor mobile team

    saya dengan ramai rakan2 saya dalam 35 atau 37 orang semuanya di serian,sarawak menggunakan nokia n-gage qd kerana berminat bermain multiplayer game..sekarang saya mempunyai banyak game yang paling best best bg saya iaitu call of duty, ghost recon,red faction/king of figter,collin mcrally,ikusa island,pathway to glory,spliter cell chaos of theory,tomb raider,sky force,sky force reloaded,explode arena,rayman 3,ashen,high seize,worm world party,the root,asphalt urban gt 2,fifa 2005,operation shadow,requim of hell,sonic n, the sim dan banyak lg lah..tp bila saya cek di internet untuk game yang sama canggih mcm yang saya sebutkan tdi dah tak ada untuk n-ngage qd!! jangan kan game,antivirus utk ngage qd pun dah tak ada lg.ngage qd dah expired date ke?kadang2 geram jugak semasa mencari software dan game utk n-gage qd..

  • adliayob

    @Janovic,

    1. Nokia tidak lagi mengeluarkan peranti (hardware) n-gage yang baru dan kini, ia wujud sebagai 'software' sahaja seperti yang terdapat pada Nokia N81, N82, dan lain-lain model siri 'N' pada platform S60-3rd Edition.

    2. Pada 30 Oktober, 2009 – Nokia mengumumkan bahawa mereka memberhentikan semua produk, perisian dan servis yang berkaitan dengan N-Gage serta-merta. Tarikh ini adalah tarikh keramat yang dipanggil 'Kematian N-Gage' dan kemudian, servis berkaitan 'permainan dalam Symbian' di teruskan pada platform yang baru dinamakan 'OVI Gaming'.

    3. Saya bersetuju tentang pandangan anda bahawa tiada permainan 'hebat' dikeluarkan selepas era (peranti) n-gage asal (iaitu N-Gage dan N-Gage QD) namun pada 'platform' N-Gage (untuk S60-3rd Edition) kita dapat menyaksikan kembali kemunculan permainan-permainan hebat seperti 'Hook On: Creatures Of The Deep', 'Age Of Empires III', 'Asphalt 3 / Asphalt 4', 'Metal Gear Solid', 'ONE', 'Rally Master Pro', 'Power Boat Challenge' dan banyak lagi. Kesemua game yang disebutkan HANYA dapat dimainkan dalam 'platform n-gage' – iaitu software khas yang perlu dipasang dahulu ke telefon 'S60-3rd Edition'. Ini bermakna, SETIAP SIRI 'N' (N-SERIES) ADALAH BERPOTENSI UNTUK MENJADI N-GAGE.

    4. Sebagai rujukan atas 'kematian n-gage' tuan boleh klik di sini: http://www.ovigaming.com/features/item/N-Gage_2003-2009_An_Obituary.php sebagai rujukan dan bacaan lanjut.

    5. Akhirnya laman web No.1 untuk peminat N-Gage di dunia iaitu AllAboutNGage.com telah ditukarkan namanya kepada OVIgaming.com. Sila rujuk http://www.ovigaming.com

    6. Akhir sekali, saya ucapkan selamat datang ke alam symbian kepada anda! Teruskan menyokong Blog Symbian Malaysia!

  • http://doctormobileteam.blogspot.com Janovic Sibang

    Terima kasih adliayob! Cuma kadang-kadang saya terfikir juga kenapa N-Gage versi yang pertama harus “Dimatikan”. Kenapa tidak diteruskan sahaja…Terima kasih sekali lagi kerana menyatakan link nya sekali..Bersama lah kita menyokong symbianku dan kini atas sebab mahu menyokong dan menghidupkan kembali N-Gage symbian ini saya telah menerbitkan sebuah blog http://doctormobileteam.blospot.com. terima kasih

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site