10 Perkara Hebat Mengenai N8 Yang Perlu Anda Tahu
http://www.youtube.com/watch?v=xrXHXin9Iio
1. Semenjak N8 belum diumumkan lagi, ramai yang sudah ternanti-nanti dan tidak sabar untuk melihat apakah yang bakal Nokia hidangkan bagi menempatkannya setanding dengan pengeluar telefon pintar yang lain seperti Android dan juga iPhone.
2. Sesudah N8 diumumkan, ramai pula yang mengeluarkan pendapat negatif dan mengatakan Nokia sudah semakin kehilangan taringnya dalam membangunkan telefon pintar generasi masa hadapan. Ayat-ayat seperti “Habislah Nokia, Symbian dah semakin tak best” juga “Buruk betullah Symbian^3 ni, UI dia sama je macam S60 5th Edition / Symbian^1″… Dan bermacam-macam lagi kata-kata yang kurang enak untuk dihadam.
3. Persoalannya, sebagai manusia yang memiliki akal yang waras dan dianugerahkan Ilahi dengan kemampuan untuk menaakul baik dan buruk, adakah kita patut meletakkan hukum atau mengatakan sesuatu itu buruk sebelum kita menyentuhnya? Dalam hal N8 ni, dia belum lagi masuk pasaran, tapi orang tetap juga mengatakan perkara negatif mengenai Nokia dan Symbian^3. Adilkah?
4. Terutamanya blog dan laman web dari Amerika yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mengutuk apa sahaja yang berkaitan dengan Symbian. Tetapi jika iPhone, Android, Windows Mobile, Blackberry tu tak best, diorang tak cakap apa pun kan. Patutkah?
5. Disini saya senaraikan 10 perkara hebat mengenai N8 yang saya rasa patut dikongsi dengan para pembaca Symbianku sekalian untuk rujukan. Perlu ditekankan, saya belum lagi menyentuh N8. Analisa yang saya lakukan ini berdasarkan spesifikasi dan maklumat yang saya perolehi setelah beberapa hari membaca berita mengenai N8.
10 Perkara Hebat Mengenai N8
1. Namanya, N8. Ini adalah Nseries yang pertama menggunakan satu digit pada namanya. Dan ia bukan sebarang nombor. Ia adalah nombor 8. Dalam budaya Asia, nombor 8 biasanya dikaitkan dengan “tuah” dan “nasib yang baik”. Liputan media online yang meluas selepas pengumumannya menghantar satu isyarat bahawa Nokia masih lagi aktif dalam perniagaan telefon pintar, malahan masih mendahului pesaing dan ia akan menyerang musuh habis-habisan dari segenap penjuru.
2. Warnanya. Sebelum ini, kebanyakan telefon pintar Symbian berwarna gelap dan nampak membosankan. Kalau ada warna lain pun, warna merah atau biru. Tetapi N8 akan berada dipasaran dalam beberapa warna iaitu biru, perak, oren, hijau dan hitam. Kesemuanya kelihatan hebat kerana badannya diperbuat daripada alumunium yang dianodaiskan. Kelihatan seperti diperbuat dari kepingan badan kapal angkasa… Fuh!…
3. Kemampuan multimedia hebat yang tidak pernah ada dalam mana-mana telefon Nokia sebelum ini. Sudah lama Symbian seperti dianaktirikan kerana tidak dibuat menggunakan perkakasan yang terbaru. N8 memiliki skrin OLED berteknologi capacitive, kamera dengan lensa Carl Zeiss 12 megapiksel dengan lampu flash Xenon yang mampu merakam video resolusi tinggi HD, mikrofon stereo untuk menangkap audio digital dengan lebih jelas, sokongan HDMI untuk gambar yang jelas dan jitu bersama bunyi Dolby Digital, 16 GB storan dalaman, FM Transmitter… Macam tak percaya yang semua ni boleh dimuatkan dalam N8. Sebagai seorang penulis blog dan juga penerbit audio dan video, saya memerlukan sebuah peranti yang mampu menangkap momen-momen penting tanpa banyak masalah. Contohnya, saya boleh pergi ke majlis pelancaran produk Symbian di masa akan datang dan merakam video berkualiti tinggi dan gambar-gambar yang mantap untuk tatapan pembaca Symbianku
4. USBToGo. Saya tidak pernah melihat USBToGo pada mana-mana telefon pintar lain samada iPhone atau Android atau Blackberry, bahkan tidak pernah ada dalam telefon pintar Symbian sebelum ini. USBToGo memudahkan pengguna mengakses fail dari “thumbdrive” atau “external harddisk” tanpa perlu menggunakan komputer. N8 akan dibekalkan dengan kabel yang akan membuatkan ia menerima USB thumbdrive sebagai sebahagian dari storannya. Macam komputer betul. Boleh transfer fail terus tanpa komputer, pakai “File Manager” je. Pada pendapat saya. Ini sangat hebat!!!
5. Pemproses utama ARM11 680MHz beserta pemproses kedua yang dikhususkan untuk grafik 2D dan 3D. Ini akan membuka banyak kemungkinan yang tidak pernah ada sebelum ini. Salah satu daripadanya ialah pengalaman pengguna yang lebih hebat dan mantap. Para pembanguan perisian juga akan berpeluang meneroka kemungkinan membangunkan perisian dan permainan hebat yang menggunakan kemampuan grafiknya yang sebenar.
6. RAM 256 MB beserta teknologi “Writeable demand paging”. Dari segi teorinya, ia akan membolehkan N8 berfungsi dengan amat stabil dan laju walaupun banyak perisian dibuka. Teknologi baru ini adalah sebahagian dari penambahbaikan yang disertakan sekali dalam Symbian^3. Ditambah dengan “visual task switcher” iaitu satu ciri baru Symbian^3, multitasking akan menjadi lebih mudah dan efisien. Tidak seperti Android mahupun iPhone yang perlukan RAM sebanyak mungkin kerana rekabentuk arkitektur pengurusan memori rawak yang lemah, Symbian^3 memerlukan jumlah RAM yang sedikit tetapi mampu berfungsi seperti memiliki RAM yang banyak. Ini kerana arkitektur pengurusan RAM dalam Symbian^3 telah diperkemaskinikan berbanding versi-versi Symbian sebelum ini.
7. Perisian dan perkhidmatan Ovi bina dalam. Ini adalah satu kekuatan Nokia yang tidak dapat disangkal. Perisian seperti Ovi Store, Ovi Maps, Ovi Music, Ovi Contacts, Ovi Mail, Nokia Messaging Email, Nokia Messaging Chat, Nokia Messaging Social Networks. Ini semua menjadi satu pakej lengkap yang didatangkan terus dalam N8 bagi memantapkan lagi pengalaman menggunakannya. Bagi saya, antara yang penting adalah Ovi Maps, Ovi Store dan Nokia Messaging Email. Ini semua diintegrasikan dalam N8.
8. Symbian^3. Sebagai peranti Symbian^3 yang pertama di dunia, N8 melakar sejarahnya yang tersendiri. Ramai yang melihatnya sebagai sama sahaja seperti Symbian^1. Hakikatnya, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai kebanyakan penambahbaikan Symbian^3 bukanlah dari segi UI luarannya. Symbian^3 dibangunkan untuk menyelesaikan banyak masalah Symbian^1. Antaranya ialah – satu klik untuk semua. Tiada lagi dua klik. Begitu juga dengan kemudahan untuk berhubung dengan internet. Symbian^3 membuang pop-up dan soalan yang bertanya “Adakah anda mahu menggunakan Internet?”. Kepada mereka yang masih belum faham betapa Symbian^3 sebenarnya melangkah lebih jauh berbanding Symbian^1, silalah lakukan sedikit pembacaan dan rujukan. Jangan hanya tahu mengkondem dan mempersalahkan Symbian kerana ia kelihatan agak ketinggalan. Kena rasa dulu baru tau. Betul tak? Satu lagi yang penting dan perlu disebutkan disini ialah, Symbian^3 mempunyai kompatibiliti dengan Symbian^1 dan Symbian^4. Maksudnya, perisian lama dari Symbian^1 boleh dipasang dalam Symbian^3, begitu juga dengan perisian baru yang dibangunkan menggunakan Qt untuk Symbian^4, akan boleh dipasang pada Symbian^3 tanpa masalah. Symbian^3 juga menyokong CalDAV iaitu satu standard penyamarataan data yang digunakan oleh kalendar online seperti Google Calendar. Tidak sabar betul rasanya nak memiliki Symbian^3!!!
9. Ia berjenama NOKIA. Jangan memandang rendah pada gergasi telekomunikasi Finland ini. Pengguna-pengguna N8 bakal menerima khidmat lepas jualan yang tidak seperti pengeluar lain. Nokia selalunya akan mengeluarkan firmware baru bagi meningkatkan prestasi produknya. Siapa tahu, satu hari nanti, Symbian^4 boleh dimasukkan dalam N8?
10. Harganya! EUR370 bersamaan lebihkurang RM1565.00, satu angka yang boleh dikatakan agak rendah untuk sebuah peranti berteknologi tinggi seperti ini. Jika kita lihat pengeluar telefon pintar “high-end” lain, kebiasaannya harga yang ditetapkan untuk model-model baru ialah di sekitar RM1800 hingga RM3000. Tetapi N8 dengan harga RM1600!!! Mengagumkan!!!
Amacam??? Ada berani!!!
Related posts:
Tags: Nokia, Symbian-Foundation, Symbian^3
Trackback from your site.
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
ismaelzaharee
-
L4N
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
ali
-
L4N
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
najar360
-
Riezal_eterna
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
Maxtor019
-
Ayi
-
Bang Mamat
-
Ileenda
-
hanim
-
http://profiles.google.com/pheonixtrick nadya akma
-
Awin
-
Secret
-
Eisham
-
http://pulse.yahoo.com/_RQV65Y4ATH4JTOJ3F7MMLBKZLM DiEyra YushiEna
-
L4N
-
L4N
-
Azeem
-
N8aku
-
N8aku
-
Fort D


November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!